klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 24 November 2009

Botol bayi

Botol susu.....satu perkara yang kadang-kadang dipandang remeh oleh ibu-ibu [ termasuk lah diri aku sendiri]. Semasa melahirkan anak pertama dulu aku langsung tidak menggunakan botol susu sehinggalah Amir berumur dua tahun kerana aku menyusukan Amir dengan susu badan. Bila tiba masa Amir bercerai susu, aku cuma membelikan botol plastik biasa yang banyak terdapat dipasaran. Pada waktu tu, aku tak pernah pulak terdengar tentang BPA dan juga bahayanya pada bayi.

Hmmm apa pulak BPA ni?

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Macam mana pulak BPA ni boleh mendatangkan mudarat pada bayi kita?

Haaaa, selalunya kita akan merebus @ mensterilkan botol-botol susu anak kita kan? Kesan dari proses merebus @ mensterikan botol-botol susu ini boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi. Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

So, bila aku dah tau ni, untuk anak kedua Amzar, aku cuba sedaya upaya untuk mencari botol susu yang agak berkualiti. Ini kerana Amzar tidak dapat merasa nikmat susu ibu dan menyusu susu formula sepenuhnya. Sebelum ni aku menggunakan botol jenama Pigeon yang agak berkualiti, namun masih diragui kerana ianya diperbuat dari plastik polikarbonat yag sedikit sebanyak masih mengandungi BPA. Melalui carian internet, aku mendapat beberapa maklumat tentang botol susu bebas BPA ni, dan alhamdulillah, botol yang dihajati ada dijual di JUSCO berhampiran. Walaupun agak mahal harganya dan kurang menarik botolnya, aku tak kisah sangat asalkan keselamatan anak aku terjamin.

Ini lah rupa botol baru Amzar jenama Evenflo...botol bebas BPA

Ada lagi beberapa botol bebas BPA yang mudah didapati di tempat kita ni. Antaranya ialah botol AVENT. Tapi Amzar kurang menggemari botol AVENT. Mungkin kerana puting susunya yang agak besar....


Jadi buat kawan-kawan yang bergelar ibu-ibu diluar sana, aku sarankan supaya mebeli botol bebas BPA ini untuk kegunaan akan-anak kita.

Untuk maklumat lanjut Sila ke sini BORNfREE
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...