Sebetulnya aku memang jarang sangat2 makan sambal tempoyak ni, sebab selama ni malas n jarang nak try [kerana saya kurreng suka makan durian] so, dengan sendirinya, tekak I ni macam menolak la nak merasa sambal tempoyak atau apa2 masakan yang ditambah tempoyak. So apa sebenarnya tempoyak ni....Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.
Berbalik pada, tajuk entri nih, I saja la kan nak story mory tentang kesedapan sambal tempoyak mak I nih...last wekeend, I balik la rumah Mak di Kuala Terengganu, so...masa lunch Mak buatkanlah sambal tempoyak ni...ramuannya senang je, tumbuk cii padi sampai lumat, then tambahkan gula dan garam sebagai perasa. Pastu, gaulkan dengan tempoyak!! Mula-mula I macam 'eksen' lah kan tak nak la makan sambal tempoyak tu...tapi bila tengok ulam-ulaman yang ade, I mmg suka ulam-ulaman nih, mak mertua lalu pun I tak sedar!! I jamah lah sikit...masuk mulut, kunyah..kunyah..kunyah... Eish!! Sedap jugak sambal tempoyak ni, ditambah pulak dengan ulam yang segar2 ....fuhhhhhh mmg terangkatlah lunch semalam!!......
So now, jd lah I penggemar sambal tempoyak ...(^_^)
jangan lupa masak gulai lemak campur tempoyak, mesti meletop!! haha
ReplyDeleteoh, akak tak pulak bawak balik tempoyaknya..nanti 2 minggu lagi balik umah mak..mintak mak masak gulai empoyak plak huhuhuhu
ReplyDeleteTrengganu pulak popular dgn apanya? Cuba criter sikit dlm entri seterusnya.
ReplyDeleteKeropok Lekorkah?