klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 18 December 2011

....JAUNDIS = DEMAM KUNING...

Adam..anak sedara baru kena jaundis @ kuning [bahasa kita la].

Apa jaundis tu sebenarnya?

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.
                                                                                                                             Sumber : mybengkung.com

Jaundis yang biasa terjadi kat baby baru lahir ni, dipanggil Jaundis Normal/Physiologic .Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan. Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah. 
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

Info lanjut jaundis....boleh baca kat-------> sini 

Yang aku rasa lawak ialah beberapa petua tradisional yang berkait ngan jaundis ni

*jangan pakaikan baby ngan baju kuning*
*ibu tak boleh makan makanan berasakan kunyit [kaler kuning kan]*
*sampul bantal, tilam pun jangan kuning*
*mandikan baby dengan air teh [tak pasal2]*

macam2 hal lah kan....hahaha
petua orang2 tua ni...tak diikut salah..bila ikut cam kelakar lah pulak
ikut je lah....manalah tahu berkesan..(^_^)


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. dulu Qiha punye sarung bntal n tilam mmg wrna kuning.. pastu kena kuning, simpan smua yg wrna kuning.. hehe klakar mmg klakar tp dh org tua soh wat watlah jgk kn. kalw brksan alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. @the secret life of elly tu la pasal..kelakar kan petua orang dulu2 ni....

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...