klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::: My Life ::::

:::GENG:::

Showing posts with label My Story - School and Students. Show all posts
Showing posts with label My Story - School and Students. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

spider web :)

hai hai hai

bersawang2 blog aku nih... teacher bz la nowadays.
lots of things to be done
kerja kat sekolah melambak2.

one after another

sampai tak dak masa utk diri sendiri..
balik sekolah kul 4++ dh penat...melepek jer
tambah2 pulak ngan 3heroes + 1 hero utama yg memerlukan perhatian..
24hours tu macam tak kecukupan....
time tido malam tu,time merebahkan badan tu rasa macam ter'best' lah sebab dapat finally me rileks kan diri...

well......
seharian kat sekolah memang memenatkan...
ngan perangai students yg macam2.....
selalunya org akan kata kerja CIKGU ni sangat senang...tp hakikat sebenarnya hanya seorang CIKGU yg tahu..
well apa2 hal pun...me rasa bahagia with my life now.... adapting n adopting...do what i can do and cherish my life one day after another....

so apa cerita Teacher hari ni?

Today I jd babysitter...
hehehe..menjaga bebudaks yg kena kuarantin for their English Oral, for PT 3 examination...
kesian tgk bebudak ni kebosanan di kuarantin....
dh macam2 dibuat diorang ni.....
whatever pon korang x boleh keluar dr bilik kuarantin ni sampai la habis turn oral korang....

sabar ye teacher Gie...... lambat lg nak habis ni!!

CHEER UP 

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday, 15 May 2012

.....dah kali ke -12 dah.....

Tahun ke~12 meraikannya..
semoga aku terus tabah mengharungi
 hitam-putih-pahit-manis-kelat-masin-masam
kehidupan bergelar guru!!
Tema Hari Guru 2012

pen hadiah dr Amir untuk cikgu2 dia...
kata dia, kalu bg pen, cikgu bleh guna...
Layanzzzz

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU
 SELURUH MALAYSIA!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday, 6 March 2012

..dia pergi...dia datang...

Hari ini hari terakhir Pengetua I berada di SMK Padang Pulut.
Lepas ni dia akan bertugas di SMK Sura.
I do feel sad that she's going..
Walaupun mmg ada kelemahan "Dia" 
tapi banyak yang I belajar darinya...
Will be missing her.....
Ucapan terakhir Hajah Radziah
penyampaian hadiah dari para pelajar....
yang lain pun ade..setiap tingkatan ada bg hadiah
Hadiah dari guru2
I le tu....
Banyak lagi acara bagi hadiah dari guru2 yang lain
tapi I letak yang ade pic I je..!!
Salam2 
.
.
.
.
.
.
.

Yang patah, kan tumbuh..yang hilang kan berganti....
pelajar beratur nak sambut Pengetua baru 
Bos baru kami..Encik Mohd Aliziyad bin Abas
serahan dan penerimaan tugas 
Selamat tinggal..Selamat jalan & terima kasih cikgu 
Selamat datang kami ucapkan!!

----> berdebar sebenarnya nak mulakan tugas dengan Bos baru....esok mesyuarat pertama kami dengan dia.  First impression??? Nampak tegas je Bos baru ni...!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday, 11 February 2012

...i'ts friday [holiday] but i'm working!...

semalam morning2 dah kena bangun coz nak bawak anak2 team volleyball.
diaorang ada game on FRIDAY [kat ganu friday is holiday!!]
KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH..
so as one of voleyball teacher, I kena la pegi.
habis sunburn muka dah la dah sedia gelap, makin gelap jadinya ...hehe 
sehari suntuk dok di padang SMK Ketengah Jaya.
Biasalah..antara tugas-tugas khas seorang GURU!!
Menunggu game bermula
My Girl's team in action
Still dalam game..semua dah kepenatan
Cikgunya yang pakai tudung merah kat hujung tu pun, dah mula
penat dah..hahaha...

sampai rumah jam 7++, azan tengah berkumandang!
1 hari anak2 duduk ngan ayahnya...
balik rumah...mandi..solat...tidur!!

