Petang semalam, anak-anak merengek2 nak 'gi jalan-jalan'. Bosan agaknya duk terperuk kat rumah je. So kami pun sesaja la drive pergi mencari Taman Rekreasi Tasik Bukit Besi yang jauhnya dalam 10km kut dari rumah kami kat Kg Padang Pulut nih. Tasik ni merupakan sebuah tasik buatan manusia yang dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi. Tasik ini dahulunya lombong bijih kini bertukar menjadi pusat rekreasi utama bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan. Keluasan tasik ini adalah 131 hektar. Lagi maklumat tentang Lombong Bijih Bukit Besi --->> sini
Jeti tempat nak naik paddle boat |
Diaorang steady je naik jeti ni. I takut2 jugak coz kayu2 ni diletak pelampung n bila kita pijak dia macam terayun-ayun... |
Amir, dalam proses memujuk Ayah untuk naik paddle boat. Mama je tak benarkan, seraaammm je tgk air tasik tu kan. Terbayang2 takut diaorang jatuh ke |
Paddle Boat. Sekali naik RM4 |
So kami jenjalan la sekitar Tasik sambil hirup udara segar.
hai..takut nk bawa anak2 ke tempat ada air, budak2 bgurau x kira tempat..menarik juga tempat yang u pergi 2..
ReplyDeletehehehehe..mmg betul, budak2 bergurau sesuka hati diaorg je, bukan tahu takut...kalau gi tempa macam ni kena lah extra careful kan kan kan =)
ReplyDelete