Hotel penginapan kami...Townview Hotel...terletak berhampiran Wetex Parade n Fresco Supermarket [town area la ni]. Room rate hotel ni ok la...kami dapat bilik yang besar la jugak, dengan dua katil queen...harga bilik semalam cuma RM70....tapi setiap bilik tak dilengkapi dengan mini fridge n kettle..Walaubagaimanapun, room service dia memang tip top..., aku mintak flask dan air panas, dia tetap hantar walaupun jam dah 1.30 pagi....
Dinner kami semasa hari pertama di Muar...kami makan di Elephant Bean Cafe @ Wetex Parade Muar...harga berpatutan la...makanan pun sedap..yang penting bagi penggemar kopi, mai la rasa kopi Elephant Bean ni, memang kow dan sedap!!
Gambar-gambar kat hotel room...Amir & Amzar bukan main seronok lagi..main lompat2 atas katil.
Ni semua gambar-gambar kat Dataran Tanjung Emas Muar. Taman rekreasi ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk orang ramai dan yang menjadi tumpuan adalah kedai-kedai makan yang menyediakan pelbagai hidangan yang lazat. Kata orang kalau datang ke sini, tak sah kalau tak mencuba mencuba makanan terkenal Muar iaitu ikan asam pedas. Selain asam pedas gerai-gerai ni turut menyediakan masakan terkenal Muar iaitu Mee Bandung Muar....Dengan kedudukanya yang terletak di tepi muara Sungai Muar, ia mampu menampung kira-kira 6,000 orang pada satu masa. Ia mempunyai sebuah pentas pertunjukan, menara jam, dataran, tiang bendera yang tinggi dan lain-lain...di Dataran turut terdapat kepala keretapi 'MSR' atau 'Muar State Railway'.
Mee bandung & asam pedas....
Petang tu kami ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor...gambar2 ni masa kami memanjat Menara Pemandangan di medan Sabak Awor. Medan Ikan bakar ni, memang best!!..Macam2 seafood ada, fresh dan kita boleh pilih & tukang masak akan masak time tu jugak...satu lagi yang best kat sabak Awor ni, harga dia memang cukup murah la..bayangkan, 1 piring sotong celup tepung..[anggaran 4 ekor sotong sederhana besar] baru RM6.00..kalau makan kat warung biasa, mahu RM12 kot. Malam tu puas la kami sekeluarga makan seafood..ikan bakar...sotong celup tepung dan macam-macam lagi...semuanya baru berharga RM 26...masa nak bayar tu, terperanjat gak aku sebab memang murah berbanding tempat2 seafood lain yang pernah kami pergi, rasanya seafood kat Kg Umbai, Melaka pun tak semurah itu...so kalau berkesempatan ke Muar..singgah-singgahla ke Sabak awor ni yea..aku pun tak ingat sangat tempat ni di area mana dalam Bandar Muar tu...hmmm yang pastinya...ikut la signboard!!
On the way balik dari Muar, kami sempat singgah di Kluang Rail Coffee Shop...Kedai ni pernah disiarkan didalam rancangan Majalah 3...kopi dia sedap..tapi yang paling special sekali dia punya roti bakar...best...toast on charcoal lagi....
happy new year kak gie..bila baca entry ni terignat dulu waktu sy study kat muar..kat wetex parade tu ler tempat melepaskan tensen...pas tu kalau boring2, pergi jogging kat tanjung emas tu ha...hahahaha..kenangan betul...dah 12 tahun pon..tapi tetap mekar dalam ingatan...mesti muar dah byk berubah la ni..
ReplyDeleteaha mana taknya, shopping complex yang ada kat tengah2 bandar Muar tu Wetex Parade je la, tapi sekarang ni, seberang jambatan sutan ismail tu dah ade Giant....akak tgk Bandar Muar ni sibuk jugak la, tapi satu yang terkilan, x dapat nak pegi makan sarapan sate yang 'femes' tu masa kat sana...huhuhu...tapi ok la dapat pegi Sabak awor n Tanjung Emas..asam pedas Muar mmg terangkat!!
ReplyDeletenak tanya sket, kat hotel townview tu susah tak nak dapat parking? ke hotel ada sediakan lot parkir untuk pelanggan dia?
ReplyDeletesalam hotel townview ni mmg hotel budget rendah, tp hotelnya ok la..x de parking khusus disediakan..cuma parking biasa depan hotel je...agak susahla kalau orang ramai mmg kena park jauh
DeleteSelamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa 827
ReplyDeletewww.villafamosaresort.com