klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday, 25 December 2011

...CIKGU OH CIKGU...

DIPETIK DARI WALL SEORANG RAKAN FB SAYA

Sape kata jadi cikgu SENANG?
Bila kamu jadi cikgu..Baru kamu tau susahnye jadi cikgu..

time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..

time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..

time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..

time ada function kat sekolah.. cikgu jd PELAYAN..

time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..

time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..

time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.

time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..

time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.
.
time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..

time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..

time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..

time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..

time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. 

time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..

time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..

time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..

time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..

Time budak HISTERIA...CIKGU JADI TOK BOMOH..

Time ada acara cikgu jd DJ

Time budak tak nak datang sekolah untuk PMR@SPM ....Cikgu jadi DRIVER

Semuanya ada pada CIKGU


CIKGU = SEMUA PEKERJAAN DIATAS

SIAPA KATA CIKGU TAK HEBAT??


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 23 December 2011

...PIZZZA TIME!!...

hari ni perst time Gie buat pizza. tu pun setelah dapat resepi pizza senang ni dr seorang rakan lama [thanks shil :) ]!
ni doh untuk crust pizza tu..sangat senang rupanya nak buat, 20minit dah siap. yang atas tu doh sebelum direhatkan...selepas direhatkan, doh naik sekali ganda.

BAHAN DOH
2.5 cawan tepung high protein blu key
1 sudu kecil garam
1sudu kecil gula gula
1 paket yis segera (rendam dalam 0.5 cwn air suam hingga kembang)
1 sudu besar mentega
oregano kalu suka

CARA2
Campurkan tepung, gula, garam dan oregano dlm bekas then masukkan air+yis td sikit demi sedikit sambil uli doh tu, buat sampai air + yis tu habis. kalu tak cukup, masukkan air lain sikit2, uli sampai tepung tak melekat kat mangkuk tu dan  jd bola besar.masukkan mentega, uli lagi lama sket. dah siap, tutup bekas dgn kain dan biar naik sekali ganda. Nak masak nanti, uli semula 
yang ni Gie masak daging cincang untuk diletak atas doh pizza tu...mula2 masukkan daging cincang, masak sampai daging tu bertukar warna, then masukkan minced onion + prego spaghetti sauce..kacau sebati...dan perasakan.
Then boleh la siapkan bahan untuk topping pizza. yang ni ikut suka tekak kita lah...Gie masak minced beef ngan prego spaghetti sauce sebagai base dia. Then kita boleh letak sosej ke, capsicum ke, mixed veggie ke, mushroom ke, crabstick ke.....semua boleh...ikut kreativiti kita.

then kita uli doh tadi, jangan nipis sangat, nanti tak rasa pulak. masukkan doh dalam pan..kalau pan bukan non-stick, bolehlah taburkan sikit tepung @ sapu mentega. then masa untuk men'decorate' doh tadi dengan topping. Spaghetti sauce yang dimasak ngan minced beef td, Gie sapukan atas doh pizza, then letaklah berbagai 'mak nenek' atas doh tadi....[kalau tak guna minced beef, sapukan je prego sauce td atas doh, baru taburkan topping yang kita suka]
Budak berdua ni seronok menabur topping atas doh pizza. Dah habis letak semua....last sekali taburkan grated cheese....letak banyak2 baru SEDAP!! tapi jangan terlebih lak..takut muak...agak2 la.

Masukkan dalam oven. Suhu 180 degree n bakar dalam 20 minit....baunya mengancam.....hahahaha...time ni Amir n Amzar asyik masuk dapur je..ambik bau dulu!

Wallah!!! Siap.......

Tukang rasa utama masakan Mama.....!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday, 18 December 2011

....JAUNDIS = DEMAM KUNING...

Adam..anak sedara baru kena jaundis @ kuning [bahasa kita la].

Apa jaundis tu sebenarnya?

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.
                                                                                                                             Sumber : mybengkung.com

Jaundis yang biasa terjadi kat baby baru lahir ni, dipanggil Jaundis Normal/Physiologic .Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan. Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah. 
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

Info lanjut jaundis....boleh baca kat-------> sini 

Yang aku rasa lawak ialah beberapa petua tradisional yang berkait ngan jaundis ni

*jangan pakaikan baby ngan baju kuning*
*ibu tak boleh makan makanan berasakan kunyit [kaler kuning kan]*
*sampul bantal, tilam pun jangan kuning*
*mandikan baby dengan air teh [tak pasal2]*

macam2 hal lah kan....hahaha
petua orang2 tua ni...tak diikut salah..bila ikut cam kelakar lah pulak
ikut je lah....manalah tahu berkesan..(^_^)


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 16 December 2011

....POTATO SALAD....

