klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Friday, 23 December 2011

...PIZZZA TIME!!...

hari ni perst time Gie buat pizza. tu pun setelah dapat resepi pizza senang ni dr seorang rakan lama [thanks shil :) ]!
ni doh untuk crust pizza tu..sangat senang rupanya nak buat, 20minit dah siap. yang atas tu doh sebelum direhatkan...selepas direhatkan, doh naik sekali ganda.

BAHAN DOH
2.5 cawan tepung high protein blu key
1 sudu kecil garam
1sudu kecil gula gula
1 paket yis segera (rendam dalam 0.5 cwn air suam hingga kembang)
1 sudu besar mentega
oregano kalu suka

CARA2
Campurkan tepung, gula, garam dan oregano dlm bekas then masukkan air+yis td sikit demi sedikit sambil uli doh tu, buat sampai air + yis tu habis. kalu tak cukup, masukkan air lain sikit2, uli sampai tepung tak melekat kat mangkuk tu dan  jd bola besar.masukkan mentega, uli lagi lama sket. dah siap, tutup bekas dgn kain dan biar naik sekali ganda. Nak masak nanti, uli semula 
yang ni Gie masak daging cincang untuk diletak atas doh pizza tu...mula2 masukkan daging cincang, masak sampai daging tu bertukar warna, then masukkan minced onion + prego spaghetti sauce..kacau sebati...dan perasakan.
Then boleh la siapkan bahan untuk topping pizza. yang ni ikut suka tekak kita lah...Gie masak minced beef ngan prego spaghetti sauce sebagai base dia. Then kita boleh letak sosej ke, capsicum ke, mixed veggie ke, mushroom ke, crabstick ke.....semua boleh...ikut kreativiti kita.

then kita uli doh tadi, jangan nipis sangat, nanti tak rasa pulak. masukkan doh dalam pan..kalau pan bukan non-stick, bolehlah taburkan sikit tepung @ sapu mentega. then masa untuk men'decorate' doh tadi dengan topping. Spaghetti sauce yang dimasak ngan minced beef td, Gie sapukan atas doh pizza, then letaklah berbagai 'mak nenek' atas doh tadi....[kalau tak guna minced beef, sapukan je prego sauce td atas doh, baru taburkan topping yang kita suka]
Budak berdua ni seronok menabur topping atas doh pizza. Dah habis letak semua....last sekali taburkan grated cheese....letak banyak2 baru SEDAP!! tapi jangan terlebih lak..takut muak...agak2 la.

Masukkan dalam oven. Suhu 180 degree n bakar dalam 20 minit....baunya mengancam.....hahahaha...time ni Amir n Amzar asyik masuk dapur je..ambik bau dulu!

Wallah!!! Siap.......

Tukang rasa utama masakan Mama.....!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

4 comments:

  1. Cikgu NorGie
    Satu aktiviti yang sangat bagus bagi mengisi masa cuti, dan dapat mengelakkan anak2 daripada makan jajan-jajan yg tidak baik utk tumbesaran mereka.

    ReplyDelete
  2. @MAT SOM...ialah tu..aktiviti mengembangkan badah...huhuhu :)

    ReplyDelete
  3. @shark apalagi..cuba jangan tak cuba k...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...