klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday 22 August 2011

kesian (T_T)

berita yang sangat menyedihkan di Harian Metro hari ini

Deraian air mata suami
Kesian ~ hancur luluh perasaan si suami....


KEADAAN kereta Perodua Myvi milik Mohd. Nor Idham yang terbabit dalam kemalangan
sehingga menyebabkan isterinya, Noor Edlina (gambar kecil) terbunuh
di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan kelmarin.

PEKAN – Kegembiraan seorang inspektor polis untuk membuat kejutan pulang berbuka puasa di rumah ibunya bertukar sedih apabila isterinya yang mengandung tujuh bulan maut nahas di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat di sini.Kedua-dua suami isteri itu terlibat nahas ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke rumah ibu Mohd. Nor Idham di Kluang, Johor dalam kejadian pukul 3.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, yang mengandung anak sulung berusia tujuh bulan disahkan maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd. Nor Idham Ali Mat Nor, 27, cedera ringan.
Ibu mertua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata, dia diberitahu anak ketiganya, Norlidaya, 22, mengenai niat menantunya itu berpakat dengan ipar duai yang lain untuk membuat kejutan pulang berbuka puasa bersamanya di Taman Sri Kluang dekat Kluang. ----> KOSMO ONLINE


BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA
JANGAN BIARKAN ORANG TERSAYANG
           MENANTI DALAM TANGISAN 


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 19 August 2011

....kerana jeleskan Miss Mirror....

pagi-pagi tadi baca blog salah seorang rakan blogger 
yang jeleskan kawan2nya yang mula mem"baking".
akhirnya kuman ke'jelesan' Miss Mirror tu dah berjangkit pada I....
[ alamak MM, I guna nama u kat tajuk entry ni.
kena bayar royalti ke? hehehehe ]

so hati ni tergerak la untuk membuat sesuatu.
teringin pulak nak buat 'kuih' untuk iftar hari ni..
so I buat lah  puding roti yang ter simple sekali ni


cara2 dia sangat lah senang..n bahan2 pun tak banyak

Bahan -bahan

  • 4-5 keping roti disapu mentega dan dipotong empat
  • 1 tin susu cair
  • 2-3 biji telur
  • 4 sudu gula [kalau nak kurang manis, boleh kurangkan]
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit kismis

Cara-caranya

  • susunkan roti yang telah disapu mentega tadi didalam loyang
  • masukkan susu cair + telur + gula dan diblendkan [senang dia nak sebati]
  • tuang adunan ke dalam dulang roti tadi
  • taburkan kismis 
  • kukus dengan api sederhana selama 20 -25 minit
  • selepas dikukus, sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidangkan
sangat senang dan simple kan
rasanya...ermmm blom tahulah...tunggu iftar nanti...


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

mencari mood nak beraya

Hari ni dah 19 Ramadhan 1432H. Pejam celik pejam celik lagi 10 hari umat islam akan berhari raya...tapi pelik pulak sebab mood aku nak beraya masih belum datang lagi. Agaknya bila umur dah semakin meningkat ni, feeling nak raya tu makin berkurangan, yang excited anak-anak pulak. Mak mak dan ayah ayah semuanya dah 'kendur dah perasaan tu ke sebab banyak $$ keluar. Kesimpulannya dalam diri aku ni aura raya tu blom nak terserlah lagi buat masa ni....
Baju raya pun tak sebanyak zaman muda-muda dulu.
Dapat sehelai dua jadilah
Baju-baju kerja pun masih elok nak dipakai.
Orang kampung bukannya tahu....kan kan kan
Hmmm baju Melayu suami akaq pun dia recycle yang tahun2 sudah.
Nak buat baru katanya membazir. Baju yang lama pun
still elok lagi.  Pakai pun 2x setahun..tak pun buat gi solat Jumaat.
Kain masih nampak baru.  So buat baju anak-anak je lah kan. Langkah
berjimat cermat bukan kedekut tau!!

Cam meriah je kan gambar2 kuih n kerepek raya ni. Tapi I tak de la semeriah ni..
Dapat 3-4 jenis kuih raya pun dah kira ok..Bukan apa malas nak beli banyak2,
takut tak kehabisan...saban tahun raya kat rumah mak @ rumah mentua..so
kuih kat rumah sendiri mmg jarang disentuh..kalau kawan2 datang pun
selalunya dijamu dengan makanan 'berat'..so kuih muih ni sekadar penghias
meja @ buat ngonyel2 [kunyah2 kata org jawa]..buat ada2 je lah
Pelita raya mmg tak penah dibeli......
satu-satunya 'mercun' yg I bg anak I main...mercun pop pop
@ lebih gamer ngan ama mercun bawang..hehehe


Walaupun mood beraya tak berapa nak ada..yang 1 ni tetap kena sediakan..
Almaklumlah anak sedara dah semakin bertambah..tu blom masuk anak sepupu sepapat.
So bila salam raya, mesti nak kena bagi ni....
Let's just hope dat as Ramadahan coming to the end..mood raya akan semakin terasa....
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 16 August 2011

Masya Allah ~ macam ni punya manusia pun ada ke?


Berkerut dahi membaca akhbar Harian Metro tadi....

AMPANG: Angkara menegur suami dan madu bermesra di depan mata, seorang wanita yang juga isteri pertama cedera dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang dengan teguran itu, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam di rumah pasangan berkenaan di Jalan Pandan Indah di sini, mangsa yang berusia 39 tahun menyapu sampah di dalam rumah apabila tiba-tiba berasa cemburu melihat kemesraan suami dan madu yang tinggal bersamanya. Pada mulanya, mangsa tidak mempedulikan mereka berdua yang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen, namun selepas melihat aksi menggoda madunya yang memeluk suami dan bermesra dengan lelaki itu menyebabkan mangsa menegur mereka. -----> BACA SELANJUTNYA


Aduhai macam2 hal dalam dunia ni. kalau rasa nak bermadu tu biarlah adil dan saksama...

Ntah la...tak tahu nak komen apa....

Bagi saya kelakuan lelaki tu sangat melampau...

Lagi info tentang bermadu ---------> jenguk-jenguk kat sini


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 15 August 2011

AMAZING!!

Sangat mengagumkan!!! Semua lukisan ni dihasilkan oleh seseorang yang bernama Julian Beever.  Beliau adalah seorang seniman Inggeris yang terkenal dengan seni lukisan kapur di kaki lima jalan. Beever menghasilkan ukisan yang sangat menakjubkan di atas kaki lima jalan, dan apabila dilihat dari sudut yang betul, lukisan ini memberikan gambaran 3D! Beever yang mula berkarya dari pertengahan 1990-an. Dia menggunakan teknik melukis yang disebut anamorphosis untuk menciptakan ilusi tiga dimensi bila dilihat dari sudut yang betul. 

The Chalk Guy ~ Julian Beever
So tak payah cakap banyak...jom tengok lukisan2 yang AMAZING nih

Lukisan yang dilihat pada sudut yang salah

ha..bila dilihat pada sudut yang betul, lukisan tadi menjadi satu hasil
seni yang sangat2 mengagumkan 


Lukisan asal


Fuh!!! Mmg real sesangat


Kalau nak tengok lagi hasil Si Julian yang AMAZING nih..bleh tengok kat ----> sini ye

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...