Disember = cuti sekolah = musim tengkujuh = hujan = anak lapar sentiasa.

Bila cuti kan, tak de apa nak buat...lepas TV, main...lepas main tengok buku jap..
TV lagi then main lagi. Mana lah tak lapar bebudak ni kan 
kanak-kanak sedang membesarlah katakan.
Baru je kejap lunch...dah tanya, "Mama masak apa2 tak petang ni"?
Aikkkkk!!! Tadi 2-3 jam lepas baru je makan.
Hmmm nak masak apa ye?
Tengok ada potato...apa lagi...
POTATO SALAD la jawabnya
SIMPLE!!
1st kenalah ada bahannya kan...Kentang.
Kentang ni, kupas, then potong kiub. 
Besar mana? terpulang ikut suka tekak la ye (^_^)
Lepas tu rebus sampai lembut..jangan terlalu lembut, 
kang jadi mashed potato pulak.
Dah lembut, toskan n sejukkan.

kalau nak tambah daging ayam kisar pon boleh.
ada yang letak sosej tapi anak2 Gie tak suka sangat
Daging ayam kisar ni dimasak..masukkan dalam kuali je, 
then kacau2 sampai dia masak
  tak payah letak air coz daging ayam ni dah lembut
...pastu bila agak2 dah masak, masukkan 1-2 minyak masak dan
2 labu bawang besar yang dipotong dadu.
Masak sampai bawang tu layu...
then perasakan ikut sesedap rasa.
Mahap le, tak sempat nak snap gambar step by step...sibuk masak!!

Pastu, ambik kentang yang dah masak tadi....masukkan dalam bekas,
then campurkan daging ayam yang dimasak tadi...
masukkan 3-4 sudu mayonis...kacau sebati


Mayonis pakai brand ni....mmg sedap & terbaikkk.....promote jap

jadilah hasil dia macam ni...
sedap dimakan begitu saja..@ makan ngan roti.

Uuuuu lalala


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

....ANAK SEDARA BARU....

Lupa Gie nak bgtau u olls...
Gie baru je dapat anak sedara baru Jumaat lepas 8-12-2011.
So bertambah la cucu En Mohd Riffin dan Puan Wan Tipah.
Tahniah buat adinda NurZiana & Hubby, Saifuddin...
Selamat menempuh alam baru keibubapaan 
selamat berjaga malam, selamat menukar lampin,ahaks!!
so ni lah anak sedara baru Cik Long Gie
ADAM IMANUDDIN

Cik Long Gie tak sempat lagi nak balik tengok Adam bz la tu kunun2nya.
Setakat ni duk tengok MMS je...hehe nasib baik ada teknologi kan.
Sebenarnya Gie ni bz nak menyetelkan 'sesuatu' yang selalu dibuat 
cikgu cikgi setiap akhir tahun lepas exam besar 
shhhhhh kalau yang tahu tu diam2 je la ye !!
Insya Allah dalam minggu depan Cik Long balik ye
  macam le jauh sangat umah Mok Cik Long tu ya!
Abang Amir & Abang Amzar pun sibuk nak balik 
tengok baby Che Ngoh ni

Sukanya tengok orang dapat baby!!
Macam nak jugak la pulak...hahahaha!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday, 15 December 2011

...Confirm RESULT PMR 2011 keluar Khamis 22 Disember....

okeh...

tadi I dah dapat call dari sekolah, suruh datang bertugas 22 Disember ni. Sebagai S/U PMR, of coz la I kena ada masa pengumuman result oleh Pengetua. Harap-harap keputusan sekolah tahun ni membanggakan, dan lebih baik dari tahun lepas. 

Terkenang plak masa tahun akhir kat SMKBE ~ tahun 2010 result English PMR yang terbaik pernah dicapai 

So kita sama-sama tunggu 22 Disember ni yae...kita lihat siapa yang kenaaaaaaa!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday, 14 December 2011

...RESULT PMR 2011...

