klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday, 31 May 2009

Hati seorang ibu...

Semalam semasa aku menyusukan Amzar, si abang Amir sibuk terlompat-lompat dan panjat-panjat kerusi...seronok agaknya dia. Baru je kebah demam..badan pun dah segar....suka la dia nak ber'power rangers' ber'ben 10'..ber'ultraman'.... Ayah berkali-kali mengingatkan dia supaya berhati-hati..manala tahu kan seronok sangat....tiba-tiba ntah macam mana, dia salah pijak dan jatuh, muka Amir terhentak pada coffee table [memang keras table tuh] dan meraung la dia. Aku memang terperanjat. Ayah terus terkam Amir, nasib baik cuma pipi dia je yang terhentak kat coffee table tu, dibuatnya kena hidung ataupun mata..eeish, tak nak la aku bayangkan.... Masa yang sama Adik pun menangis, sebab terkejut dengar raungan abang..keadaan kelam kabut dan kecoh sIket la.... Yang si abang pulak terjerit-jerit sakit dan nak Mama..... Mama jgn cakap la, air mata pun berjuraian sama bila tengok anak dalam kesakitan, terasa nak je sakit tu dipindahkan pada kita.....

Kesian Amir...bengkak pipi montel dia. Saat tu aku terbayang ibu-ibu yang kehilangan anak...lebih-lebih lagi berita 2 hari lepas, di mana seorang ibu terlanggar anak kandung sendiri semasa mengundurkan kereta...Masya Allah!! Tak dapat aku gambarkan kesedihan ibu itu....sedangkan aku, anak terhantuk meja pun serasa terbang separuh nyawa melihat dia dalam kesakitan....

Ya Allah selamatkan dan Kau peliharakanlah kedua-dua anakku...jauhkanlah mereka dari segala bahaya dan kecelakaan.....AMIN!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday, 24 May 2009

Donut Oh Donut!!


Selama ni aku tak tahu pun Big Apple Donuts ni wujud. Masa ke AEON Bukit Indah, Amir mintak donut Dunkin, tapi tak ada plak outletnya kat AEON Bukit Indah tu. Yang aku nampak cuma Big Apple Donuts..so aku pun beli la.....ingatkan tak brapa sedap la, so aku cuma beli 3 pieces je, cukuplah sorang satu kan? Bila balik, dan rasa, rupa-rupanya, donut Big Apple is much much more delicious than dunkin donuts (ooopsssss) menyesal pulak beli 3 pieces je....so i have become a big fan of Big Apple Donuts.....

Amir pun mintak lagi....

So Mama janji la ngan Amir nak pegi lagi outlet Big Apple n buy more donuts....

Yesterday, we went to AEON Bukit Indah again and this time we bought 9 pieces of the donuts...but by the time this picture was taken only 6 were left....

This big Apple Donuts were delicious and not so sweet

My favourite
  • Mochalisa
  • Chococino
  • Marble Duke
  • Californian Almond
  • Alien
NYUM...NYUM

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Amir.......

Abang Long rajin betul nak tolak stroller adik everytime kami keluar jalan-jalan. Walaupun masih tak dapat lesen tapi, dia memang bersungguh-sungguh nak tolak. Nak tolong Mama....kata abang.

Adik steady je dalam stroller

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...