Hmmmm, rasanya ramai antara rakan-rakan aku yang memang tak tahu tentang hal ni...aku pun selama ni tak tahu. Tapi bila dah terkena, barulah kita akan lebih berhati-hati. Aku percaya, ramai antara kita akan ber'shopping' di hypermarket kan...Nama2 seperti GIANT, TESCO, ECONSAVE, KIPMART Kota Tinggi [khusus area Kota Tinggi yea!!], dah jadi tempat kita ber'shopping' barang-barang keperluan. Biasanya kalau kita ke tempat2 ni, kita akan membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. maklumlah, stok untuk 2 minggu [atau mungkin lebih]....kalau ke tempat2 yang aku sebutkan tadi, kalau tak penuh 1 troli tu memang tak sah la..kadang2 sampai ada yang bawak 2 troli!! Time nak bayar tu...uuuuu bil nya memang mencecah ratusan ringgit jugak.
Satu benda yang nak aku kongsi, yang mana kita sering terlepas pandang. Aku terpanggil untuk berkongsi, kerana selepas 3 kali mengalami kejadian yang sama, aku rasa, ini dah bukan kebetulan, tapi mungkin, disengajakan!! Aku paparkan di sini, salah satu kisahnya........
Bila kita mengambil barang di rak, kita akan tengok harga yang terpampang di label harga pada rak. Dan bila barangan kita tu di'scan' oleh mesin pengimbas semasa di kaunter bayaran, jarang kita melihat harga yang dipaparkan dipapan harga elektronik kerana kita sendiri pun sibuk memunggah barang. Apabila semua barang selesai di scan, kita membayar jumlah harga barangan, ambik resit dan terus keluar....
Ha disini lah silapnya, kita jarang menyemak semula barangan dan harga barangan yang kita beli....Awas rakan-rakan kerana aku pernah terkena!! Harga yang dipaparkan tidak sama dengan harga yang di'display' pada rak barangan semasa kita mengambil barang tersebut. Contohnya berdasarkan pengalaman, suami aku nak beli berus gigi [ disalah sebuah hypermarket terkemuka]. Bila ambik, pada rak terpampang harga untuk sepaket berus gigi [ mengandungi 3 batang berus gigi], berharga RM 8.99, tetapi bila, mesin meng'scan' paket tersebut, terpampang harga RM 16.99. Hampir sekali ganda!! Mujurlah pada masa itu dia menumpukan perhatian pada papan elektronik pengimbas di kaunter pembayaran. Hal ni buat dia tersentak dan terus bertanya pekerja tersebut yang terkulat-kulat dan tak dapat berikan jawapan yang tepat kepada soalan, kenapa harganya lain????.
Di saat itu datang la supervisornya dan meminta ditunjukkan rak di mana paket berus gigi itu diambil..bila dilihat, memang terang2 harganya RM 8.99 dan bukan RM16.99...Aikkkkkk!!! Pelik bin Ajaib...kerana supervisor ni pun tak tahu kenapa hal itu terjadi!! Sedangkan dilabel tu jelas tertulis nama barangan [iaitu sepaket berus gigi jenama ****] & harganya. Adakah hal ini disengajakan? atau hanya kebetulan???? Supervisor ni menegaskan yang suamiku perlu membayar harga yang terpampang pada skrin mesin pengimbas, sedangkan sebagai pengguna kita membeli barang tersebut berdasarkan harga yang terpapar pada rak bukan?? So kawan-kawan....fikirlah sendiri!!
Sebagai pengguna, kita harus 'alert' apabila membeli-belah di tempat2 sebegini...kerana apabila kita membeli dalam jumlah yang banyak, kadang-kadang kita alpa dengan harga barangan yang kita beli. Bayangkanlah, jika ada beberapa barangan yang harganya tak sama dengan harga yang dipaparkan di rak, sudah berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh hypermarket dan kita sebagai pengguna, rugi dan ditipu bulat2!!!!...So rakan2...berhati-hati lah apabila membeli-belah..yea!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)