klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Thursday, 1 January 2009

Menghitung Hari......

Tadi aku ke klinik untuk regular check-up semasa pregnant. Hmm diam tak diam, tak sangka aku dah masuk 35 minggu pregnant...kata nurse kat klinik tadi minggu depan cukup la aku hamil 36 minggu, dimana bayi sudah dikatakan matang dan sedia untuk dilahirkan ke dunia ni....Mungkin ada yang akan mengatakan aku ni penakut lepas baca entry ni..tapi pada hakikatnya memang itu yang aku rasakan sekarang....takut, seram, excited...bercampur baur. Mungkin lucu didengar dari mulut seorang ibu yang beranak 1.....5 tahun dulu, masa aku melahirkan Amir, aku memang tak ade pengalaman bersalin secara normal.

Muhammad Amirul Zulqarnain ditakdirkan untuk lahir secara pembedahan caesarean. Pada masa tu seingat aku, aku di masukkan kehospital kerana pergerakan baby tak cukup 10 kali dalam masa 10 jam. Bila aku dimasukkan ke wad, pergerakan dan denyutan jantung bayi dipantau oleh doktor dan nurse....lepas sehari tidur dalam wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu selama 1 malam, doktor mengambil keputusan untuk induce aku kerana denyutan jantung baby semakin perlahan....Aku ingat lagi saat-saat tu, masa tu dalam jam 10 pagi dan aku sedang bergelak ketawa dengan adik aku ziana....tetiba nurse panggil dan arahkan aku kebilik khas untuk dimasukkan ubat untuk aku rasa sakit bersalin....aduh selepas tu..Tuhan saja yang tahu...sakitnya pinggang seperti ada orang yang memulas-mulas pinggang aku ni...ketawa aku tadi lenyap tiba2...

Tapi...selepas beberapa jam, 'jalan' aku masih belum terbuka walaupun satu cm...sedangkan denyutan jantung bayi semakin lemah...akhirnya tepat jam 2 ptg, doktor mengambil keputusan untuk membedah aku bagi mengeluarkan bayi........Amir lahir jam 2.45 ptg secara pembedahan....nurse yang menunjukkan Amir kepada aku berkata..."anak awak ni keluar ngam2 je...badan dia pun dah biru tadi...nasib baik cepat...."

Jadi untuk anak sulung aku memang tak tahu bagaimana rasa sakit bersalin sebenar dan apakah tanda-tanda nak bersalin....So tadi bila nurse cakap.."cikgu kalau ada tanda-tanda hendak bersalin segera pegi hospital ye..." Aku dengan muka confuse bertanya la..."nurse, tanda2 nak bersalin macam mana?" So nurse tu terangkan la pada aku.......dapat la info baru tadi.

So, berbalik pada cerita aku tadi, aku memang takut..seram...seriau (kata org Trg) menunggu kelahiran kedua ni....yang paling aku takutkan ialah tentang luka dan penjagaan luka perineum, selepas bersalin nanti...yelah kebanyakan kawan-kawan yang bersalin secara normal mengatakan sakit la...koyak banyak la...itu la, ini lah...eishhhh seram jugak kan. Aku berharap semoga segalanya tdapat aku lalui dengan tabah dan redha...dah memang takdir orang perempuan macam ni, nak buat macam mana kan. Orang lain bersalin normal jugak..boleh je survive (menyedapkan hati sendiri la ni).......aku selalu berdoa, semoga dipermudahkan proses bersalin dan bayi aku ni sihat walafiat hendaknya....Amin


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

5 comments:

  1. Kak Jie,

    Kuatkan semangat, orang tua2 kata kalau betis kita kat bahagian belakang tu dah belengas (berpeluh dan rasa melekit) maknanya tak lama la tu.. anyway, Jie dua2 anak bersalin normal,ketuban darah pulak tu, masa bersalin, tuhan je lah yang tahu perasaan tapi bila nampak baby, hilang semua sakit.. lagi best doktor siap tersalah jahit, bila dah siap kena tetas semula.. hahahaha..jahit saja 3 jam.. pengalaman berharga tuh...

    ReplyDelete
  2. hehehe...tu la yang paling ditakuti sebenarnya...tapi hari2 mintak ngan Tuhan semoga dikuatkan semangat....bak kata Kak G la,ingat2kan kawan2 yang dah berjaya menempuhi pengalaman tu...kata mak kak g beranak ni macam makan cili,pedas2 pun orang suka n makan lagi....doakan la semuanye selamat..Insya Allah

    ReplyDelete
  3. ala kak gie, mesti tak scroll down sampai bawah...saya dah tulis dari pasal smkbe last week lagi...

    ReplyDelete
  4. la...dah dekat doh nak due yer.. kak gie, byk berdoa, BERBUAT BAIK KAT SUAMI , insyaAllah dipermudahkanNya... jgn takut sgt, rilek la sikit2...tapi, jgn la pulak terover rilek... kang tak perasan plak dah nak terberanak! hehhehe...

    ***jie, kalu kat negeri sejuk nih, tak penah berpeluh, dok rasa pun belengas belakang betis tuh, guane? hehheh..

    ReplyDelete
  5. thanks kin.....sekarang ni rase lebih tenang la..suami pun banyak bagi perangsang. Kata dia itu keistimewaan org perempuan yang lelaki x akan rasa...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...