klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday 30 June 2008

Tag yg ke2 dari Kin - USRAH

Usrah yang lazat, lemak berkrim

Okey...ni di copy and paste drp blog kinhashim

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Kinhashim ~ secara tak sedarnya, masa sekolah sejak form 1, tp, masa duk asrama je la... time sekolah 5 thn...on and off duk kat asrama, jadi usrah pun on and off gak la :). Yg secara sedarnya, sejak matrik, so, lebih kurang 12 thn la, bermula dr matrik...

Noorgie ~ Hmm, actually saya tahu dan mula sertai usrah ni masa sekolah kat SHAMS dulu la. Masa kat UM pun ader la kakak senior yang datang buat usrah dari bilik ke bilik. Sekarang ni dah kerja, kadang2 dengar usrah dari kawan sekerja (ustazah) sampaikan pada pelajar2 sekolah (tapi x selalu...kadang2 2x @ 1x je sebulan)

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Kinhashim ~ Ina ni jr kat sek dulu... dia 5 thn duk kat asrama, tu la, agaknya,sbb kat asrama wajib kot... :). masa matrik, alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg sealiran jiwanya, yg rajin promote usrah kat kita :). seterusnya, aktiviti usrah berterusan sampai sekrg, walaupun tidak la sekomited macam masa student dulu2 :).

Noorgie ~ Saya cuma sertai semasa kat SHAMS, seingat2 waktu tu form 3, duk asrama...makumla nak SRP...study....semua bebudak asrama wajib untuk sertai usrah, so saya pun tergolong sama la

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Kinhashim ~ Atas kesedaran untuk memperbaiki diri, dan sedar diri ini perlukan sahabat2 yg baik di sekeliling...

Noorgie ~ Mula2 tu sebab terikut2 peraturan kat asrama...lama2 seronok pulak dengar macam2 ilmu, pengajaran dan manafaat dari usrah

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
  1. Gembira
  2. Tenang
  3. dapat muhasabah diri
[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
  1. ilmu
  2. sahabat
  3. pengajaran
  4. muhasabah diri
  5. berfikir

Hmm sdar x sedar, lama rupanya aku x dengar Usrah macam zaman dulu2(masa sekolah @ belajar). Sekarang dah kerja...masa pun terhad....tapi kalau diizinkan Tuhan, teringin jugak nak ikuti usrah macam dulu2...banyak pengetahuan yang kita boleh dapat dan berkongsi dengan rakan-rakan.


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Visit To Tanjung Adang JB @ Umi As House

After 9 years of teaching in SMK Bandar Easter, i finally got a chance to visit my dearest cousin Asmahani in Tanjung Adang.....Hmm As ni @ aku biasa panggil Uda, mengajar kat SMK Tanjung Adang...dah lama dah dia kat sini, 5 years dah rasanya. Tapi before this, aku mmg x berkesempatan nak visit dia......tapi ntah macam mana, aku kena menghadiri satu tugasan di salah sebuah sekolah yang berhampiran, maka ahad (semalam - 28.06.2008), kami sekeluarga bertandang ke sana (aku nak kenal2 jalan, nanti nak drive sendiri, senang).......bak kata Uda.....tugasan tu macam a blessing in disguise ...nasib baik aku ader tugasan tu, kalau tak ntah bila nak sampai sana.
Tanjung Adang ni kawasan kampung, kawasan dia agak sunyi dan terhindar dari hiruk pikuk kotaraya Johor Bahru. Kalau nak kesana paling senang guna 2ndLink and ambik exit Port Tanjung Pelepas (PTP) ......kata Uda, kawasan ni famous bagi Singaporean yang nak makan n menikmati hidangan seafood....tengahari tu, kami pun berkesempatan menjamah hidangan seafood kat sana.....SEDAP!!! Harganya pun berpatutan la. Tapi, nama restorannya aku lupa la pulak...kalau tak silap la Selera Saujana kot????

Restoran ni terletak betul2 tapi pantai menghala Selat Tebrau...boleh la nampak deretan2 kapal yang melalui kawasan tu...Meriah la ngan kapal-kapal, sambil makan sambil tengok kapal....dihembus angin sepoi2 bahasa...


Tanjung Adang Map

Gambar ni Amir yang snap...suka2...nampak jerawat Mama!!!!

While waiting for the food to come

Mirul with Umi As

Amirul with Ayah (muka org baru baik chicken pox)


Smile!!!! Amir...kuatnye peluk Umi As!!

Well, that's a day in Tanjung Adang...hopefully one day kami akan sampai lagi ke sana........


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 28 June 2008

Informasi Untuk Bakal-bakal Ibu

Hehehe...........tadi sesaje je surf net nak cari informasi untuk ibu2 hamil...maklumlah dah lama sangat dah tak mengandung..dah lupa dah...

Sekadar ingin berkongsi, lawati la link di bawah ni....