 
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday, 8 February 2012

...Form 1 ke? @ Standard 1...

Selama ni jarang sekali I nak story mory about my students n my life as a teacher..bukan apa, bimbang dikatakan sebagai suka merungut, dan tak ikhlas menjalankan amanah sebagai seorang guru. Selalunya orang beranggapan salah tetang tugasan seorang guru....pernah I dengar ada yang kata kerja guru senang...balik awal...cuti banyak....hmmmm...I malas la nak komen banyak kat sini..sebab I rasa cam buang ayaq liur je...kan kan kan....jengah2 lah sini kalau nak tengok2 cerita ceriti cikgu cikgi ni!!


 Berbalik pada entri I hari ni....tahun ni lah tahun pertama I ngajar balik kelas Form 1 dari 2003. Lama tu...dah tak ingat dah macam mana perangai budak2 form 1 ni....dah terbiasa mengajar budak2 form 4 n form 5...Nak jadi cerita starting tahun ni I ajar Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan semangat cintakan negara selain dari English which is my core subject....so kalau BM I tak berapa nak sedap masa mengarang ni, faham2 le ye!! Aduhai...penat melayan telatah budak form 1 rupanya....

"cikguuuuuuu...dia ambik pemadam saya"
"cikguuuu....tengok Amin ni, dia sibuk kacau saya nak tulis"
"cikguuuuu.......saya salah tulis ni..saya selang 1 mukasurat boleh tak?"
"cikguuu..... saya silap guna pen hitam....latihan yang lepas, saya guna pen biru..tak pe ke cikgu?"
"cikguuu.....saya tukar tempat duduk boleh tak?"
"cikguuuu...ni kalau tampal sini separuh, belakang separuh boleh tak?"
"cikguuuu...saya terselang sebaris la...macam mana cikgu?"

-
-
-
-
-
-
sana sini "cikguuuu........cikguuuu .....cikguuuuuu"
ADUHAI!!!

SABAR...SABAR....SABAR....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday, 5 February 2012

...Layan anak2 5 Sains...

Menjadi GURU KELAS bermakna jadi "mama" 
kepada 25 org pelajar dalam kelas I.
Tadi, I ke sekolah [walaupun hari ni cuti umum ok!!]
"Anak-anak" I nak tolong balut meja, nak cantikkan kelas kan..
so cikgu kena ada la...
Amzar pun ikut Mama 
Balut jangan tak balut!! 
Amir pun sibuk nak tolong gak 
Almost finish..cantik tak?? 
Budak berdua ni sibuk ngaco abang2 nak balut meja 

serba biru..sejuk mata memandang!! 

buat 'taman mini' tepi kelas 
Jam 1 tghari semua settle...
baru bab balut meja.
Banyak lagi yang nak dibuat untuk mencantikkan kelas.
Kelas ceria..Murid gembira..Cikgu pun suka..cewwah!!

TQ pada bebudak yang datang...
Ikhmal...Fazeri...Yusri...Amzi...Shahrul...n Rizal Esma
Budimu tetap teacher kenang...OK (^___^)

Bukan senana pegang title guru kelas ni,
semua perkara kena ambik tahu pasal "anak2".
markah periksa kena key in dalam sistem..
kena siapkan tulis buku register [kedatangan].
semua maklumat kenalah lengkap.
banyak lagilah, yang I tak nak mention kat sini....
nanti kang dikata tak ikhlas...
biasanya ramai cikgu nak tak nak n tak sanggup nak pegang  title ni.
Tapi kalau dah diberi amanah buatlah sebaik yang mungkin.
Dalam pahit, banyak manisnya title GURU KELAS NI

Hmmm apa komen Cikgu MatSom?


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 6 January 2012

.....SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.....

