klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 26 July 2008

Kembara Mahkota Johor @ Felda Bukit Easter

Haaaa...sapa kata Felda area x happening. Baru je lepas sambutan hari anti dadah peringkat kebangsaan, esok 27 Julai 2008, satu lagi peristiwa penting akan berlangsung di Felda Bukit Easter...iaitu Kembara Mahkota Johor......


Antara aturcara untuk hari esok:

1345 -1500 (1 JAM 15 MIN)

PADANG PERMAINAN FELDA BUKIT EASTER

KEBERANGKATAN TIBA DYAM TMJ DI FELDA BUKIT EASTER
• UCAPAN TUAN PEGAWAI DAERAH KOTA TINGGI
• TITAH DYAM TMJ
• SANTAPAN TENGAHARI
( ATURCARA AKAN DITETAPKAN KEMUDIAN )
• DOA KEBERANGKATAN
• DYAM TMJ DAN ROMBONGAN BERANGKAT KE DAERAH
KULAI JAYA

Pelbagai persiapan telah diatur di Padang Awam felda Bukit Easter.....khemah2 yang didirikan pun bertemakan warna diRaja, KUNING!

So all Easterians, lets all of us celebrate this big day....!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 24 July 2008

Madiha final week at SMKBE

Korang mesti nampak kan budak yang pakai baju n tudung warna merah menyala tu...a tu la Madiha, atau aku lebih suka panggil Madi...hehehe macam lelaki kan, tapi aku suka panggil dia Madi, sesuai sangat ngan dia.... Budak Mdi nih sebenarnya, students UTM yang buat praktikal kat SMKBE...anak jati Terengganu ni.... dia dah ade yang punyer dah ni....x lama lagi nak ehem...ehem...

Si Madi ni sepanjang 3 bulan aku kenal dia, seorang yang very happy go lucky...sentiasa berfkiran positif (lecturer dia nak datang pun dia cool je), n dia ni x boleh duk diam (ader je benda yang die nak buat)...kegemaran dia, surf internet...cari software baru la, gambar la, lagu2 la...ader je yang dia buat ngan laptop die tu. Anyway Madi, good luck in whatever you do and i hope that you will become a good teacher....ADIOS Sis.............


Tengok la gambar2 kami ni....Madi sengaja suruh buat macam-macam pose


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 23 July 2008

Spaghetti Bolognaise.......

Hmm semalam tetiba je tekak aku nih teringin sangat nak makan spaghetti bolognaise yang macam kat pizza hut tu...aku ni tak pernah masak spaghetti ni. Tapi ntah macam mana, masa keluar ke bandar Kota Tinggi ngan kawan aku, ternampak la sos spaghetti segera (jenama Kimball)....aku pun beli la n hentam je masak ikut sesedap rasa hati aku.....tapi alhamdulilah, menjadi pulak spaghetti ni, n rasanya lebih kurang sama la macam spaghetti kat Pizza Hut tu (tapi rasanya yang aku buat ni lagi sedap kot.....)

Kalau ader yang nak cuba boleh la....walaupun caranya simple jer, tapi rasanya x salah berkongsi kan?

Bahan-bahan:
  1. 1 tin sederhana sos spaghetti segera (x kisah la jenama apa) - untuk 3 orang makan, kalau nak banyak tambah la ye

  2. 1 biji bawang besar - potong dadu

  3. Daging / daging ayam kisar (secukup rasa)

  4. Garam n gula (secukup rasa)

Cara-cara memasaknya:

Cukup senang, tumiskan bawang besar tadi, kemudian masukkan daging / ayam kisar. Masukkan sedikit air, tunggu hingga daging empuk. Kemudian masukkan sos spaghetti segera...kacau... Rasa n masukkan garam n gula secukup rasa.... dah siap! Senangkan? Hmm rasanya x perlu la aku cakap cara2 nak rebus spaghetti...semua orang tau kot.....

Spaghetti yang dah siap direbus

Kuah spaghtetti balognaise yang dah siap di masak

Sedia untuk dimakan!!

