klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday, 25 November 2008

Semoga Allah Bersama Dengan Setiap Insan Yang Bergelar Ibu

Tadi aku outing ke Bandar Kota Tinggi...saja je nak jalan2 cuci mata, sambil2 tu aku beli majalah Pa & Ma keluaran terbaru bulan Disember. Majalah ni memang jadi majalah wajib aku setiap bulan & aku memang buat koleksi.

Tapi bulan ni bila aku belek2 majalah Pa & Ma, aku terbaca satu ruangan yang betul2 menyentuh hati dan naluri keibuan aku....ruangan Kisah Mama, ms:30/31 memaparkan kisah ketabahan seorang ibu bernama Rozarina Bukhari menjaga anaknya Akmal Harith, 3 tahun, yang hilang upaya akibat kecuaian pihak taska di Semenyih yang mengakibatkan adik Akmal terjatuh ketika berusia 3 bulan. Kecederaan dan kesan jatuh yang dialami adik Akmal sangat serius dan diumpama oleh doktor seperti pertembungan dua buah kereta yang sedang bergerak laju di jalan raya...

Masya Allah...Saat aku terbaca artikel ni, air mata aku mengalir laju tanpa dapat ditahan-tahan lagi...bayangkan adik Akmal telah menjalani berpuluh2 pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya, dan saat ini dia terlantar koma akibat kesan pembedahan demi pembedahan yang dilaluinya..dan yang paling menyayat hati aku ialah apabila aku membaca bahawa ibunya terpaksa merelakan kedua2 mata anaknya dibuang demi keselamatan adik Akmal....

Betapa besarnya dugaan yang dilalui oleh Pn Rozarina dan aku begitu mengagumi ketabahan dan kesabaran beliau menjaga dan menguruskan adik akmal...betapa agung dan tulusnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya....sanggup berkongsi semangat, kekuatan, kesakitan dan penderitaan yang ditanggung anaknya......perasaan sayang seorang ibu tidak akan berbelah bagi pada anaknya selagi hayat dikandung badan.....Kasih ibu membawa ke syurga.......

Aku dalam diam menitipkan doa semoga Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada dirinya untuk mengharungi segala dugaan yang ditakdirkan untuk dirinya.... (untuk cerita lanjut dapatkan Majalah Pa & Ma Disember 2008)

Keratan artikel mengenai adik Akmal di dalam majalah Pa & Ma keluaran Disember 2008


Keadaan Adik Akmal Harith yang pasti membuat hati semua insan bergelar ibu tersentuh

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday, 20 November 2008

Our Night Out

Semalam kami ber5...saja2 keluar ke bandar Kuala Terengganu....konon2nya nak menikmati pemandangan waktu malam.....tapi nasib x brapa baik, baru je kami ke satu tempat (Dataran Syahbandar), di tepi muara Sungai Terengganu, hujan turun la pulak...so terpaksa la kensel untuk ke tempat-tempat lain.... tapi kami sempat la snap few pictures kat Dataran Syahbandar ni....banyak dah berubah la tempat ni... Amir seronok tengok lampu...lip lap...lip lap bandar Kuala Terengganu.....ceria

Pemandangan depan Istana Maziah
Amir's night out
With Mak...Piqah..infront of Dataran Syahbandar


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 14 November 2008

Congrats Adik Piqah!!!!


Amir n Cik Su Piqah


Semalam result UPSR diumumkan...adik bongsu aku NUR ZIZI SYAFIQAH...berjaya dapat 5A...congrats!! Semoga adik akan terus cemerlang dalam peperiksaan awam yang bakal ditempuhi dalam hidup!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...