Walaupun entries ni macam ala-ala nak basi dah, tapi Gie tak kira! Nak gak tulis......Almaklumlah bzmz u ollsss!! Sekolah dah bermula, so masa macam sangat2 berharga gtu!! Nak bukak lappy update blog pon tak nyempat2. Saje je nak kongsi suasana masa hari pendaftaran kat sekolah Gie on 2nd January 2012....Hari pertama persekolahan di Terengganu bermula 3 Januari 2012.
2012 Academic year begins!!
Parents berkerumun nak cepat2 daftarkan anak2 diaorang ni...walaupun penat cakap suruh beratur n bg nombor giliran, tapi semuanya serbu at one time. Masing2 nak cepat settle kot. Ada antara parents ni kena daftarkan 2-3 orang anak...so nak kejar masa agaknya pegi kat tempat lain.  Kesian tengok kawan2 Gie yang uruskan pendaftaran...."mengah & sesak napas" kena serbu...Cair mekap segala...hahahaha 
Buku teks untuk student Form 1. Dah siap di ikat, senang nak diberi kat pelajar.  Nasiblah kalau dapat buku yang agak usang, tapi kalau tak silap cikgu2 SPBT [Skim Pinjaman Buku Teks] dah pilih2 & lupuskira yang dah koyak2.  Beruntung pelajar2 dapat pinjaman...tapi ada antara mereka tak pandai tak reti bahasa dan tak pandai nak jaga buku2 ni! Ada yang dapat elok je buku, time pulangkan, dah koyak2....hmmmmm!! 
Yang ni pulak Kaunter Asrama, [sekolah Gie ada asrama desa...menempatkan 200 pelajar]. Kebanyakan mereka yang tinggal kat asrama ni, mempunyai masalah pengangkutan @ rumah agak jauh dari sekolah. Parents sibuk memilih baju asrama, cadar n selimut asrama [pink kaler u!!]..sayangnya mak bapak kat anak2..harap2 anak2 pun rajin belajar!! 
Tak cukup tangan cikgu2 melayan serbuan Mak Bapak & pelajar baru! Depan belakang, kiri kanan mak bapak kerumun....


=SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH CIKGU CIKGI=
=SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH CIKGU MAT SOM=



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday, 15 December 2011

...Confirm RESULT PMR 2011 keluar Khamis 22 Disember....

okeh...

tadi I dah dapat call dari sekolah, suruh datang bertugas 22 Disember ni. Sebagai S/U PMR, of coz la I kena ada masa pengumuman result oleh Pengetua. Harap-harap keputusan sekolah tahun ni membanggakan, dan lebih baik dari tahun lepas. 

Terkenang plak masa tahun akhir kat SMKBE ~ tahun 2010 result English PMR yang terbaik pernah dicapai 

So kita sama-sama tunggu 22 Disember ni yae...kita lihat siapa yang kenaaaaaaa!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday, 14 December 2011

...RESULT PMR 2011...

Hari ni dah 14 Disember....dalam 10 hari lagi kemungkinan keputusan PMR 2011 akan diumumkan. Gedebak gedebuk rasa dada ni walaupun bukan aku yang ambik periksa, tapi biasalah, kalau dah ber'title' Teacher ni, aku yang terlebih takoot!! Tahun 2009, result PMR diumumkan 24 Disember, 2010 pulak 23 Disember. So target this year, agaknya akan keluar before Krismas la tu... Zaman sekarang ni dah canggih, kalau dolu2 kena datang sekolah kaau nak tahu result. Sekarang boleh sms je kalau nak dapat result PMR tu. Tapi bagi aku kalau tak datang sekolah tak thrill la..datang sekolah kumpul ngan kawan ramai2...sama2 tunggu result keluar, bila Pengetua umumkan result hati macam nak luruh rasanya! Teringat zaman I sekolah dulu..pengalaman 'mendebarkan setiap kali result peperiksaan besar [PMR & SPM] keluar.
Good Luck to my sister...Piqah...hope you'll get the best result!!

