klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Showing posts with label My Recipe. Show all posts
Showing posts with label My Recipe. Show all posts

Saturday, 17 March 2012

...menjala...

dinner kami tadi
atas permintaan my boy Amir..yang sangat suka ngan roti jala
sebelum 'menjala' kena buat gulai ayam dulu... 
ayamnya nyorok..malu!!
then buat adunan dia

3 cawan tepung
3 1/2 cawan air
2 biji telur
garam sket
pewarna kuning [kalo tak de...letak kunyit serbuk je]  
2 1/2  sudu minyak masak
blend semua..siap....!! 

kalo 1st time menjala tu, rasa adunan pekat, boleh tambah la air sket2.
adunan ni boleh buat dalam 15-20 keping, so kalau 
nak buat lebih...double kan lah adunannya... 
'jala' I  
abaikan lah 'jala' yang tak berapa nak santek ni.
almaklumlah bukan pro kanssss. 
I lipat cenggini je..nak gulung2 tu malas lah tak pandailah 
siap!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday, 26 February 2012

...air tangan...

penat macam mana pun, selagi I boleh masak,
 I akan masak untuk anak2 n En Hubby.
for dinner, buat yang simple2 je..
sup tulang...n bihun
bihun tu jadi kuning coz I celur n rendam ngan kunyit serbuk.
saja cari kelainan....I tiru idea Kak Kamsiah ni...
cantik plak bihun tu hehe..lain dari kebiasaannya.
sidekick untuk bihun ni simple je, malas nak buat banyak2..penats!!
taugeh [celur kejap], daun sup n sambal kicap.
kalau orang jawa mmg tak lepas ngan sambal kicap...
orang Johor pun gtu kan...kan ...kan...??
ye tak Miss Mirror?
 
kenapa sup tulang???
sebab kebetulan, bapak mertua adik I bagi tulang lembu 
masa gi jenjalan kat umah dia...almaklumlah....orang tu tokey lembu!!
benda free kan...belasah je lah!!
kejap je I rebus dah empuk... 
ehem
dah siap...ngap je lah!!
20 minit lepas tu settle semua....LICIN!!
ALHAMDULILLAH!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday, 30 January 2012

...Kerepek Ngaku [Arrow Heads]...

Selama ni I mmg pernah nampak buah ni kat Nirwana @ Giant @ Mydin Mall, tapi tak pernah berminat nak membelinya tak tahu cara nak masak n tak rasa buah ni sedap. Tapi ntah macam mana, terklik bolg ini dan ini, terjumpa la pasal buah ngaku nih...rupa2 nya boleh dimakan n nampaknya semua yang pernah cuba kata sedap. Eish, I pon terasa nak try test la kan..terpengaruh la ni!!
  • Sebelum tu apa sebenarnya buah ngaku @ arrow head ni
Arrowroot, atau arrowheads @ buah ngaku adalah tumbuhan herba saka yang besar yang dijumpai dalam habitat hutan hujan. Ia ditanam bagi memperolehi kanji daripada rizom (batang bawah), yang juga dikenali sebagai arrowroot.

So, nak dijadikan cerita, nampak buah ngaku ni masa jenjalan kat Mydin Mall Ganu..terus I beli, tak le mahal sangat 1kg dalam RM2++ je...

ni le ropa buah ngaku @ arrowhead

basuh bersih2 then kupas kulit dia..
batang dia yang ceconet tu I tinggalkan sebab
 senang nak pegang masa parut

pastu parut [ tq En Hubby ^_^ ].
nak parut dalam kuali terus pon boleh..
tapi tukang parut i takot kena minyak...

goreng2...
I goreng gtu je, tak letak garam2 pun

siap!!
mmg sedap..lemak manis....
kata En Hubby tak letak garam pun sodap!!!

**** serius sedap kerepek ni....cuba tau!!****




(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday, 29 January 2012

...Grilled Chicken Chop...

tadi masak grilled chicken chop 4 dinner.
sesekali western (^_^).
tukar2 selera
mula2 buat coleslaw.
cincang kobis + carrot
then mixed ngan coleslaw dressing
guna coleslaw dressing ni..jadik terus.
sedap sangat...rasa yang macam kat KFC tu!!
ayam ni I perap semalaman.
petang semalam de'bone' chicken thigh.
bahan2 nak perap ayam......
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos lada hitam [optional]
2 sudu besar madu
1 ketul kiub knorr
1 sudu gula
1 sudu kecil garam
sedikit mentega
2 sudu besar english herbs [I guna oregana n rosemary]
kisar semua bahan, then perap..3-4 jam.
kalau dapat perap semalaman 
lagi bagus..lagi sedap
dah siap bakar..
suhu 240C n bakar untuk 40minit
selepas 1/2jam pertama sapu ayam ngan minyak
 untuk elakkan ayam terlalu kering
tada..siap!!
I malas nak buat whipped potato..so goreng wedges je lah

** lupa plak, untuk black pepper sauce, I guna resepi paling senang...guna campbell mushroom sauce + ngan 3 sudu besar sos lada hitam, masak sampai didih [bleh gak guna lada hitam yang di blend halus]....tambah2 la gula garam sesedap rasa...hahaha senang kan


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday, 7 January 2012

...SCONES...

