Semasa kami menghadiri acara konvokesyen hubby tu, sempat la kami melawat2 2 tempat kat Kl ni...1st kami pegi ke Taman Tasik Titiwangsa... Actually, aku yang beriya2 and nak sangat naik 'merry go round' yang besar tu..EYE ON MALAYSIA (EOM) ....eishh aku mula2 tu gayat la jugak memikirkan betapa tinggi n besarnye 'benda' tu, tapi mengenangkan maybe lain kali susah nak sampai kat sini, aku gagahkan diri la jugak....
Kos nak naik EOM, ni x la mahal sangat, sebab ader pakej family...kalau x silap aku la kami ber5 dikenakan bayaran RM 44++....ok la kan...bila naik, ader la dalam 5x pusing....Huiiii manusia kat bawah nampak kecik je cam semut, yang paling kecut perut sekali bila gondola kami tu berhenti kat atas sekali sebab ader orag yang nak naik atau turun kat bawah...huii sayuuup je nampak pemandangan, masa ni aku x berani nak pandang bawah pun.... Yang paling lucu aku tengok, anak aku Amir...masa kat bawah before naik, bukan main x sabar dia, tapi bila mula je berpusing n kami sampai keatas dia dah 'keras' kat tempat duduk dia n x berani nak bergerak...tapi lepas 2-3x pusing, baru la dia nampak relax n enjoy the ride.
Ni la gambar2 kami sekitar Taman Taik Titiwangsa, sebelum dan semasa kami berada di atas Eye On Malaysia.
After that, kami proceed pulak ke Aquaria yang berada di KL Convention Centre. Actually kami dah masuk dah aquaria ni tahun lepas masa holiday kat KL....Tapi hubby aku saja nak bawa mak dia jalan2 n tengok pelbagai species ikan yang ader kat sini. Untuk masuk aquaria ni kosnya agak tinggi la, maybe sebab kos maintainance tempat ni yang agak tinggi maka bayaran yang dikenakan pun boleh tahan mahalnya...kami berlima dikenakan bayaran RM 108.00 (pakej family RM 88 + bayaran senior citizen RM 18.00)...bolehla kan...
Puas la kami tengok ikan...ader yang pelik dan x biasa kami lihat...Yang paling menarik minat aku species ikan piranha...ikan ni nampak baik n decent je, kecik je ikan piranha ni ader la besar tiga jari jer, tapi ganas jugak. masa kami sampai ke aquarium ikan tu, ader la sepotong peha ayam diletak sebagai makanan piranha ni, ditengok dari cara ikan karnivor ni makan memang terbukti la ikan ni pemakan daging yang agak ganas walaupun kecik je saiznya....
Selain tu ader la banyak specis ikan belut, jerung n ikan pari yang jarang2 kita nak jumpa. pada hari tu kami ni kira beruntung la sebab sempat tengok feeding session (ikan2 diberi makan).....kagum rasanya tengok penjaga2 ikan di Aquaria ni dikelilingi oleh pelbagai species ikan yang tertarik dengan makanan yang diberi....jinak2 pulak ikan2 ni.....
Ikan piranha yang nampak kecik, 'comel' & 'decent' je...tapi awas, jangan cuba2 nak pegang...hilang jari nanti!
In front of Atlantis Gift Shop, Aquaria KLCC
Gambar2 sekitar our visit to Aquaria KLCC
suka nengok anak akak ni...comel..kiut dan sentiasa tersenyum...betul2 pengubat jiwa.
ReplyDeletethanks nordee....salam perkenalan!!
ReplyDelete