So good luck to all PMR candidates ya! Semoga segala perjuangan dan penat lelah belajar dan menelaah berbaloi hendaknya!Bagi yang nak menyemak keputusan PMR 2011, bolehlah...ikot cara2 yang tertera kat bawah ni...[ TQ http://www.anastasyea.com for the info]

******************************************************
Bagi adik² yang tak sabar² untuk mengetahui keputusan PMR 2011 nanti. Apa kata cuba semak keputusan PMR 2011 secara SMS dahulu sebelum keluar rumah. Perlu diingat semakan keputusan PMR 2011 ini hanya boleh dibuat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia membuat pengumuman. Kalau adik² cuba jugak sebelum itu. Memang conform la tak dapat. Selain itu, adik² juga boleh mencuba menyemak menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini. Yang ini lagi senang !

Bagi yang ingin menyemak keputusan PMR 2011 melalui SMS. Ikuti cara² yang tertera dibawah;

Taip PMR ANGKA GILIRAN dan hantarkan ke 15888
Contoh : PMR PK030L074

Sumber Rujukan: Semakan Keputusan PMR 2011 Melalui SMS dan Online | Anastasyea Blog 


******************************************************

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday, 21 November 2011

SMK PADANG PULUT, DUNGUN TERENGGANU...melakar sejarah

Tarikh keramat hari ini 21.11.2011....
Sekolah tempat I mengajar melakar sejarah tersendiri mendapat 
TEMPAT KE 2 Pertandingan Mural Antara Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan!!


Bangganya rasa!! 
Yelah siapa sangka sebuah sekolah yang kurang dikenali 
berada 22 km dari bandar Dungun, 
berjaya mencipta sesuatu yang tak dijangka.

Tahniah buat semua warga SMKPP serta sekalung penghargaan tak terhingga buat semua guru dan pelajar yang bertungkus lumus bertanggungjawab menjayakan dan merealisasikan  lukisan Mural SMKPP tahun ini.



Pemenang tempat ke-2
Pertandingan Mural Sekolah sekolah Peringkat Kebangsaan 2011
Kita tunggu keputusan PMR dan SPM pulak macam mana..
Harapnya kegembiraan hari ini akan berulang! Amin

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday, 17 May 2011

16 Mei 2011 @ SMK Padang Pulut

Tahun pertama menyambut Hari Guru di SMK Padang Pulut...tak banyak sangat picture yang sempat di snap ..camera I tertinggal la pulaks... Tapi overall, sambutan sangat meriah [bagi I lah kan] seronok sangat2 diraikan pelajar!

Barisan guru-guru SMKPP
Sempat pose sebelum berarak masuk ke dewan
 
Pose lagi!!

Acara menyanyikan lagu "GURU MALAYSIA"
Lagu rasmi/wajib setiap tahun di Hari Guru
Semasa acara perasmian di dewan, ada gimmick yang dilakukan pelajar. Tapi sayang, tak sempat nak diambik gambarnya sebab cikgu2 sibuk menyanyi diatas pentas. Pengetua memotong kek n pelajar melepaskan belon sebagai simbolik acara bermula.

Yang paling best, pagi semalam, Radio Malaysia Terengganu [RMT] berkunjung kesekolah kami bagi membuat liputan sekitar sambutan hari guru...Sempat lah snap gambar dengan salah seorang DJ TERENGGANU FM,  Noorhaniza Mat Yeh. Pengetua SMKPP, dihubungi oleh Stesen TERENGANU FM melalui telefon dan ditemuramah oleh DJ bertugas...bergema suara Pengetua & Ketua Pengawas dikawasan sekolah.
Sempat lagi snap gambar ngan DJ TRG FM...wallah!!

Haaaaa....ni lah dia org yang datang sekulah I tu..
[gambar ni I kidnap kat  Portal Terengganu FM]
wah wah wah

Suka-suka pose ngan kek....
Gambar Teacher penat lepas nyanyi

With students [yg serba black] n my two "org kuat" in English Panel
Miss Etty & Miss Nadia ~ i lurrrrve u lah!!
Okeh, now nak tayang plak hadiah yg I dapat semalam hikhikhik...sikit je, tak banyak pon!!

From my students 

Yang ni Bos kami bagi....


"Guru Paling Happening?" Wakakakakaka

Tadaaaaaaa!!!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...