berita yang sangat menyedihkan di Harian Metro hari ini
Kesian ~ hancur luluh perasaan si suami.... |
KEADAAN kereta Perodua Myvi milik Mohd. Nor Idham yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan isterinya, Noor Edlina (gambar kecil) terbunuh di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan kelmarin. |
PEKAN – Kegembiraan seorang inspektor polis untuk membuat kejutan pulang berbuka puasa di rumah ibunya bertukar sedih apabila isterinya yang mengandung tujuh bulan maut nahas di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat di sini.Kedua-dua suami isteri itu terlibat nahas ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke rumah ibu Mohd. Nor Idham di Kluang, Johor dalam kejadian pukul 3.30 petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, yang mengandung anak sulung berusia tujuh bulan disahkan maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd. Nor Idham Ali Mat Nor, 27, cedera ringan.
Ibu mertua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata, dia diberitahu anak ketiganya, Norlidaya, 22, mengenai niat menantunya itu berpakat dengan ipar duai yang lain untuk membuat kejutan pulang berbuka puasa bersamanya di Taman Sri Kluang dekat Kluang. ----> KOSMO ONLINE

BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA
JANGAN BIARKAN ORANG TERSAYANG
MENANTI DALAM TANGISAN
Sedihnya kan...
ReplyDeletep/s : emmm dh ok pun comment box u arini, aritu mcm ada problem sikit Gie.
Jalan tu lurus, dan org memandu macam plesit. Jadi hati2lah kerana ia banyak meragut nyawa rakyat Malaysia yang tercinta. Telah banyak suami kehilangan isteri. Telah banyak isteri menjadi janda, anak menjadi yatim.
ReplyDeleteSelamat hari raya yg ke 18 Cikgu Gie