Hari ni dah 14 Disember....dalam 10 hari lagi kemungkinan keputusan PMR 2011 akan diumumkan. Gedebak gedebuk rasa dada ni walaupun bukan aku yang ambik periksa, tapi biasalah, kalau dah ber'title' Teacher ni, aku yang terlebih takoot!! Tahun 2009, result PMR diumumkan 24 Disember, 2010 pulak 23 Disember. So target this year, agaknya akan keluar before Krismas la tu... Zaman sekarang ni dah canggih, kalau dolu2 kena datang sekolah kaau nak tahu result. Sekarang boleh sms je kalau nak dapat result PMR tu. Tapi bagi aku kalau tak datang sekolah tak thrill la..datang sekolah kumpul ngan kawan ramai2...sama2 tunggu result keluar, bila Pengetua umumkan result hati macam nak luruh rasanya! Teringat zaman I sekolah dulu..pengalaman 'mendebarkan setiap kali result peperiksaan besar [PMR & SPM] keluar.
Good Luck to my sister...Piqah...hope you'll get the best result!!

So good luck to all PMR candidates ya! Semoga segala perjuangan dan penat lelah belajar dan menelaah berbaloi hendaknya!Bagi yang nak menyemak keputusan PMR 2011, bolehlah...ikot cara2 yang tertera kat bawah ni...[ TQ http://www.anastasyea.com for the info]

******************************************************
Bagi adik² yang tak sabar² untuk mengetahui keputusan PMR 2011 nanti. Apa kata cuba semak keputusan PMR 2011 secara SMS dahulu sebelum keluar rumah. Perlu diingat semakan keputusan PMR 2011 ini hanya boleh dibuat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia membuat pengumuman. Kalau adik² cuba jugak sebelum itu. Memang conform la tak dapat. Selain itu, adik² juga boleh mencuba menyemak menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini. Yang ini lagi senang !

Bagi yang ingin menyemak keputusan PMR 2011 melalui SMS. Ikuti cara² yang tertera dibawah;

Taip PMR ANGKA GILIRAN dan hantarkan ke 15888
Contoh : PMR PK030L074

Sumber Rujukan: Semakan Keputusan PMR 2011 Melalui SMS dan Online | Anastasyea Blog 


******************************************************

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday, 13 December 2011

....CREAMY MUSHROOM CARBONARA....

tekak gatal nak makan pasta.
semalam petang...
jalan2 kat tempat sopping groceries, terjumpa benda ni
hmmmm teringat iklan Prego Chef Riz kat TV.
pakai ni je la kan senang.
senang je kan...semudah 1...2....3
betul kata Chef Riz
nak sedap lagi I tambah benda ni 
yang ni bahan utama dia...tak de...confirm tak jadi!!
I pakai fettuccini...
tadaaaaaaaa....hasilnya....
sedap...sedap...sedap
cuma cheese je I tak tabur...semalam cari tak de, dah habishhhh


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday, 12 December 2011

...OMBAK RINDU...

semalam I 'merewang' ke Mesra Mall Kemasik ngan sahabat2.
Tempat tu je la satu2nya shopping kompleks kat negeri Terengganu ni
yang ada TGV Cinema
Anak-anak? hehehe tinggal ngan Ayah lah..
sesekali berjalan-jalan.
tujuan utama -----> nonton Ombak Rindu
tujuan sampingan -----> window shopping!!
komen I?
bolehlah.....
tak le best sangat...kalau bagi bintang...ermmmm 3 bintang kot kot.
alamak, marah peminat cerita ni 
jalan cerita biasa-biasa je.
lakonan pelakon..hmmm pun biasa2 jugak...
bagi I, tak sampai rasa sedih lakonan Maya Karin n Aaron Aziz.
Surprise..surprise...!! I tak nangis pon!!!!
I tengok NUR KASIH THE  MOVIE...keluar air mata.
tapi OMBAK RINDU tak berupaya nak mengalirkan air mata I.
Langsung tak mengalir!!

My comment???
Kalau nak tengok cerita ni sekadar untuk hiburan ok-ok lah.
rasanya bayar rega tiket RM10 tu...berbaloi la jugak.
tak mengecewakan....tapi tak jugak membanggakan.
yang paling best, ada penonton yang tergelak2 tatkala babak sedih
 antara 'Izzah' dan 'Haris'.....ntah ke kenapa.
tak sensitif @ dia rasa babak tu lawak kot???
ataupun lakonan Aaron n Maya tak POWER!!
apapun, topic ni subjektif...
so tengok dan nilailah sendiri...
I cuma bagitau apa yang I rasa.
apa-apa pun...tak dapat ambik gamba ngan real Aaron...
dapat patung pon jadilah!!
EnHubby, jangan jeles..wakakaka!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday, 10 December 2011

...1,000000 MONEY DROP...

malam sabtu nih, layan rancangan ni kejap.
RM1,000,000 Money Drop merupakan sebuah rancangan permainan di mana peserta diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab lapan pilihan soalan. Peserta akan diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang betul.

