klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday, 30 December 2008

Alahai Orang Malaysia.......

Tadi petang, aku ke GIANT Plentong JB......niat di hati nak beli barang2 keperluan harian...sambil cuci2 mata. Ada 2 perkara yang betul2 buat aku sakit hati

  • Masa masuk ke tandas...tandas perempuan la kan...hidung aku nih terbau satu bau yang kurang menyenangkan dan menyesakkan hidung...bau rokok!!! Eish..kalau tandas lelaki x pa la jugak, ni tandas perempuan...Bagi aku la kalau seorang perempuan tu nak hisap rokok..lantak dia lah kan..dah nak buat camana, itu jalan yang dia pilih. Tapi yang aku tak sedap hati tu, dipilihnye tandas untuk melepaskan hajat merokok dia tu...dah la bau tandas tu tak menyenangkan, ditambah pulak dengan bau asap rokok yang berkepul-kepul...Masya Allah...ketat hidung aku rasanya.....Si perokok ni kena ingat la kan.....dia bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu harap2nye jangan la lain kali....tandas awam dijadikan tempat melepaskan hajat merokok..sebab nama pun tempat awam..ramai yang menggunakannya....

  • Bila dah habis shopping, aku bersediala nak balik.....masa nak masukkan barang ke bonet kereta, aku tercium bau yang kurang menyenangkan (agaknya hidung pregnant lady ni sensitif pada bau-bauan)......aku pun segera menoleh kiri dan kanan untuk mengesan dari maner datangnya bau-bauan tu.....tetiba aku terpandang sesuatu ....Masya Allah, pampers yang berisi 'kuih berwarna coklat' terdampar betul2 dekat tayar depan kereta aku....huh....sungguh kurang sopan pada sesiapa yang telah membuang pampers merata-rata tu............Padahal jarak pampers tu dengan tong sampah tak sampai pun 2 meter...Aduhai...kenapa la kesedaran sivik masyarakat malaysia ni masih lagi ditahap yang rendah. Kalau nak tukar pampers anak tu pandai-pandai la buang di tempat yang sepatutnya...BETUL TAK? Bukan payah sangat....

ALAHAI ORANG MALAYSIA.......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

3 comments:

  1. ishh saya pun cukup anti dengan bau asap rokok.
    bukan setakat bau x best, dah tu membahayakan kesihatan.

    perempuan pun sekarang ramai je yang merokok.cukup membimbangkan.

    hurmmmmm.

    ReplyDelete
  2. Kak Gie, sekarang kalau kat KL, rasanya mungkin perkara biasa kalau perempuan merokok, kat Kemaman pun mcm dah menular habit tu, Melayu pulak tu, dengan kain yang tak cukup inci, ish.. sakit mata memandang. Kalau zaman kita skolah2 dulu, nak tengok org melayu pakai skirt kat town memang payah, sekarang melambak kan? Apa nak jadi dengan orang kita... sedih.

    ReplyDelete
  3. Betul la Jie...dah nak akhir zaman agaknyeee....

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...