klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 31 January 2010

Jalan-jalan @ Tanjung Balau

Last weekend kami ke Tanjung Balau...kira-kira 35 minit dari rumah...saja je sebenarnya nak menghirup udara pantai yang segar dan bersih....sambil2 menenangkan fikiran yang mungkin agak berserabut memikirkan pelbagai hal yang berlaku disekeliling, samada di rumah atau di tempat kerja. Petang tu kali pertama Amzar menjejakkan kakinya ke tanah, bukan main seronok lagi dia....



Pantai Tanjung Balau ni sebenarnya agak bahaya dan tidak selamat untuk mandi dan berenang...tapi aku tengok ramai pengunjung yang mandi manda dikawasan sekitar pantai.

Amzar seronok dapat lepas bebas berjalan kat kawasan pantai. Walaupun masih lagi lesen 'L' tapi bersemangat betul dia..Jatuh..jatuh dia bangun semula.

Gelagat Amir yang jakun... tak pernah tengok lubang ketam...hehehhe lawak sungguh anak sulung aku ni, sanggup dia tunggu kat tepi lubang tu nak tengok 'crab' keluar. Last last dia penat & bosan, dijeritnya suruh crab tu keluar..!!!



Dah penat explore pantai kami berehat di wakaf-wakaf yang disediakan sekitar kawasan pantai sambil menikmati aiskrim [sedap jugak sesekali makan aiskrim bersama roti]

Hmmm ni yang paling aku tak suka, ade pengunjung yang memang 'kemproh' kata orang Jawa...atau pengotor...Pampers anak dibiarkan macam tu je kat atas pasir..apalah salahnya kalau dibuang di tempat yang sepatutnya...banyak tong sampah yang disediakan, tapi atas pasir jugak tempat di landing kan pampers ni, nasib baik lah tak ade najisnya..kalau tak....?#$&**&%$#...mmg kena sumpah ngan orang la tuan punya pampers ni.....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 2 January 2010

Cuti-cuti Malaysia @ Muar Johor

Last 2 weeks, kami sekeluarga ke Muar Johor....Saja je nak release kan tension & melawat tempat yang belum lagi dilawati.....



Hotel penginapan kami...Townview Hotel...terletak berhampiran Wetex Parade n Fresco Supermarket [town area la ni]. Room rate hotel ni ok la...kami dapat bilik yang besar la jugak, dengan dua katil queen...harga bilik semalam cuma RM70....tapi setiap bilik tak dilengkapi dengan mini fridge n kettle..Walaubagaimanapun, room service dia memang tip top..., aku mintak flask dan air panas, dia tetap hantar walaupun jam dah 1.30 pagi....

Dinner kami semasa hari pertama di Muar...kami makan di Elephant Bean Cafe @ Wetex Parade Muar...harga berpatutan la...makanan pun sedap..yang penting bagi penggemar kopi, mai la rasa kopi Elephant Bean ni, memang kow dan sedap!!

Gambar-gambar kat hotel room...Amir & Amzar bukan main seronok lagi..main lompat2 atas katil.




Ni semua gambar-gambar kat Dataran Tanjung Emas Muar. Taman rekreasi ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk orang ramai dan yang menjadi tumpuan adalah kedai-kedai makan yang menyediakan pelbagai hidangan yang lazat. Kata orang kalau datang ke sini, tak sah kalau tak mencuba mencuba makanan terkenal Muar iaitu ikan asam pedas. Selain asam pedas gerai-gerai ni turut menyediakan masakan terkenal Muar iaitu Mee Bandung Muar....Dengan kedudukanya yang terletak di tepi muara Sungai Muar, ia mampu menampung kira-kira 6,000 orang pada satu masa. Ia mempunyai sebuah pentas pertunjukan, menara jam, dataran, tiang bendera yang tinggi dan lain-lain...di Dataran turut terdapat kepala keretapi 'MSR' atau 'Muar State Railway'.

Mee bandung & asam pedas....


Petang tu kami ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor...gambar2 ni masa kami memanjat Menara Pemandangan di medan Sabak Awor. Medan Ikan bakar ni, memang best!!..Macam2 seafood ada, fresh dan kita boleh pilih & tukang masak akan masak time tu jugak...satu lagi yang best kat sabak Awor ni, harga dia memang cukup murah la..bayangkan, 1 piring sotong celup tepung..[anggaran 4 ekor sotong sederhana besar] baru RM6.00..kalau makan kat warung biasa, mahu RM12 kot. Malam tu puas la kami sekeluarga makan seafood..ikan bakar...sotong celup tepung dan macam-macam lagi...semuanya baru berharga RM 26...masa nak bayar tu, terperanjat gak aku sebab memang murah berbanding tempat2 seafood lain yang pernah kami pergi, rasanya seafood kat Kg Umbai, Melaka pun tak semurah itu...so kalau berkesempatan ke Muar..singgah-singgahla ke Sabak awor ni yea..aku pun tak ingat sangat tempat ni di area mana dalam Bandar Muar tu...hmmm yang pastinya...ikut la signboard!!

Em...pilih-pilih...macam-macam ada!!


On the way balik dari Muar, kami sempat singgah di Kluang Rail Coffee Shop...Kedai ni pernah disiarkan didalam rancangan Majalah 3...kopi dia sedap..tapi yang paling special sekali dia punya roti bakar...best...toast on charcoal lagi....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Amir cabut Gigi....^_^

Gigi Amir dah mula berlapis [gigi kekal dah tumbuh, tapi gigi susu dia masih baik]...so doktor advise supaya gigi susunya dicabut...penat jugak Mama pujuk Amir untuk cabut gigi, maklumla, 'lawatan' ke klinik gigi ni, orang dewasa pun takut kan..apatah lagi budak berusia 5 tahun macam Amir..tapi Alhamdulillah Amir berjaya melalui saat2 itu..dan Mama sangat bangga dengan anak Mama yang sorang ni. Hari bersejarah Amir ni pada 25 Dec 2009....

Saat-saat Amir disapu cream bius perasa strawberry pada gusinya supaya bila doktor inject bius nanti tak la sakit sangat



Amir melalui saat-saat bibir dan mulutnya terasa kebas selepas disapu cream bius tadi...Ayah kena ada dengan dia, kata Amir, Ayah boleh salurkan 'tenaga' dan 'aura' kekuatan pada amir...

Ha, ni masa doktor mula meng'inject' ubat bius pada gusi Amir, masa ni dia tak menunjukkan rasa takut sedikit pun..malahan dia relax je walaupun muka dia berkerut sikit..Mama yang ngeri lebih masa ni......hmmm gambar yang bawah tu masa doktor cabut gigi dia


Haaaaa...lega...Amir boleh senyum lagi lepas selesai cabut 2 batang gigi....Alhamdulillah pengalaman pertama Amir dengan doktor gigi, satu pengalaman yang tidak menakutkan dia..so selepas ni kalau perlu lagi ke klinik gigi, Amir tak takut lagi...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?



Sekadar renungan bersama...ingin aku kongsikan kiriman e-mail seorang rakan.....

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung yong tau foo, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung goreng di restoran bersama orang tuanya. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata di dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia, dan setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung yong tau foo, yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung yong tau foo proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana untuk mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jadi mungkin setelah membaca info ini, cara terbaik ialah membelah dua batang kangkung dan membasuhnya dengan sempurna, sebelum kita mamasaknya...Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...