stakat ni, aku dah tengok 3 pasangan yang gagal membawa pulang apa2 'hasil' pun dari permainan ni.
kadang2 geram bila tengok peserta yang salah menjawab soalan yang senang.
sis-sia je wang yang dilaburkan tu...
aduyai kesian kesian kesian...

tapi kalaulah dapat jawab semua ngan betul....alangkah...alangkah...
SERONOKNYA

KENAPALAH AKU TAK GI UJIBAKAT 1000000 MONEY DROP NI YEA..HAHAHA

nak main online..huh..........banyak halangannya....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday, 9 December 2011

...GULAI AYAM PENCEN...

pagi tadi niat nak cari ayam kampung. tekak teringin gulai ayam kampung le pulak. tapi nasib tak baik...ayam kampung tak de. so my hubby beli le ayam pencen tq encik hubby!! macam dah muak makan ayam biasa tu...ntah le kenapa??? lemak banyak sangat kot!!
ni le ropa ayam pencen kredit to MR GOOGLE for the picture

ayam pencen = ayam telur yang dah tak bertelur lagi. ayam ni setelah dibersihkan akan dibakar seketika agaknya untuk hilangkan bulu2 ayam yang melekat lagi kat badan ayam tu. aku pun tak tahu kenapa, tapi setiap kali beli ayam pencen memang ade kesan terbakar kat badan ayam tu. daging dia mmg liat so kena lah rebus lama..tadi pun aku rebus 2jam baru empuk  selalunya kalau nak buat rendang @ gulai aku suka guna ayam kampung   mahal le sikit rega dia atau ayam pencen...maybe sebab daging dia tak hancur n rasa dia lagi sedap ikut rasa tekak aku le dari guna ayam biasa bandar.

selepas 2jam merebus n tambah 30 min lagi menggulai...inilah hasilnya...
amacam?? mengancam tak??
side dish yang lain tak payah le letak sini ye...hehehe

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday, 8 December 2011

...ye ke macam ni???...

dapat ni dr seorang rakan FB.
bertanya pada diri sendiri....
ye ke perempuan macam ni bila gi ATM machine??

NO! NO! NO!

MANA ADA MACAM NI.....

macam melampau je kan 2-3x nak check make-up.
pastu lupa plak no pin....
pastu tertinggal kad ATM kad mesin ATM...

TAK LOGIK LA

Tapi cam lawak pon ade kan.....
pikir2 balik.....
mungkin ianya dibuat sekadar untuk halwa mata.

(^_^)


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

::: sarapan hari ini_ tak tahu nak panggil apa masakan ni :::

hahahaha..
cerita pasal makan lagi.
bagus jugak ye cuti lama2 ni...ade je idea n resepi baru muncul.
semalam 'merayap' kat GIANT. sekali ternampak pulak 'benda' kat bawah ni
sekali pandang nampak macam roti canai...
nama dia 'WRAPS'  dibuat dr gandum
tengok cadangan hiasan kat paket dia..eish..cam menarik je!!
teringat 'Twister' yang jual kat KFC dolu2 tu.
so I beli la sepaket...ade 8 keping.
kalu tak silap rega dia dalam RM7.99

jangan risau...WRAPS ni ditanggung HALAL ye!!

so balik rumah, I buat la potato salad.
cadangnya nak buat side dish la.
ingatkan dalam fridge ada ayam, nak buat filling 'wraps' ni,
sekali tengok..ayam tak de laaaaaaa.
so change plan....ada daging kisar RAMLY...I masak je lah  

ni daging kisar yang dah siap...nak letak capsicum, 
capsicum pun tak de.....hantam je lah mana yang ada!!

eish lupa plak...green mesti ada kan..I guna butterhead
[butterhead ni macam salad yang biasa tu, kat GIANT ade jual hahaha]

so 1st, wrap ni kita panaskan atas kuali leper...
panaskan tanpa minyak ye.

then...letak salad td + potato salad + daging kisar.
filling dia ni boleh letak apa2 je terpulang pada kreativiti.
kita yang buat dia kan... (^_^) 

letak sos. kalau nak tambah mayo @ thousands  island 
@ mustard sauce pon boleh. 

then letak sekeping lagi butterhead tadi 

then 'wrap' kan dia...senang kan


dah siap 'wrap' bolehlah ngap!! hehehehe

kat bungkusan dia pon ade cara2 macam mana nak wrapkan benda ni

Amir n ayah dia makan sampai 2...fuiyooooo....
tak leh nak letak gambar...coz Hubby I malu2 kocing le hehehehe....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday, 7 December 2011

... jemput-jemput....

