klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday, 22 December 2008

Apa nak jadi ye......


Petang semalam, aku bertandang ke KIPMART (pasaraya?..hmm bolehla dikatakan campuran....pasar + kedai2 menjual barangan harian + supermarket + kedai jual CD... dan...... pendek kata macam-macam ada...), KIPMART ni baru je beroperasi lebih kurang sebulan la di bandar Kota Tinggi....dan ianya berjaya menjadi tumpuan penduduk-penduduk daerah Kota Tinggi ni untuk membeli barangan keperluan harian terutama sayuran, buah-buahan, dan barangan mentah (ikan, ayam....dsbgnya) yang segar2. Secara tidak langsung, KIPMART ni menawarkan banyak la peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda (kerja part time/ sementara)....

Dipendekkan cerita, pada kali pertama aku berkunjung ke KIPMART ni, ramai la ex-students aku especially yang baru lepas SPM tu berkeliaran kat sini dan bekerja sebagai salesgirl/salesman sementara...tak kira la kat kedai kasut ke, kedai buah ke, kedai handphone ke.....bila ditanya kebanyakan mereka ni sekadar nak mencari pengalaman dan mencari duit saku untuk diri sendiri...nak merasa susah cari duit agaknya....

Alkisahnya, pada kali pertama ni aku terserempak dengan seorang bekas pelajar aku ni la....perempuan. Masa tu, aku disapa oleh pelajar ni dan mempelawa aku melihat-lihat dan jenguk2 kereta yang bersusun di bahagian tepi bangunan KIPMART tu... Rupa2nya, pelajar aku ni, menjadi salesgirl menjual kereta....dan menurut pelajar aku ni, hari tu merupakan hari pertama dia bekerja di situ. Aku turut diperkenalkan dengan majikannya, seorang wanita yang agak petah bercakap, sambil mempromosikan kereta jualannya pada hari tu......Aku tengok, ok la penampilan dia (x-student aku) hari tu, berbaju kurung, bertudung....nampak ayu dan sopan.... Aku sebagai guru berpesan, supaya dia dapat menjaga diri dan menjaga penampilan diri yang selayaknya sebagai seorang gadis muslim. Dan jawapannya... sangat senang, dan ringkas .........."Insya Allah teacher............saya ingat pesan teacher............."

Selang seminggu, aku bertandang lagi ke situ....kali ni aku dihidangkan dengan satu pemandangan yang agak mengejutkan hati seorang guru....pelajar aku ni yang bertudung litup dan berbaju kurung pada hari pertama dia mula bekerja telah 'bersalin' kulit sepenuhnya....kali ni dia mengenakan seluar jeans ketat, berbaju t-shirt sendat mengikut bentuk tubuh, berleher V, dan.....rambutnya mengurai dan terbuai-buai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.... Maka agak terperanjatlah hati seorang guru ni melihat penampilan yang agak berlainan itu....

Maka tergerak la hati aku untuk bertanya, kenapa berubah benar penampilannya dalam masa seminggu tu....jawapannya membuatkan aku berfikir panjang....."Bos saya cakap, boleh tak kalau saya berpakaian sebegini dan tak pakai tudung, bila datang kerja.....kalau boleh, dia nak saya berpakaian begini, kerana lebih sesuai dengan penampilan sebagai seorang salesgirl kereta".....Masya Allah...mengucap panjang saya, begitu murahkah harga dan nilai seorang gdis muslim yang sepatutnya menutup aurat...tetapi sanggup membukanya hanya kerana diminta berbuat demikian oleh majikannya, dan kerana sayangkan duit gajinya yang berjumlah 3 angka sahaja itu?????....Aku bukanlah alim sangat orangnya..tetapi jawapan pelajar aku tu membuat aku berfikir....BERTUDUNG ni, adakah sekadar fesyen, dan bukan lagi perkara wajib bagi seorang perempuan muslim, iaitu menutup auratnya????.......Emmmm fikir-fikirkan lah....Apa pula pendapat yang lain???? Wallahua'alam.........

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. salam gie,

    gitulah........cakap pun susah. x cakap pun susah.

    beb, dah dekat due dah ya? pandai ngam2 nak sekolah...!

    ReplyDelete
  2. salam....
    hehehe..tu la pasal, tau x pe...saya sekadar meluahkan rasa...terpulang pada yang membaca untuk menilai....

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...