klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday, 2 January 2010

Amir cabut Gigi....^_^

Gigi Amir dah mula berlapis [gigi kekal dah tumbuh, tapi gigi susu dia masih baik]...so doktor advise supaya gigi susunya dicabut...penat jugak Mama pujuk Amir untuk cabut gigi, maklumla, 'lawatan' ke klinik gigi ni, orang dewasa pun takut kan..apatah lagi budak berusia 5 tahun macam Amir..tapi Alhamdulillah Amir berjaya melalui saat2 itu..dan Mama sangat bangga dengan anak Mama yang sorang ni. Hari bersejarah Amir ni pada 25 Dec 2009....

Saat-saat Amir disapu cream bius perasa strawberry pada gusinya supaya bila doktor inject bius nanti tak la sakit sangat



Amir melalui saat-saat bibir dan mulutnya terasa kebas selepas disapu cream bius tadi...Ayah kena ada dengan dia, kata Amir, Ayah boleh salurkan 'tenaga' dan 'aura' kekuatan pada amir...

Ha, ni masa doktor mula meng'inject' ubat bius pada gusi Amir, masa ni dia tak menunjukkan rasa takut sedikit pun..malahan dia relax je walaupun muka dia berkerut sikit..Mama yang ngeri lebih masa ni......hmmm gambar yang bawah tu masa doktor cabut gigi dia


Haaaaa...lega...Amir boleh senyum lagi lepas selesai cabut 2 batang gigi....Alhamdulillah pengalaman pertama Amir dengan doktor gigi, satu pengalaman yang tidak menakutkan dia..so selepas ni kalau perlu lagi ke klinik gigi, Amir tak takut lagi...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Amir! makin comel dia eh.
    hihi da cabut gigi~

    ReplyDelete
  2. ye ida, makin comel..makin bulat...tu la, dah cabut gigi susu dia...hmm cepatnya masa berlalu kan....isnin depan dah mula bersekolah kat Tadika...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...