Pagi2..buka je mata, anak I si Amir dah mula gosok2 perut depan Mama dia dia bangun lagi awal sebab nak tgk cartoon.  Mama masuk dapur, tengok2 apa yang ada untuk dimasak.  Paling simple, buat jemput-jemput lah kan. Ape kehal la pulak I nak tulis entri pasal jemput2 nih. Hehehe lantak le..tak nak baca..tutup mata!!

Biasanya I buat jemput2 tak pernah letak Mauripan...tapi ntah macam mana hari ni, terasa nak terai la pulak...so I uli lah jemput2 kentang + bilis + mauripan [I guna 1 sudu kecik je, dibancuh ngan air suam]. Lepas bancuh, 'rehatkan' bancuhan jemput2 ni selama 1/2 jam.

Agak2 dia dah cukup rehat, apalagi gorenglah...Hehe best tengok jemput2 I naik 'kembang' cantik je. Maybe sebab letak mauripan ni kan. Aroma diaaaaaaaaaa...wallahhhhh!!

  

Huishhhh...gebbuuuu je...


U la la...dah siap dah...simple mimple je sarapan hari ni....
Makan dengan sos atau 'collek' kata orang ganu (ala sos pencicah keppok lekor tu le)

Pengkritik utama dan pemakan utama masakan Mama...
Hehehe...Ayah dia pun sekarang ni kritik ala2 Chef Riz ngan Chef Zubir...
Penangan MasterChef la katakan...



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday, 6 December 2011

....alamak!! Gigi adik dah putus!!.....

Kesian Adik

Minggu lepas terjadi satu tragedi.
Adik terkam nak peluk ayah..waktu tu ayah duduk atas kerusi 
layan komputer kot.
Tetiba je adik terkam, ntah macam mana, 
mulut adik atau lebih tepat gigi adik 
terkena tempat letak tangan kat kerusi.
Adik menjerit...menangis....
Mama terkam n tengok..."uuu nasib baik tak berdarah bibir"
Tapi adik still nangis...
Rupa2nya gigi kapak dia sakit...
Mama nampak gigi adik macam retak sket...
Ingatkan tak ada apa2
Sampai malam adik tak nak hisap susu... 
sengal lah tu gigi dia tu
esoknya adik kembali ok..(^_^)
Alhamdulillah!!

3 hari lepas.....kat rumah Tok Wan
Adik makan nasi ngan Cik Ngoh...
Tetiba, Cik Ngoh perasan gigi adik dah serpih..hilang....
Hmmm nasib adik tak sakit
Tapi..."Mama gigi adik dah putus!!"
Hmmmm kata Cik Ngoh "Adik dah tak henshem dah.."
Gigi adik dah putuss!!

Blur gambarnya..susah nak suruh dia duk diam2 ambik gambo ni.
Kata Ayah..biarlah gigi dia camtu (^_^)..
dia pun tak ngadu sakit..tunggu je lah gigi tu tercabut [gigi susu kan]
 pastu tumbuh yang baru, adik henshem balik la......


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday, 5 December 2011

.....banyaknya!!!!!.....



banyaknyaaaaaaaaaaaa!!!!!!


banyaknya kerja nak kena buat



bila dah banyak sangat, mula lah datang 2 penyakit ni
M.A.L.A.S
M.E.N.G.A.N.T.U.K



dapat yang 1 ni, memang best...
Aroma dia pun dah buat mata terang

ehm...ni la peneman2 dan pasangan2 yang sangat sesuai........
untuk yang diatas tu
setia walau di mana saja...

               
     

tapi semuanya 'salted' and 'sweet'..
huhuhuhu tak elok sangat makan banyak2
kang ade yang kena HIGH BLOOD PRESSURE!!
ada yang kena DIABETES
so...makan, tapi jangan lebih2
berpada2 lah ye..!

Eish...apalah yang I dok ngarut dalam entry ni....

huhuhuhu just wanna share that at this moment
 I'm am definitely, totally engrossed with lots of work
 that really requires my full attention...

So, rasanya blog ni akan terbiar bersawang kut..
hingga selesai kerja2 I ni...
berapa lama?
ntah lah
hoping to finish it in 20 days!!!!
Alamak!! Dah kena mula ni....

So tata..bye bye...MY BLOG!! Lepas ni sambung lagi!!

PEN OFF!!



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...