Kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Trend masa sekarang kita dapat lihat, ada yang bertudung sekadar menutup RAMBUT dari pandangan orang lain. Zaman sekarang ni kalau kita keluar, alhamdulillah kita dapat lihat telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita tengok di sana sini wanita mula memakai tudung.
Namun ada juga yang bertudung sekadar trend untuk sesetengah majlis rasmi, atau apabila melakukan sesuatu tugasan yang memerlukan dia bertudung. pada masa lain dia berpakaian seksi dan mendedahkan aurat. Kat sini kita dapat lihat 'mereka-mereka' seolah-olah seperti mempersenda-sendakan HUKUM ALLAH. Menghalalkan yang haram!! Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Bukan lah aku kata aku ni baik sangat, tapi sakit hati tengok golongan2 sebegini yang seolah-olah menjadikan tudung sebagai fesyen dan bukannya kewajipan!!
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Mereka ini tidak memahami dan menyelami maksud dan hikmah bertudung. Sepatutnya tudung itu menjadikan mereka malu dan segan untuk membuat maksiat.
Hmmm sama-sama lah kita beringat2 supaya kita menutup aurat kerana kewajipan dan bukannya sekadar FESYEN @ SUKA-SUKA SAHAJA.
0 'kawan' dah baca n komen...:
Post a Comment
apa komen anda lepas baca entry ni....