Isnin, 2 Februari 2009...sekali lagi aku di induce untuk kali ke dua. Hari ni semangat aku macam dah tak ada...maklumlah dah masuk hari ke enam aku di hospital dan aku mengagak mungkin suamiku sudah pulang ke Kota Tinggi untuk bertugas semula....Selesai aku dimasukkan ubat kira-kira jam 6.30 pagi aku mendapat panggilan dari suamiku menyatakan dia tidak jadi balik ke Kota Tinggi dan sanggup mengambil cuti rehat satu hari lagi, bagi menungguku bersalin. Katanya, kalau hari ni aku tak bersalin juga maka dia terpaksa balik ke Kota Tinggi....
Jam 7.30 pagi, aku merasakan kesakitan yang teramat sangat....perutku memulas dan pinggangku sakit. Sakitnya lebih dari semalam...kalau semalam aku masih lagi boleh berjalan-jalan, tetapi hari ni aku diibaratkan 'menggelupur' di atas katil ku menahan sakit...saat ni aku merasakan masa untuk aku melahirkan sudah hampir tiba.... Aku terus menelefon suamiku dan menyuruhnya datang.... Aku menahan kesakitan sambil beristighfar kepada Yang Maha Esa supaya Dia mempermudahkan proses kelahiran. Nurse yang datang melihat aku menyuruh aku ke bilik khas untuk memeriksa bukaan serviksku kerana aku dilihatnya seperti menanggung kesakitan yang teramat dan kesakitan itu berulang selang 5 minit. Pada masa yang sama aku sudah merasa sedikit ngilu di bahagian kanan parut pembedahan lamaku, namun aku merasakan itu hanyalah sebahagian dari sakit contraction. Dengan bersusah payah aku cuba bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah bilik khas untuk diperiksa. Subhanallah..Maha suci Allah, bukaan serviks ku masih lagi 1 cm dan nurse menggelengkan kepala kerana hairan melihat keadaan aku. Katanya, kalau melihat keadaanku yang kesakitan itu, sepatutnya bukaan serviks sudah mencapai 5-6 cm.
Aku kembali ke katilku dan kesakitan dibahagian parut lamaku berulang. Kebetulan Doktor Pakar O & G, Dr Zulkifli, datang ke katilku dan melihat keadaanku yang sedang kesakitan, aku memaklumkan kepadanya tentang kesakitan dibahagian parut lama ku.... Dengan wajah serius dia terus memeriksaku dan mengarahkan Nurse menjalankan CTG dan memeriksa tekanan darahku... Apabila diperiksa, tekanan darahku naik sehingga 160/90 dan hasil CTG juga mendapati jantung bayi agak laju degupannya....serta-merta Dr Zul mengarahkan agar aku dimasukkan ubat untuk mengurangkan sakit contraction dan memaklumkan kepadaku bahawa aku terpaksa dibedah kerana khuatir parut pembedahan lama boleh terkoyak kerana aku sudah merasa ngilu dan pedih dibahagian tersebut...pada masa tu aku hanya berserah kepada Tuhan dan Redha dengan takdir yang disuratkan kepadaku.
Apabila suamiku sampai, dia dimaklumkan tentang keadaanku dan dalam masa 30 minit, aku sudah disorong ke Dewan Bedah....dalam hati aku terdetik, "caesar lg aku kali ni"... Di dalam Dewan Bedah, doktor yang bakal membedah aku rupanya Dr Sham... "Hai kak, kita jumpa lagi" katanya dengan nada cerianya. "Kan saya dah cakap ngan Doktor, saya mesti operate punya" kataku dalam keadaan baru dibius. Aku dibius separa dari paras pinggang ke bawah. Doktor Sham hanya tersenyum dan meminta izin untuk menjalankan prosedur pembedahan.
Sepanjang pembedahan aku sedar sepenuhnya. Doktor yang membiusku setia berada di situ dan duduk dibahagian kepala sambil memantau keadaan aku..sekali sekala dia mengajukan soalan kepada aku untuk memastikan keadaan aku stabil. Aku dapat merasa doktor melakukan insisi (belahan) di bahagian yang sama dengan insisi pertama dahulu. Buat pengetahuan semua, semasa pembedahan ni, aku dapat merasa semua sentuhan dan apa yang dilakukan doktor, cuma aku tak merasa sakit. Kemudian aku merasa doktor menekan dan menolak bahagian perut aku seolah-olah ingin mengeluarkan sesuatu, dan beberapa saat selepas itu, aku mendengar tangisan pertama anakku. Aku turut mengalirkan air mata, kerana aku lega penantian aku selama 5 hari dihospital berakhir juga dan anakku selamat dilahirkan.
Tepat jam 11 pagi, Muhammad Amzar Zaharuddin dilahirkan....Aku bersyukur kepada Allah kerana aku dan anakku selamat, dan dilahirkan dalam keadaan yang sempurna. Suamiku menyatakan kesyukuran kerana mengambil keputusan yang tepat untuk tidak balik ke Kota Tinggi dan dapat mengazankan sendiri zuriatnya yang kedua setelah tidak berkesempatan semasa Amir lahir dulu....untunglah suamiku, dapat cuti seminggu.
Bagi aku pula setelah melalui pengalaman di hospital selama 6 hari sehingga melahirkan, aku bersyukur kerana akhirnya anakku selamat dilahirkan walaupun melalui pembedahan. Dan menurut doktor, jika aku mengandung untuk kali ke 3, anak aku nanti akan dilahirkan secara pembedahan juga. Doktor juga menasihatkan aku supaya menunggu 3 - 4 tahun sebelum hamil zuriat yang ke 3, dan aku dinasihatkan supaya tidak mengandung lagi selepas itu......Kalau dah itu takdirnya.....Aku redha.....
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman aku melahirkan zuriat kedua aku, walaupun sakitnya masih terasa, aku menyimpan azam untuk mengandung kali ke 3 dan berharap akan mendapat zuriat perempuan pula bagi menyerikan rumahtangga kami, dan yang penting aku ada geng nak pakai baju kurung sedondon hari raya nanti. Errr ada sesiapa ada petua macam mana nak dapat anak perempuan? Pas pas la kat aku yea!

alhamdulillah seme dah selamat...
ReplyDeleteiye kin..leganya Tuhan je la yang tahu..:)
ReplyDelete