Tapi satu je la x bestnya kalau aku masak spaghetti ni, suami dan anak aku x berapa gemar makan spaghetti ni, jadi kalau aku masak, alamatnya aku makan sorang2 je la...


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tag dari Kin - 7 perkara......

Baru2 ni Kinhashim tag aku lagi...banyak betul benda kena 'jawab'...............

7 PERKARA TENTANG DIRIKU

  1. Anak sulung dari 5 beradik.
  2. Dah berumahtangga…..suami anak sulung, ayahku anak sulung, mak dan arwah bapa mertuaku pun anak sulung….
  3. Alhamdulillah masih punyai kedua orang tua...mak mertua pun ada lagi...bapak mertua tak sempat kenal personally (tgk gambar je la)
  4. Saya ni agak cerewet orangnya
  5. Paling x suka orang menipu….sekali ditipu, alamatnya saya yak kan percaya lagi la kat orang tu
  6. Sangat2 suka membaca…x kira la ape jenis bahan bacaan, yang terbaru Koleksi Novel Harry Potter
  7. Seronok bila dapat contact kawan2 lama n jumpa kawan2 baru

7 PERKARA YANG MENAKUTKAN AKU

  1. Allah
  2. Hari Kiamat
  3. Labah-labah (walaupun yang cenonet/kecik) kalau jumpa memang menjerit - GELI
  4. Perceraian
  5. Pertengkaran
  6. Membenci & dibenci
  7. Bila result anak2 murid keluar (SPM / PMR)

7 LAGU AKU SUKA

  1. Matsuri - Kitaro
  2. Sway - Michael Buble
  3. Careless Whisper - George Michael
  4. Nothing’s Gonna Change My Love For U - George Benson
  5. Mungkir Bahagia - Hazami
  6. Gadisku - Search (Yang ni memang ader sentimantal value la, pernah dinyanyikan oleh seseorang dan ditujukan padaku)
  7. Erti Cinta - Maya Karin

7 PERKARA AKU SUKER SEBUT

  1. Ya Allah...
  2. Do you understand…..
  3. Subhanallah!
  4. Amir….NO (setiap kali anak aku buat something yang x betul)
  5. Tengok la dulu…..
  6. OIC!
  7. Sure ke ni!


7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI PADA AKU

  1. My Family
  2. Love..
  3. Health
  4. Knowledge
  5. Career
  6. Friends
  7. Experience

7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP AKU

  1. Pertama kali naik bas sendiri ke bandar Kuala Terengganu – tahun 1994, masa tu baru lepas dapat result SPM kot
  2. Pertama kali dapat no 1 dalam kelas, kalau tak silap kat Sekolah Rendah Tengku Bariah, tahun 1987, darjah 3 kot…hadiah dia…colour pencil LUNA yang 24 batang tu….uiiii masa tu bahagianya rasa!!
  3. Pertama kali berjauhan dari keluarga, daftar masuk Universiti Malaya, tahun 1995, kay 3rd College
  4. Hari pertama sandang title Teacher – 14 ogos 2000
  5. Pertama kali jumpa bakal mak mertua – tahun 2002, tak ingat la tarikhnye….
  6. Tarikh keramat bergelar isteri – 01.02.2003
  7. Hari pertama bergelar mama – 29 April 2004

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Baca dulu...kejap jer ni!!

Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadistersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.

"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di nerakajahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam agama islam dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mati. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segalasesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.

Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah Rasul S.A.W dengan mempersendakan atau ejekan. Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini, atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Wallahua'alam


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Cuba baca dulu ni.....!!

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini.....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ...

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. . Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ....... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1.. Anda - Patutke aku biarkan perkara ini
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ...
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 15 July 2008

Alhamdulillah.....Akhirnya! Tahniah

Segala susah payah dan jerit perih suamiku akhirnya terbalas....setelah menunggu sekian lama, hajatnya untuk bergelar guru siswazah akhirnya tercapai. Seronok nampaknya suami aku ni...maklumlah dari tahun 2004 (Januari) dia mendaftarkan diri sebagai pelajar jarak jauh (PJJ) di Open University Campus (Wilayah Selatan) hinggalah semester akhir, September 2007.....barulah hajat nak konvo tercapai.

