klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday, 7 December 2010

DUGAAN DARI ALLAH

Dalam aku mendapat khabar gembira pertukaran aku ke Terengganu diluluskan, Allah turut sertakan bersama khabar gembira itu, beberapa ujian, dugaan, kesusahan dan masalah untuk aku tempuhi dan hadapi.   Walaupun pada mulanya sangat susah untuk aku menerima, tapi nasihat dan dorongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan banyak membantu untuk aku lebih bertenang dalam menghadapi segala dugaan.  
 
Di dalam surah al-Baqarah, Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan. Memetik kata-kata Mok aku, "Kak Zie kena ingat, kalau kita susah ni, sebenarnya ada orang lain yang lebih susah dari kita.  Keadaan kita ni dah syukur...Alhamdulillah, anak-anak dan suami Kak Zie sihat, kerja ada, pendapatan ada....Allah menguji Kak zie sikit je, supaya Kak Zie lebih beringat di masa depan...sentiasa memohon dan mintak doa pada Allah, hanya dialah tempat kita mengadu. Insya Allah...Allah mendengar segala permintaan kita. Banyakkan bersabar, ni lah dugaan dalam mengharungi kehidupan.  Insya Allah, Allah ada perancangan tersendiri untuk keluarga Kak Zie"


Doa ketika dalam kesusahan dan kecemasan


.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. Pepatah arab berkata "bila tali sudah mereggang, itu tandanya hampir putus... begitu juga dgn masalah.. bila dah terlalu kronik.. itu tandanya permalasahan itu hampir sampai ke penghujung". Moga dugaan gee segera berakhir dan diganti dgn keriangan.

    ReplyDelete
  2. Amiin..semoga segalanya dipermudahkan Allah untuk kami sekeluarga...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...