klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday, 4 May 2008

AWAS.....MAKANAN YANG KITA MAKAN

Maklumat ini diperolehi dari seorang rakan yang menghantarnya melalui e-mail.....sama-samalah kita renungkan untuk kebaikan bersama. Baca dan buat pertimbangan kita sendiri. Wallahua'alam

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

  • SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

  • Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

  • 'Bah Kut Teh' (daging babi). Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

  • Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, 'Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak'.

  • Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

  • Makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb). Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah' Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

  • Bawang Goreng segera. Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 2 May 2008

POT LUCK DAY

Today, pot luck day at my school…..banyak la juadah2 yang disediakan & dibawa oleh kawan2 ke sekolah. Biasanya pot luck ni diadakan selang 2-3 bulan sekali…ikut keadaan la. Seronok buat pot luck ni. Pot luck ni maksudnya setiap seorang mesti bawa satu jenis juadah dari rumah. Tak kira la lauk-pauk ke kuih-muih ke, ataupun buah-buahan dari rumah. Jadinya pada hari pot luck ni banyak dan bermacam-macam jenis juadah dapat kita lihat dan rasa.

Biasanya hari pot luck, tak de la cikgu-cikgu nak jenguk kantin (Bosan jugak kalu hari2 asyik mee & meehun goreng je jadi sarapan). Mau tak, masakan yang dibawa dari rumah oleh cikgu-cikgu kat sekolah ni power2 belaka….ada roti jala, nasi goreng kerabu, nasi goreng pedas, kari ayam, popia basah, sandwich, sambal udang, ayam masak asam pedas, pelbagai jenis kek..…..huh nak sebut semua, banyaaak…pendek kata, semua cikgu yang ada kat sekolah dapat merasa & makan 2-3 kali ulang, itu pun banyak lagi yang lebih, siap boleh bungkus bawa balik.



Antara juadah-juadah yang dibawa oleh kawan-kawan aku
ke sekolah pada hari pot luck

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday, 1 May 2008

Amirul's Sushi Day

Hari ni cuti. Labour Day, 1st May 2008. Amirul dari pagi dah merengek tuntut janji Mama & Ayah nak bawak dia pegi makan sushi sempena birthday dia…. Hmm mesti orang pelik, anak aku baru umur 4 tahun dah ‘pandai’ makan sushi. Aku rasa ni sebab aku ‘ajar’ dia makan sushi masa masih dalam perut lagi…. Aku ni sebenarnya, tak berapa suka nak makan sushi ni, aku kenal sushi ni pun masa belajar kat UM 10 tahun dulu, tu pun kawan aku Shaharuni yang kenalkan…aku cuba jugak la makan, boleh la telan….

Tapi aku x tau la kenapa, masa aku pregnant, tiba-tiba je tekak aku ni teringin sangat la nak makan sushi….kebetulan kat Giant ader jual, aku beli & makan la…sejak pada tu aku memang jadi ‘hantu’ sushi ni. Kadang2 hubby aku naik pening, mana tak nya setiap hari nak makan sushi. Balik sekolah je (masa tu kami mengajar petang), dalam kul 6.45 ptg aku ajak la hubby pegi Giant, nak cari sushi. Aku ni kan tinggal kat Felda, dari tempat aku nak ke Giant terdekat (Plentong), ambik masa lebih kurang 1 ½ jam…..penat memang la penat, tapi mengenangkan tekak aku yang naaaak sangat sushi, hubby aku ikutkan je la…kesannya, anak aku suka sushi (memang tak la terbukti secara saintifik, tapi aku rasa, itula puncanya).

Sebab kami dah janji, maka hari ni kami ajak la dia pegi makan sushi kat SUSHI KING Jusco Tebrau City. Puas la Amirul makan sushi hari ni…

Sushi King @ Jusco Tebrau City JB
Mama & Mirul menikmati sushi. Suka la Amirul, dapat makan sushi
Amirul sengih dapat sushi kegemarannya
Ayah sempat pose sementara tunggu sushi sampai
Mirul lagi.....orang lain makan sushi pakai chopstick,
tapi Amirul pakai sudu & garfu....
tak pe la yang penting dapat makan sushi....
Dua jenis soyu (kicap) buat perasa sushi. Satu kicap manis (pekat sikit) dan satu lagi kicap masin (agak cair dan memang masin betul rasa nya)
Japannese Tea - penghilang dahaga kami.
Teh ni warna hijau & tidak dicampur gula,
memang tawar & tak ada rasa apa-apa
(terasa macam minum air suam)


Set meal yang Ayah order, lupa la nama dia...ada nasi, salad, udang, ikan, sotong, terung (semua di goreng tempura) & begedel jepun (sama la macam begedel kita)

Deretan sushi plate lepas kami habis makan. Di sushi King, sushi diletak dalam pinggan pelbagai warna & warna2 tu menunjukkan harga sushi yang kita makan. Pinggan warna pink - RM 4, pinggan warna biru - RM 2, pinggan warna beige - RM 3 & pinggan warna purple - RM 8.






(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...