Suami aku ni guru lepasan diploma (Institut Bahasa Kuala Lumpur). Bila kawan2 seperjuangan ajak dia mohon untuk further study (ambik degree), dia pun tertarik...lagi pulak program under OUM ni, menawarkan pinjaman terus dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadi tak le terbeban sangat. semua perbelanjaan di tanggung (tunggu kena bayar balik la nanti). Tapi aku tengok suami aku ni ngan member2 dia cukup tabah...mana tak nya, setiap sabtu minggu ke-2 dan ke-4 kena pegi kampus. Belajar lak dari pagi sampai la ke petang, kadang2 malam baru sampai rumah...dah balik rumah nak siapkan assignment lagi, study lagi, settle kan hal2 kerja kat sekolah lagi..layan anak isteri lagi...PENAT!!!

Selalu juga suami aku ni merungut penat, penat, penat...penat otak n penat badan...tapi nasib baik la ader kawan2 seperjuangan yang terus bagi dorongan dan sokongan sampai lah saat peperiksaan untuk paper last...alhamdulillah berjaya jugak suamiku ni menghabiskan study dia.....dan 22-25 Ogos ni merupakan tarikh Konvokesyen Open University...kalau tak ada aral melintang, kami sekeluarga akan sama2 meraikan kejayaan suamiku ni ni Putra World Trade Centre Kuala Lumpur (konvo diadakan di sini)....Insya Allah!

Buat Kak Zack n Kak G, tqvmuch for your help and support!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 13 July 2008

Alumni SMKBE 2008

Hmm sebenarnyer, Alumni SMKBE ni dah lama dah berlangsung....sekitar bulan Jun. Kalau x silap majlis pelancaran Alumni ni diadakan pada petang sabtu (diiringi hujan renyai2) 7 Jun 2008. Walau pun dah lama,tapi atas permintaan, aku publish la beberapa gambar sekitar majlis tersebut.

Ni la antara ex-students SMKBE yang setia memberikan pose istimewa dan sudi hadir semasa majlis Alumni...kalau x salah dari kiri tu, Rashidah, Elly, n Mas.
Liya.....salah seorang ex-students SMKBE gak ni, tapi sekarang dah naik pangkat...dah jadi guru sandaran kat SMKBE.....uiiii bersungguh2 hidang lauk yea!
Mantan Pengetua SMKBE En Md Buang B Saibani...haa dia ni sekarang dah jadi Pegawai Pelajaran Daerah Mersing (dah naik pangkat)...dan pada hari tu, diala satu-satunya bekas pengetua SMKBE yang sudi menjejakkan kaki semula ke SMKBE.....Thanks cikgu!

Antara pelajar2 upper six yang bertungkus lumus menjadi ahli rewang sepanjang majlis berlangsung...Thanks a million

Dapat dilihat jumlah kehadiran yang agak 'menyedihkan'. Diharap jumlah kehadiran akan meningkat di masa2 akan datang

Antara sejumlah ex-students yang hadir

Penyempurnaan pemotongan pulut kuning "25" tanda simbolik usia SMKBE yang mencapai Jubli Perak pada tahun ini


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 12 July 2008

Amirul n Cik Ngoh

Ha aku nak perkenalkan la...ni adik perempuan aku yang cukup 'nakal'. Hehehe, dia complen kat aku, knapa gambar dia x 'termasuk' dalam blog aku nih...so aku create 1 entry khas 4 her. Dia ni cikgu Sains kat Imtiaz Dungun. Ex-students SHAMS nih.... Nama Nur Ziana....umo...rahsia hahahaha. Amir panggil dia cik ngoh (loghat trg la ni).....Hobi cik ngoh nih....usik Amir, huh kalau aku balik trg memang gegak gempita la suara Amir menjerit sebab cik ngoh dia usik. Tapi sebenarnya, Amir ni anak sedara kesayangan Cik Ngoh dia.........


