Dua menu wajib aku semasa menjalani pantang selepas bersalin selama 44 hari., ialah haruan @ belut panggang dan sayur sawi (kadang2 mak aku masak sayur kailan atau lobak putih) masak air. Dek kerana aku bersalin secara pembedahan. Maka hari-hari mak aku memanggang ikan haruan @ ikan belut untuk aku makan. Kalau nak tahu, Alhamdulillah, aku dapat menelan ikan belut, dengan syarat aku tak melihat ikan tersebut sebelum dimasak.
Nak baik punya pasal, makan dan tahan je lah... Yang pastinya, proses penyembuhan luka insisi aku lebih cepat baik berbanding anak pertama dahulu. Ternyata, ikan belut mempunyai khasiat tersendiri bagi menyembuhkan luka. Ada juga orang menasihatkan aku supaya makan anak ikan haruan yang masih hidup, tapi aku masih ingat nasihat doktor yang melarang aku memakan anak haruan hidup kerana dikhuatiri mengandungi bakteria ( ye la, haruan kan hidup dalam paya, parit, sungai....jadi mungkin terdapat pelbagai bakteria atau hidupan-hidupan seni lain yang mungkin merbahaya) jadi secara logiknya, kalau ikan tu tak dimasak, maka ianya mungkin tercemar.

(masa ni ikan belut tak ada, dah habis, jadi tak de la gambarnya)
Sayur sawi masak air (simple je)
Sepanjang pantang ni (hari ni dah hari ke 20), ni la lauk aku hari-hari. Sarapan, makan roti @ biskut Jacob Cream Crackers....kalau nasib baik, Mak aku masakkan nasi impit dengan sambal (serunding) ikan. Jemu, tok sah cakap le, tapi nak baik kan, kena la ikut cakap orang yang lebih berpengalaman nih. Body nak pakai lama, kalau tak ikut, yang susah aku juga.....
adoi kena mkn belut ke kak?
ReplyDeletesaya geli sket dgn belut ni..
apa2pun slmt berpantang ;)
n take care~
aha ida..actually akak pun dulu geli ngan belut ni, tapi mengenagkan ni dah kali ke 2 melahirkan secara pembedahan n ramai orang yang cadangkan dan bagitahu belut ni lagi banyak khasiatnya dari ikan haruan dan berupaya menyembuhkan luka dalaman. so akak tahankan je lah...alhamdulillah boleh telan la...
ReplyDeleteKalau sup belut boleh ke?
Delete