PregnantWomen

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KETIKA MENGANDUNG

Diharap dapat memperolehi informasi yang berguna...Insya Allah!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tag Dari Kinhashim

Aku nih 1st time dapat tag nih...ni dari my friend Kinhashim...(hehehe kin...apa bendenye tag ni pun kak g x tau.....) any way.... Tag dari Kin ni, kita kena write 7 facts about ourselves...

Yang ni Kin punya...

1. Dah kawen, pasangan org senegeri dan sedaerah, dan punyai 3 cahayamata.
2. Agak pendiam dan kurang ramah, tp, boleh jadi terlebih ramah kalau jumpa org yg serasi dgn jiwa...
3. Sedang bercuti panjang drp hiruk pikuk kerjayaku di tanah air, sekarang bertugas sbg manager rumah tangga 24/7 :).
4. Pemaaf
5. Seorang ibu yg bahagia dgn kehadiran 3 cahayamata, walaupun kadang2 tensen dgn anak3!
6. Suka masakan tradisional melayu...terutama masakan terengganu la.. :).
7. Suka keep in touch ngan kawan2 lama kalau berkesempatan

Hmm yang nih yang aku punya plak....

  1. Dah 9 tahun jadi 'teacher' kat salah sebuah sekolah menengah di kawasan felda daerah Kota Tinggi.......belum rasa nak transfer lagi
  2. Married to a teacher from the same school, with 1 handsome son........2nd child is on the way....:)
  3. Bercita2 tinggi nak melanjutkan pelajaran.....kalau boleh kat luar negara...(tapi setakat ni masih belum kesampaian lagi)
  4. Suka tengok students lulus BI and x kedekut untuk bagi hadiah kalau ader pelajar yang dapat A1 @ A2 dalam exam
  5. X bleh lalu depan Cafe Coffee Bean...kalau lalu mesti nak beli Ice Blended Caramel.....nyum...nyum.....(walaupun tengah batuk!)
  6. Suka surf internet...especially to find materials for teaching or to keep in touch with friends
  7. Paling tak suka kalau orang berbohong...sekali tipu...jawabnye seumur hidup la aku susah nak percaya @ tak percaya orang tu....

Ok Kin....Kak G dah selesai 'tugasan'....:)


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa 2008 di Felda Bukit Easter

Hari ni kiranya hari yang bersejarah juga la buat penduduk2 Felda Gugusan Waha, especially penduduk Felda Bukit Easter. Felda kami telah terpilih sebagai tempat pelancaran dan perasmian Hari Anti Dadah Antarabangsa (HADA) 2008...
Perasmian disempurnakan oleh Menteri dalam Negeri, merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi YB Dato' Seri Syed Hamid b Syed Jaafar Albar. Pagi2 lagi budak2 sekolah mengambil bahagian dalam Larian Ria & acara J-Robik.......seronok mereka nih...dapat T-Shirt free!




Gambar2 sekitar tapak perasmian HADA 2008


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 26 June 2008

Sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa (HADA) 2008 di Felda Bukit Easter

Majlis perasmian sambutan HADA 2008 akan diadakan di Padang Awam Felda Bukit Easter pada 28.06.2008, dan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri - YB Dato' Seri Syed Hamid b Syed Jaafar Albar
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 20 June 2008

"Chicken Pox"

Hmm lama dah rasanya tak 'bertandang kesini. Sibuk ngan kerja2 kat sekolah...skrang ni barulah lega sket...students semua dah habis exam & kertas2 pun dah habis mark....boleh la bernafas sket...

Ape ye, cerita terbaru...... oh, husband kesayangan aku tu baru2 ni kena CHICKEN POX ataupun kat Johor ni dipanggil "CENGKERING"...Kalau kat Terengganu ader yang panggil "BERTIH"...ade yang panggil "JINTUNGAN"...mana2 la

Kalau dari segi perubatan, chicken pox ni..diistilahkan sebagai ruam2 (red rashes) timbul diseluruh tubuh (macam biji2 jerawat la)...biji2 mengandungi sejenis cecair...biasanya kalau jena chicken pox ni mmg cuti panjang la jawabnya...chicken pox ni diiringi demam, hilang selera makan dan rasa ketidakselesaan yang teramat sangat...(lenguh2 1 badan!!) Kata orang2 tua chicken pox ni datang sekali je dalam seumur hidup....kalau dah kena tu kira selamat la....Insya Allah diizinkan Tuhan, x kena lagi...

For more info about chicken pox

Chicken pox

Berbalik pada cerita husband aku tadi ni, dalam umur 35 tahun ni lah baru dia kena chicken pox...rupa2nya lagi dahsyat penangan 'orang tua' kalau kena penyakit ni.....habis keseluruhan badan dia naik bintik2 merah...sampai Amir pun x nak dekat n tengok muka ayah dia.....yang paling kesian sekali, dalam tekak n mulut dia pun ader bintik2 chicken pox ni...kesian...dah dekat 4 hari dia makan bubur nasi je...tu pun nak habiskan semangkuk kecik pun susah....na buat camana DUGAAN....Sabar je lah.......Di doakan semoga cepat2 sembuh...........
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...