Amir n Cik Ngoh @ Crystal Mosque Kuala Terengganu

Hari raya 2007


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 6 July 2008

Amirul Pulak Kena Chicken Pox.....

Hmm kalau 3 minggu lepas ayahnya yang kena....hari jumaat lepas, Amir pulak yang kena chicken pox...biasala kata orang penyakit ni memang berjangkit...lagi la dah duduk 1 rumah. Tapi alhamdulillah, Amir x la teruk sangat kena chicken pox ni. Mula2 hari rabu dia dah demam, risau jugak kalau melarat. Amir ni x boleh suhunya naik tinggi, kalau dah lebih 38.5 darjah celcius tu selalunya akan kena sawan la dia kalau x di"jelum"(bahasa orang johor - ala...letak tuala basah kat kepala) kepalanya....risau jugak la kan. Esok paginya (khamis), aku dah nampak la..beberapa bintat2 kecil kat kepala n badan dia.....dah mula syak dah...hari jumaat tu, uiiii lagi banyak bintat2 muncul. SAH! Memang budak kecik ni kena chicken pox....

Kesian aku tengok, tapi alhamdulillah, demam Amir kebah lepas tu..tapi bintat2 tetap muncul la...hampir seluruh badan dia ader bintat2 nih.....nasib die x meragam sangat.....Tapi dalam pada tu dia merungut la bosan sebab x bleh nak main2 kat luar n x leh nak g jalan2. Bukan ape, sekarang ni kat tempat aku musim hujan, asal petang je hujan. Kata org2 tua, kalau kena chicken pox ni mmg pantang kena hujan...nasib la Amir nak buat mcm mana!!!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 1 July 2008

Terkenang Semasa Dulu - Wedding Day

Blog entry kali ni khas buat kawan2 lama yang belum pernah tgk wedding pic aku....hehehe..... Dah lama dah sebenarnya usia perkahwinan aku ni, dah nak masuk 6 tahun dah....

This historic day took place on 1st February 2003....Lain kan muka aku masa tu...hehehe sekarang ni dah tembam dah...Anyway for friends out there....check it out!




Selepas akad nikah (bila tengok2 balik, rasa cam nak buang je bunga kat atas kepala aku tu....nampak weird hehehe)


1st time ever pakai songket.....panas....tapi nak buat camana,
dah niat family nak tengok, aku tahan je la.

Gambar persandingan kat Johor, husband's side

Ada satu perkara yang lucu, masa kenduri di rumah suami....ahli rombongan aku terperanjat bila kami melangkah diiringi oleh paluan kompang...kat kawasan felda tempat asal suami, memang majlis persandingan cukup meriah dengan paluan kompang. Kat Trg mana la ader kompang2 nih, jadi bila 1st time tengok orang2 berkompang....masing2 (rombongan Trg) hairan le....

Lagi satu peristiwa yang aku x boleh nak lupa.....kat kawasan Felda ni biasanya setiap majlis kahwin akan ada acara silat. Kebetulan pulak suami aku ni 'tok guru' silat kat kawasan Felda Simpang Waha ni. Nak jadi cerita, semua anak2 murid silat dia seronok la pasal nak buat persembahan pada wedding cikgu sendiri......Biasanya persembahan silat pengantin ni x lama...dalam 5 minit la...tapi hari tu...huh cukup2 lama...30 minit!!!! Gasak la...budak2 ni semua nak buat persembahan...yang diaorang x tahu pengantin ni (aku la tu) dah berpeluh2 pakai baju songket...punyala lama nak habiskan persembahan...dah la gtu, pengantin lelaki pulak bukan tahu dok diam...tangan n mulutnya sibuk membetulkan langkah anak2 murid yang sumbang....eiii nasib la bersanding sekali je...kalau banyak kali.....x tau la nak cakap!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...