klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday, 24 November 2010

ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH

Entry sebelum ni, aku cukup risau akan keadaan kami sekeluarga bila berpindah...fikiran aku berkecamuk...macam2 yang difikirkan.  Tapi kata-kata ini telah menyedarkan aku dari satu LAMUNAN yang amat panjang...

:::: SAYA KECEWA DENGAN TUHAN, KERANA BILA SAYA MINTA BUNGA YANG CANTIK, DIBERINYA KEPADA SAYA KAKTUS YANG BERDURI. BILA SAYA MINTA RAMA2 YANG CANTIK, DIBERINYA SAYA ULAT BELUNCAS. YANG HODOH.......... TAPI SEKARANG SAYA BAHAGIA, KERANA KAKTUS YANG BERDURI ITU SUDAH PUN BERBUNGA......... ALANGKAH CANTIKNYA, DAN ULAT YANG HODOH ITU SUDAH BERTUKAR MENJADI RAMA2 YANG CANTIK......... ALANGKAH INDAHNYA..........TERIMA KASIH TUHAN :::::
 Dalam maksud kata-kata ini.
Makin aku renung, makin aku hayati...aku sedar kesilapan aku sebagai manusia yang amat kerdil ini....



Selama ni aku tak nampak.......aku tak perasan.....
sesungguhnya setiap percaturan Tuhan itu ada sebabnya...

ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.
ALLAH ITU MAHA ADIL

Apa saja yang ditentukan ALLAH pasti ada hikmah disebaliknya.  Kita manusia cepat sangat melatah bila ditimpa satu kesusahan.....mudah alpa bila diberi kesenangan...bila ALLAH tarik sejenak nikmat tu..kita cepat sangat kecewa dan marah.....Ya Allah...betapa lalainya aku...betapa alpanya aku....

semoga hari2 yang mendatang akan dapat aku tempuhi dengan penuh sabar.  Semoga ALLAH kurniakan aku tahap  KESABARAN yang tinggi dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran di tempat baru kelak. AMIN......





(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday, 21 November 2010

????????????????????????????????


Banyaknya ??????...kenapa ye? Entry kali ni ditulis dalam keadaan fikiran yang agak kusut dan berkecamuk. Banyak yang difikirkan pada masa ni.  Isnin lepas aku cukup gembira bila dapat tahu permohonan pertukaran ke Terengganu diluluskan. Seronoknya bukan main..terbayang dah dapat duk dekat ngan Mak & Ayah yang dah lama 'ditinggalkan' [hampir 10 tahun aku diperantauan]. Dapat bersekolah dan menetap di kawasan bandar setelah 10 tahun menetap dikawasan felda. Dapat sekolahkan anak disekolah yang lebih baik dan menjamin masa depannya. Dan yang paling-paling best, dapat menetap, tinggal, dan bermastautin di kediaman sendiri [walaupun luasnya cuma sekangkang kera].  

 Hari berikutnya pulak, aku dapat tahu yang aku ditempatkan di daerah Dungun, dan En Hubby plak di Paka. Aduyaiii....Ingatkan dapat ke Kuala Terengganu. Hmmmmm.....jauh jaraknya dari rumah yang En Hubby beli, kalau drive adalah dalam 1 jam perjalanan.....Mak aiiii...patah semangat sekejap!!..Niat dihati nak menetap dirumah sendiri, tapi........ apakan daya...Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Mula lah dalam otak aku berfikir macam2...mana nak cari rumah sewa, nak cari pengasuh baru, nak ke Amzar ngan pengasuh baru yang dia tak kenal, macam mana pengasuh baru ni jaga anak aku nanti, adakah akan sebagus pengasuh di  Waha sana....tentang sekolah baru Amir...dan macam2 lagi.  Hmmmm...kusut...kusut...kusut.......tak lena tidur dibuatnya.  

Tapi bila hati mula nak tenang....otak mula nak centre....barulah boleh berfikir secara rasional.  Hmmmm...setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya....Allah itu sesungguhnya maha mengetahui akan setiap sesuatu...Ada hikmahnya disebalik segala yang diatur oleh Allah...Semoga percaturan dan keputusan yang aku buat ni, membawa perubahan yang baik buat diri aku dan keluarga aku....

Cakap mmg senang, tapi hati aku tetap risau dan otak tetap berfikir....... ????????????????????????

Duhai hati tenanglah.......duhai mata tidurlah....semoga esok sinar baru akan menjelma..... huhuhuhuhuhuhu

jiwang karet la pulak tengah2 malam ni....!!!!!!!!!!!!!!!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday, 17 November 2010

KONVOKESYEN TABIKA KEMAS

Untung budak2 sekarang ni, baru Tadika dah ada majlis konvokesyen. Tak apa la...sekadar meraikan mereka dan memberikan semangat, semoga dapat konvo betul2 di universiti nanti.

:::: Sekitar majlis Konvokesyen Tabika Kemas, Peringkat Parlimen Kota Tinggi ::::

Amir ~ sebelum masuk Dewan

Selepas terima sijil tamat Tabika

:::: Sekitar majlis Konvokesyen Tabika Kemas Felda Simpang Waha ::::

Amir ~ Dapat no 3

Dengan Cikgu Sakdah & Cikgu Nor

Member kamceng!!

Persembahan Boria

Koir ~ Lagu Tabika & Lagu "Sungguh Gemilang"


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...