klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 14 March 2010

Laman Tun Sri Lanang & Bazaar Malam Kota Tinggi

Petang semalam aku dan suami, membawa anak-anak berjalan-jalan sekitar Bandar Kota. Destinasi kami, satu-satunya taman rekreasi yang menjadi tumpuan warga Kota Tinggi...di Laman Tun Sri Lanang, pesisir Sungai Johor [berhadapan dengan Pasaraya KINI]. Bila sampai disana, tak sangka pulak ada Bazaar Malam Kota Tinggi yang baru dilancarkan oleh MB, Dato' Abdul Ghani pada 2 MAC yang lepas...Bazaar ni kalau tak silap aku diadakan setiap hari Sabtu & Ahad...Alah, Bazaar biasa je, bahan-bahan jualan pun biasa..ala2 pasar malam gitu...

Sekitar gerai-gerai jualan kat Bazaar Malam Kota Tinggi....


Amir & Amzar seronok explore pelbagai jenis 'mainan yang ada kat Taman Rekreasi tu...si abang, berpeluh-peluh...si adik pulak, tak padan ngan kecik...semua dia nak main sendiri..orang nak pegang pun dia tak bagi!!

Pesisir Sungai Johor


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 11 March 2010

Melayan Students!!

Minggu lepas, semasa cuti Maulidur Rasul, students aku ni bersemangat sungguh la nak mengecat kembali kelas mereka...Kalau nak masuk sekolah masa hari cuti, guru kelas kena ada bersama, makanya aku pun bersama-sama lah menengok proses mengecat kelas tu...Bersemangat bebudak ni nak menceriakan kelas, siap kumpul duit sorang sikit untuk beli cat 1 tong...

Pose rajin, bila teacher 'snap' gambar

Proses-proses mencantikkan dan menghias kelas.
Sampai kain batik dijadikan alas board kelas
[kain sapa la yang jadi mangsa tu].
Ha, teacher dia pun nak enter frame jugak!!


Amir pun sibuk nak ikut Mama...


Hasil kelas yang telah siap di cat dan dihias...
boleh lah tahan, better than before...
harap2 students aku lebih selesa belajar dalam
kelas yang bersih cantik dan kondusif ni...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Aktiviti di Terengganu

Dah lama aku tak upload blog ni rupanya....hehehe bukan apa sibuk ngan kerja2 kat sekolah tu..Almaklumlah tahun 2010 ni kami di SMKBE dapat PK & PK HEM yang baru, jadi bervbeza cara kerjanya. Tapi tahun 2010 ni, terasa luarbiasa beban kerka yang kami tanggung. Walau bagaimana pun, sempat lah aku selitkan kat sini, aktiviti kami di Terengganu semasa balik bercuti untuk CNY baru2 ni....

Sebenarnya tak banyak aktiviti pun yang kami buat...cuma melepaskan gian mandi manda di Pantai Chendering, lebih kurang 5min dari rumah parents aku..

Gambar pemandangan Pantai Chendering, jam 730 pagi



Amir seronok dapat mandi laut....sukanya dia!!
Gelagat Aki ngan cucu-cucunya

Amzar seronok dapat explore..jalan2 atas pasir pantai yang bersih


Kami berdua pun tak lepaskan peluang mandi laut.....
uuuuuu dah lama tak mandi laut ni, adalah 3 tahun kot!!


Gambar-gambar Amzar ngan Aki & Tok Wan yang sempat di 'snap'
sebelum kami berangkat pulang ke Johor..
[Amir masa ni dah masuk dalam keta...merajuk kena marah ngan Ayah]

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...