Hari ni cuti. Labour Day, 1st May 2008. Amirul dari pagi dah merengek tuntut janji Mama & Ayah nak bawak dia pegi makan sushi sempena birthday dia…. Hmm mesti orang pelik, anak aku baru umur 4 tahun dah ‘pandai’ makan sushi. Aku rasa ni sebab aku ‘ajar’ dia makan sushi masa masih dalam perut lagi…. Aku ni sebenarnya, tak berapa suka nak makan sushi ni, aku kenal sushi ni pun masa belajar kat UM 10 tahun dulu, tu pun kawan aku Shaharuni yang kenalkan…aku cuba jugak la makan, boleh la telan….
Tapi aku x tau la kenapa, masa aku pregnant, tiba-tiba je tekak aku ni teringin sangat la nak makan sushi….kebetulan kat Giant ader jual, aku beli & makan la…sejak pada tu aku memang jadi ‘hantu’ sushi ni. Kadang2 hubby aku naik pening, mana tak nya setiap hari nak makan sushi. Balik sekolah je (masa tu kami mengajar petang), dalam kul 6.45 ptg aku ajak la hubby pegi Giant, nak cari sushi. Aku ni kan tinggal kat Felda, dari tempat aku nak ke Giant terdekat (Plentong), ambik masa lebih kurang 1 ½ jam…..penat memang la penat, tapi mengenangkan tekak aku yang naaaak sangat sushi, hubby aku ikutkan je la…kesannya, anak aku suka sushi (memang tak la terbukti secara saintifik, tapi aku rasa, itula puncanya).
Sebab kami dah janji, maka hari ni kami ajak la dia pegi makan sushi kat SUSHI KING Jusco Tebrau City. Puas la Amirul makan sushi hari ni…

Sushi King @ Jusco Tebrau City JB
Mama & Mirul menikmati sushi. Suka la Amirul, dapat makan sushi
Amirul sengih dapat sushi kegemarannya
Ayah sempat pose sementara tunggu sushi sampai
Mirul lagi.....orang lain makan sushi pakai chopstick,
tapi Amirul pakai sudu & garfu....
tak pe la yang penting dapat makan sushi....
Dua jenis soyu (kicap) buat perasa sushi. Satu kicap manis (pekat sikit) dan satu lagi kicap masin (agak cair dan memang masin betul rasa nya)
Japannese Tea - penghilang dahaga kami.
Teh ni warna hijau & tidak dicampur gula,
memang tawar & tak ada rasa apa-apa
(terasa macam minum air suam)
Deretan sushi plate lepas kami habis makan. Di sushi King, sushi diletak dalam pinggan pelbagai warna & warna2 tu menunjukkan harga sushi yang kita makan. Pinggan warna pink - RM 4, pinggan warna biru - RM 2, pinggan warna beige - RM 3 & pinggan warna purple - RM 8.
0 'kawan' dah baca n komen...:
Post a Comment
apa komen anda lepas baca entry ni....