Gambar ni merupakan salah satu provokasi yang dibuat oleh orang2 Indon orang2 yang tidak bertanggung jawab, bila mereka marah dan tak puas hati ngan kejayaan skuad bolasepak kita menang semasa perlawanan akhir pertama Piala AFF dengan menewaskan Skuad Garuda 3-0 semasa perlawanan pada 26 Disember 2010.
Sayu rasanya bila tengok beberapa gambar penghinaan terhadap Malaysia si satu blog rakan. Sedih pulak bila tengok maruah negara diperkotak katikkan sampai macam ni sekali. Semasa tayangan perlawanan akhir ke-2 semalam pun nampak sangat sifat kurang ajar rakyat Indonesia yang membuat bising semasa lagu NEGARAKU bergema di Stadium Bung Karno.
Banyak lagi beberapa gambar provokasi yang menghina Malaysia dapat dilihat di Blog salah seorang rakan blogger saya disini ------>>Syeragh Blog
Biarlah 1000 penghinaan dilempar namun yang pasti dan tercatat dalam sejarah sukan Malaysia :::: Malaysia menewaskan Indonesia 4-2 dalam perlawanan PIALA AFF edisi 2010, sekaligus membawa pulang piala dan menjadi pemenang ke-4 selepas Singapura, Thailand dan Vietnam ::::
0 'kawan' dah baca n komen...:
Post a Comment
apa komen anda lepas baca entry ni....