klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 24 January 2012

...TOMYAM KELAPA???...

Dah lama sangat tak mengupload entry baru...dah 2 minggu Streamyx problem kat kawasan rumah I...Banyak sangat tangan2 gatal dan jahat yang suka suki ngambik kabel TM untuk perhiasan kat rumah diaorang la agaknya, sudahnya, ramai orang2 yang tergendala perkhidmatan internet. 

Hari ni nak share ngan u olls, tempat makan yang i discover 2 minggu lepas kat Bandar Dungun ni.  I ngan Encik Hubby sebenarnya suka gak eating outside bukan malas masak...tapi sesekali bawak anak2 makan kat luar!! So since pindah sini last year, kami 'riki2' jugaklah tempat makan best kat Dungun ni. Actually, tempat makan ni direkemen oleh kawan I...Area--->Kuala Dungun, dekat ngan jeti @ pejabat??  LKIM...tepi laut betul2....nampak jambatan ke Seberang Pintasan. Kalo nak makan kat sini....nama tempat ni medan Ikan Bakar kot?? sebab tak de papan tanda khusus yang tunjukan namanya....
ha ni le trademark tempat ni.
Kalo nampak menara ni, betullah tempatnya...
Nampak tak jambatan kat belakang tu??
Kedai yang i makan tu namanya ......cari tau...
Yang ni la special menu dia..TOMYAM KELAPA. Yang I nak highlight kat sini sebab I mmg hantu tomyam!! Istimewanya tomyam ni dimasak gunakan air kelapa muda...so rasa dia pedas2, masam2 n manis la..kalo tak suka manis, cakap ngan waitress tu, perah limau lebih....macam i la..siap mintak limau lagi, nak perah sendiri. Tapi manisnya, bukan manis gula tau, tapi manis n lemak air kelapa tu..Original you!! I yang mmg hantu tomyam ni, cukup suka ngan tomyam kelapa....tak tahu lah orang lain, tapi kalau I lah..bila rasa tomyam kelapa ni, tom yam biasa tu macam tak sedap sangat lah..hahahahahaha.....
ni bukan air kelapa muda tau..tapi tomyam kelapa!!
Harga untuk 1 kelapa ni = seploh hengget!!!
Yummy!!!!
Isi dia sama je macam tomyam2 lain
 1st time makan tomyam yang ade
 isi kelapa muda
licinnnnnnnn!!!
Fresh seafood pon ade kat sini...macam2 ada.....yang peting siapkan $$ nya ye...Kalau ke kedai SERI WARISAN ni, I bleh la kata cooking dia sedap....terangkat gak la....Seafood kat sini dijual ikut gram...Ikan biasanya RM3.50 - RM 4.00 untuk 100gram..., sotong lak RM4 untuk 100gram...yang paling mahal..tuuuuu udang harimau...uuu size dia mmg 'fuhhhh' la....harga dia untuk 100gram ------>> 14 hengget!!! Uuuuuuuuuuu...tepuk dompet, tanya selera la..nak ke tak nak....then, kita orderla nak masak macam mana seafood yang dipilih tu...!!

So kalau sapa2 tersesat ke Dungun ni, datang la cari tempat ni yea!!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

3 comments:

  1. Oh tak balik Kota Tinggi nampaknya.

    ReplyDelete
  2. Nampak mmg sedap... bagus la you dah ada makanan favourite kat sana Gie.. tak de la asyik rindukan Kota Tinggi (KT) je.. KT pun rasa2nya takde la jual tomyam kelapa ni... ada ke?

    ReplyDelete
  3. MM...Kota Tinggi ade tempat makan peberet yang selalu dikunjungi...kalau berkesempatan, cuba gi restoran fyrena.....cuba siakap 3 rasa...fuhhhhh...rasa2nya tom yam kelapa ni Gie tak pernah jumpa lagi sebelum ni...ni la 1st time jumpa tyam kelapa

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...