klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday, 22 November 2009

Konvo TAJ Amir...21 November 2009

Diam tak diam, dah habis dah sessi persekolahan Amir di TAJ [Tadika Agama Johor]. Sekejap je masa berlalu..Tahun depan Amir akan menempuh alam persekolahan baru di Tadika KEMAS pulak...Hmm kat tempat aku ni mmg tak banyak pilihan Tadika, yang ada cuma tadika KEMAS. Nak hantar ke Tadika di kawasan Bandar Kota, susah..kerana masalah jauh, tapi tak apalah, semoga ilmu yang Amir dapat di Tadika KEMAS ni akan menyediakan dia untuk alam persekolahan sebenar tahun 2011 nanti

21 November 2009, Majlis Konvokesyen TAJ diadakan di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi.....Hehehe, dah konvo anak aku yea....Mama bangga la jugak sebab Amir dapat tempat ke 3 dalam kelas dia
Dewan Jubli Intan Kota Tinggi

Aksi Amir dan kawan2 sementara menunggu majlis bermula. Waktu ni selepas pendaftaran, dia dan kawan2 menunggu di khemah yang disediakan di luar Dewan Jubli Intan ni

Gelagat-gelagat Amir sewaktu menunggu giliran untuk masuk dewan..
hehehehe comel anak aku ni pakai jubah "konvo"


Amir terima sijil, trofi n Hadiah dari isteri Tan Sri Syed Hamid Albar,
Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin


Proud Mama & Ayah...

Amir ngan kawan2 sekelas & Ustazah dia [tudung kuning]


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

3 comments:

  1. tahniah amir! teringat masa zaman diri sendiri konvo tadika dulu...hehehehh...sekarang dah giliran anak2 kita pulak kan kak gie. K gie ada gok kenangan anak sulung konvo tadika. Anak sulung saya tak berpeluang merasa konvo tadika. Balik nanti nak kena terus msk sekolah rendah.

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...