klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday, 19 August 2011

mencari mood nak beraya

Hari ni dah 19 Ramadhan 1432H. Pejam celik pejam celik lagi 10 hari umat islam akan berhari raya...tapi pelik pulak sebab mood aku nak beraya masih belum datang lagi. Agaknya bila umur dah semakin meningkat ni, feeling nak raya tu makin berkurangan, yang excited anak-anak pulak. Mak mak dan ayah ayah semuanya dah 'kendur dah perasaan tu ke sebab banyak $$ keluar. Kesimpulannya dalam diri aku ni aura raya tu blom nak terserlah lagi buat masa ni....
Baju raya pun tak sebanyak zaman muda-muda dulu.
Dapat sehelai dua jadilah
Baju-baju kerja pun masih elok nak dipakai.
Orang kampung bukannya tahu....kan kan kan
Hmmm baju Melayu suami akaq pun dia recycle yang tahun2 sudah.
Nak buat baru katanya membazir. Baju yang lama pun
still elok lagi.  Pakai pun 2x setahun..tak pun buat gi solat Jumaat.
Kain masih nampak baru.  So buat baju anak-anak je lah kan. Langkah
berjimat cermat bukan kedekut tau!!

Cam meriah je kan gambar2 kuih n kerepek raya ni. Tapi I tak de la semeriah ni..
Dapat 3-4 jenis kuih raya pun dah kira ok..Bukan apa malas nak beli banyak2,
takut tak kehabisan...saban tahun raya kat rumah mak @ rumah mentua..so
kuih kat rumah sendiri mmg jarang disentuh..kalau kawan2 datang pun
selalunya dijamu dengan makanan 'berat'..so kuih muih ni sekadar penghias
meja @ buat ngonyel2 [kunyah2 kata org jawa]..buat ada2 je lah
Pelita raya mmg tak penah dibeli......
satu-satunya 'mercun' yg I bg anak I main...mercun pop pop
@ lebih gamer ngan ama mercun bawang..hehehe


Walaupun mood beraya tak berapa nak ada..yang 1 ni tetap kena sediakan..
Almaklumlah anak sedara dah semakin bertambah..tu blom masuk anak sepupu sepapat.
So bila salam raya, mesti nak kena bagi ni....
Let's just hope dat as Ramadahan coming to the end..mood raya akan semakin terasa....
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

0 'kawan' dah baca n komen...:

Post a Comment

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...