klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday, 3 October 2010

JUMPA KAWAN LAMA ~ SUE

Seronok sangat hari ni sebab dapat jumpa kawan yang dah 12 tahun lost contact...thanks to facebook.  Ada jugak kebaikan FB ni yea.  Sue ni kawan se Universiti Malaya dolu2.  Alkisahnya dia datang ke JB untuk melawat Father In Law dia...so thru Fb kami contact, and then decide nak jumpa...

Walaupun kejap je pertemuan ni [tak puas rasanya] sebab Sue kena rush ke pusat dialisis n uruskan anak2.....sebelum balik ke KL tapi lepas la rindu kami...Lokasi pertemua pun agak kelakar ~ Carpark Giant Plentong...hehehehe....

Tak pe lah...panjang umur, jumpa lagi....Yang penting, sillaturrahim dah terjalin semula...Alhamdulillah

Pose ngan anak2...time ni dia orang decent lagi
masih nak duk dekat ngan mama n mummy masing2

Dah tinggal 2 je...yang lain dah mula berlari
larian disekitar kereta

Me n Sue ~ Suka gambar ni (^_^)
Walaupun tak bersedia, mata dok tengok anak-anak
yang dah mula berlari-larian sekitar kawasan tu...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday, 2 October 2010

RAYA LAGI ~ JAMUAN RAYA SMKBE

Hari ni meriah sekolah dengan jamuan hari raya setiap kelas.  Ketat-ketat semua perut cikgu cikgi SMK Bandar Easter...Ada kelas yang makan sedap2...ada kelas yang makan simple2 je. Kelas aku, ingkatan 3 Bestari, cuma makan nugget, fries, donut dan pelbagai kuih raya.  kata bebudak ni...tak semangat sangat nak mkan sebab next week dah mula PMR...ermmm gasak korang la budak, asalkan ada juadah yang boleh dimakan.... tapi walaupun simple tetap meriah.

Gambar blur sket ni.... dengan boys kelas 3B...gamat suasana!!


Juadah simple 3 Bestari

Riang Ria di kelas 3KRK

2 budak nakal penyeri kelas Pra U 2,  tahun 1 aku

Pra U 2, Tahun 1 ~ My MUET Class

Walaupun dah Pra U, tapi perangai 'gila2' tu masih ada lagi.

Kesian Teacher...kena paksa bagi pose mengancam ni


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LIDAH LEMBU ????

Sebenarnya jarang2 aku dengar orang makan lidah lembu.  Tapi lidah lembu nih memang 'favourite' aku.  kalau ke pasar dan nampak lidah lembu memang aku akan beli.  Alkisahnya, di Kota Tinggi ni, memang payah nak dapatkan daging segar.  Kalau ada pun menjelang hari raya je la.  Kebetulan, kunjungan aku ke pasar malam Kota memberi 1000 rahmat [cewah], sebab aku 'bersua' dengan lidah lembu...apalagi aku pun beli la...harga dia boleh tahan, sekilo RM16....

Lidah lembu yang aku beli ni, 1kg++, so kena lah aku bayar RM20...tak kisahlah, janji dapat peberet aku ni.

Ni la rupa lidah lembu.  Selepas dibersihkan..
lidah ni perlu direbus untuk seketika.  Kemudian bahagian yang
berwarna putih tu perlu dibuang.  Sebab bahagian tu agak
keras dan memang tak sesuai dimakan...(^_^)

Ni la ropanya lidah lembu yang dah siap dibersihkan dan dipotong2.
Nampak macam daging biasa kan?  Tapi bagi aku lidah lembu ni
lebih lembut dan sedap rasanya dari daging lembu biasa
Kalau dah dapat lidah lembu ni, aku akan goreng kunyit je...goreng style Terengganu.  Mula2 daging ni diperap dalam 15minit dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.  Lepas tu, masukkan dalam kuali dan biarkan sampai airnya agak kering [kalau rasa maam belum empuk, tambahkan lagi air].  Bila dah empuk dan air agak kering, masukkan minyak masak sesedap rasa [dalam 2-3 sudu besar...bergantung pada portion lidah tu].  Pastu goreng seketika....Sementara tu mayang 2 biji bawang besar, seinci halia dan 5 ulas bawang putih.  Dah settle semua....masukkan kedalam kuali [daging] tadi dan goreng, sampai bawang tu layu...pastu, masukkan kicap manis, lada sulah sesedap rasa.....kacau kacau kacau.....Siap!! Kalau aku, lidah goreng ni, aku makan dengan nasi putih panas2..kalau ade sambal belacan ngan ulam2...fuh lagi terangkat!!

Ni la ropa lidah goreng yang dah siap....Nyum2 delicious!!
So ni la hidangan untuk makan petang merangkap dinner hari ni!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...