Hmmm apa pulak BPA ni?
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
Macam mana pulak BPA ni boleh mendatangkan mudarat pada bayi kita?
Haaaa, selalunya kita akan merebus @ mensterilkan botol-botol susu anak kita kan? Kesan dari proses merebus @ mensterikan botol-botol susu ini boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi. Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
So, bila aku dah tau ni, untuk anak kedua Amzar, aku cuba sedaya upaya untuk mencari botol susu yang agak berkualiti. Ini kerana Amzar tidak dapat merasa nikmat susu ibu dan menyusu susu formula sepenuhnya. Sebelum ni aku menggunakan botol jenama Pigeon yang agak berkualiti, namun masih diragui kerana ianya diperbuat dari plastik polikarbonat yag sedikit sebanyak masih mengandungi BPA. Melalui carian internet, aku mendapat beberapa maklumat tentang botol susu bebas BPA ni, dan alhamdulillah, botol yang dihajati ada dijual di JUSCO berhampiran. Walaupun agak mahal harganya dan kurang menarik botolnya, aku tak kisah sangat asalkan keselamatan anak aku terjamin.
Jadi buat kawan-kawan yang bergelar ibu-ibu diluar sana, aku sarankan supaya mebeli botol bebas BPA ini untuk kegunaan akan-anak kita.
Untuk maklumat lanjut Sila ke sini BORNfREE
0 'kawan' dah baca n komen...:
Post a Comment
apa komen anda lepas baca entry ni....