klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday, 10 July 2010

Seminar Dakwah & Kepimpinan JAKIM @ SMKBE

Hari ni, hari Sabtu....dikala pekerja-pekerja kerajaan yang lain berehat, dan bercuti hujung minggu; aku dan rakan-rakan guru yang lain. berada di sekolah sepanjang hari, menjalankan tugas sempena seminar anjuran JAKIM. Hmmm agaknya kalau cikgu-cikgu bising sebab tak dapat elaun OT, bila kerja lebih masa, mau gamat satu Malaysia ye! Apa nak buat, dah tugas kita, kita jalankan la dengan sehabis baik.

Seminar anjuran JAKIM ni khusus menjurus dan membincangkan permasalah remaja 'zaman sekarang'. Kalau ditolak, darab, campur dan bahagi; memang pelajar SMKBE perlu didedahkan dengan pengetahuan sebegini dan membentuk sahsiah mereka sebagai pelajar dan individu yang baik.

Yang bestnya segala perbelanjaan ditanggung beres oleh pihak JAKIM. Pihak sekolah hanya menyediakan tempat dan tenaga kerja dikalangan guru-guru je. Pelajar yang mengikuti seminar ini, bagi aku sangat bertuah kerana mendapat pengalaman dan pengetahuan baru.

Gambar-gambar sekitar majlis. Tahniah buat semua peserta, kerana tahan dan sabar menunggu dari jam 7 pg hingga seminar tamat sekitar 5.20 ptg. Tahniah juga kepada semua guru yang terlibat. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 9 July 2010

Kem Motivasi MPP @ Batu Layar

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Batu Layar Beach Resort. Sebenarnya aku lebih kepada nak mengajak family bercuti, santai2 ke Batu Layar, kebetulan pelajar MPP [Tingkatan 6], ada kem motivasi disana, so aku pergilah bercuti merangkap guru pengiring. Amir pun duk cakap nak mandi laut je, tapi aku agak terkilan, kerana cuaca sepanjang 2 hari aku di sana tak mengizinkan Amir mandi laut sepuasnya.....sempat la Amir mandi dalam 30 minit, sebelum hujan turun, petang sabtu dan berterusan sehingga tengahari hari Ahad. Amir memang cukup kecewa, tapi apa nak buat....

Tapi alhamdulillah, walaupun cuaca hujan renyai2 namun segala program yang dirancang berjalan dengan agak lancar. Kekecewaaan Amir aku ubati dengan janji untuk bercuti sekali lagi ke tepi pantai [mungkin ke Pantai Air Papan, Mersing] yang aku tak tahu bila akan dapat aku penuhi...untunglah Amir dapat menerima janjiku itu dan kekecewaannya berkurangan....harap2 Allah dapat makbulkan janjiku kepada Amir..Insya Allah..


Sebahagian chalet2 yang terdapat di Batu Layar Beach Resort...Chaletnya bertaraf 2 bintang . Dan bagi yang mementingkan keselesaan dan 'kemewahan', rasa aku ini bukan tempatnya. Bilik yang disediakan serba sederhana dan hanya terdapat 1 saja warung disekitar kawasan chalet ni.

Amir hanya dapat berkubang selama 30 minit saja
sebelum hujan turun renyai-renyai.
Kesian anak mama ni....huhuhuhu....tak pe, lain kali kita mandi laut lagi ye!

Gambar-gambar kenangan sepanjang percutian pendek kami...

Pesta 'Tepung" dan acara tarik tali GIRL Vs BOYS....
riuh dan gamat budak2 ni semua...Cikgunya pun turut sama naik 'sheikh'!

Malam ke-2 pelajar di kem ini.
Sedang menunggu ayam dan ikan "barbeque" siap

Nyum2.....Sedap!!

Sekitar upacara penutup yang disempurnakan oleh
Pengetua SMK Bandar Easter Cik Hajah Radhiah binti Suliman

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday, 29 June 2010

Durian Oh Durian!!

Musim durian kembali lagi di Gugusan Waha....di rumah-rumah yang ada pokok durian, sudah ada yang dapat merasa hasilnya. Pengasuh aku pun merungut, katanya budak-budak duk me'round' sekitar belakang rumah dia sambil-sambil menjeling buah-buah durian kat atas pokok tu...hei macam-macam hal. Sebenarnya, seronok tinggal dikawasan kampung [felda] time2 musim buah ni, bukan apa, dapat makan buah free. Ada je yang nak bersedekah. Minggu lepas dapat la merasa dua biji durian yang diberi oleh mak cik Painah, pengasuh Amir...huhuhu durian kampung ni, rasanya lagi umphhh dari durian2 Siam @ Thailand yang sentiasa je ada walaupun bukan musimnya..

Suka la tu dapat makan durian

Amir pun suka durian & Amzar makan durian for the 1st time

Petang tadi hubby aku beli 4 biji durian. Cukuplah untuk kami 4 beranak ni. Lagipun aku ni bukanlah kategori "hantu" durian. Kenduri durian la kami anak beranak...Duriannya memang elok..Setiap pangsa durian tu tak menghampakan kami. Amzar pun dapat makan dan merasa durian pertamanya...tapi aku tak berani bagi Amzar makan banyak, cukuplah sekadar merasa durian tu...Suami aku; x payah cakap la....sebiji setengah durian tu dia je yang makan...kami pulak yang setengah lagi tu...Betul la kata pakcik yang jual durian tu "Cikgu, durian ni mmg power punya! Tak payah beli banyak2, 2-3 biji pun cukup". Dan terbukti, durian tu mmg best & power rasanya!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...