Tengok kat FB rakan, keseronokan dia makan scones di Cameron Highlands. Uish, macam sedap je Mula la nak menerai resepi roti yang fofular kat UK ni untuk sarapan pagi ni [kiranya ala2 Inggeris gtuww] 
mula2 kena ada butter [sejuk].
I pakai 1/3 butter untuk 2 1/2 cawan tepung [I guna tepung serbaguna].
Ayakkan tepung + 2 sudu kecil soda bicarbonate + 1/4 cawan gula halus
then masukkan butter macam ni.
butter tu potong dadu supaya senang nak mix dengan tepung

butter tadi digentel dengan hujung jari ngan tepung, 
sampai jadi macam bread crumbs.
jangan uli, tapi gentel2 manja ye 

pastu masukkan 1/2 cawan susu segar
jangan guna tangan untuk menguli, 
kaup balik dan sebatikan adunan dengan senduk je

then masukkan sebiji telur

gaul2 sampai sebati 

then bentuk2kan ngan sudu macam ni.
sapukan kuning telur 

bake... 

dah siap dia jd macam ni 

hmmmmmmmm...gebu..gebu

pagi tadi Amir request breakfast macam ni 

sausage...scrambled eggs...fries 

scones tadi, belah dua...sapu jem @ boleh jugak letak whipped cream

scones with tea.....yummy!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 23 December 2011

...PIZZZA TIME!!...

hari ni perst time Gie buat pizza. tu pun setelah dapat resepi pizza senang ni dr seorang rakan lama [thanks shil :) ]!
ni doh untuk crust pizza tu..sangat senang rupanya nak buat, 20minit dah siap. yang atas tu doh sebelum direhatkan...selepas direhatkan, doh naik sekali ganda.

BAHAN DOH
2.5 cawan tepung high protein blu key
1 sudu kecil garam
1sudu kecil gula gula
1 paket yis segera (rendam dalam 0.5 cwn air suam hingga kembang)
1 sudu besar mentega
oregano kalu suka

CARA2
Campurkan tepung, gula, garam dan oregano dlm bekas then masukkan air+yis td sikit demi sedikit sambil uli doh tu, buat sampai air + yis tu habis. kalu tak cukup, masukkan air lain sikit2, uli sampai tepung tak melekat kat mangkuk tu dan  jd bola besar.masukkan mentega, uli lagi lama sket. dah siap, tutup bekas dgn kain dan biar naik sekali ganda. Nak masak nanti, uli semula 
yang ni Gie masak daging cincang untuk diletak atas doh pizza tu...mula2 masukkan daging cincang, masak sampai daging tu bertukar warna, then masukkan minced onion + prego spaghetti sauce..kacau sebati...dan perasakan.
Then boleh la siapkan bahan untuk topping pizza. yang ni ikut suka tekak kita lah...Gie masak minced beef ngan prego spaghetti sauce sebagai base dia. Then kita boleh letak sosej ke, capsicum ke, mixed veggie ke, mushroom ke, crabstick ke.....semua boleh...ikut kreativiti kita.

then kita uli doh tadi, jangan nipis sangat, nanti tak rasa pulak. masukkan doh dalam pan..kalau pan bukan non-stick, bolehlah taburkan sikit tepung @ sapu mentega. then masa untuk men'decorate' doh tadi dengan topping. Spaghetti sauce yang dimasak ngan minced beef td, Gie sapukan atas doh pizza, then letaklah berbagai 'mak nenek' atas doh tadi....[kalau tak guna minced beef, sapukan je prego sauce td atas doh, baru taburkan topping yang kita suka]
Budak berdua ni seronok menabur topping atas doh pizza. Dah habis letak semua....last sekali taburkan grated cheese....letak banyak2 baru SEDAP!! tapi jangan terlebih lak..takut muak...agak2 la.

Masukkan dalam oven. Suhu 180 degree n bakar dalam 20 minit....baunya mengancam.....hahahaha...time ni Amir n Amzar asyik masuk dapur je..ambik bau dulu!

Wallah!!! Siap.......

Tukang rasa utama masakan Mama.....!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday, 13 December 2011

....CREAMY MUSHROOM CARBONARA....

tekak gatal nak makan pasta.
semalam petang...
jalan2 kat tempat sopping groceries, terjumpa benda ni
hmmmm teringat iklan Prego Chef Riz kat TV.
pakai ni je la kan senang.
senang je kan...semudah 1...2....3
betul kata Chef Riz
nak sedap lagi I tambah benda ni 
yang ni bahan utama dia...tak de...confirm tak jadi!!
I pakai fettuccini...
tadaaaaaaaa....hasilnya....
sedap...sedap...sedap
cuma cheese je I tak tabur...semalam cari tak de, dah habishhhh


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 9 December 2011

...GULAI AYAM PENCEN...

pagi tadi niat nak cari ayam kampung. tekak teringin gulai ayam kampung le pulak. tapi nasib tak baik...ayam kampung tak de. so my hubby beli le ayam pencen tq encik hubby!! macam dah muak makan ayam biasa tu...ntah le kenapa??? lemak banyak sangat kot!!
ni le ropa ayam pencen kredit to MR GOOGLE for the picture

ayam pencen = ayam telur yang dah tak bertelur lagi. ayam ni setelah dibersihkan akan dibakar seketika agaknya untuk hilangkan bulu2 ayam yang melekat lagi kat badan ayam tu. aku pun tak tahu kenapa, tapi setiap kali beli ayam pencen memang ade kesan terbakar kat badan ayam tu. daging dia mmg liat so kena lah rebus lama..tadi pun aku rebus 2jam baru empuk  selalunya kalau nak buat rendang @ gulai aku suka guna ayam kampung   mahal le sikit rega dia atau ayam pencen...maybe sebab daging dia tak hancur n rasa dia lagi sedap ikut rasa tekak aku le dari guna ayam biasa bandar.

selepas 2jam merebus n tambah 30 min lagi menggulai...inilah hasilnya...
amacam?? mengancam tak??
side dish yang lain tak payah le letak sini ye...hehehe

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...