klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday, 26 January 2009

Amir @Pantai Batu Burok..K.Trg

Hari ni Amir ajak kami main layang-layang. Sebenarnya janji nak main layang-layang ni dah lama dari hari Khamis minggu lepas lagi, tapi memandangkan cuaca kat bandar Kuala Terengganu ni tak menentu, terpaksalah hasrat Amir di tangguhkan....

Kebetulan pulak hari sabtu, Ayah balik dari Kota Tinggi...hmmm makin seronok lah dia. Ada orang nak temankan dia bermain....nak jadi cerita, Ayah janji nak main layang-layang hari ahad (semalam) tapi petang semalam Amir tido pulak....so hari ni baru lah tertunai hasrat hati Amir nak main layang-layang. So tempat yang paling sesuai di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu.

Pantai ni merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Negeri Terengganu. Pantai ni memang cantik tapi sayang, tak boleh mandi kat sini kerana pantai ni dah dikorek untuk mendalamkannya dan ombak kat sini boleh tahan jugak besarnya....

Papan tanda dilarang mandi pun ada dipacakkan kat sini, tapi aku perhatikan ada jugak hamba-hamba Allah yang menafikan larangan ni dan mandi dikawasan pantai ni. Membahayakan nyawa sendiri namanya tu...

Pantai ni biasanya penuh dengan orang-orang tempatan mahu pun pelancong dari luar yang ingin menikmati keindahan kawasan pantai ni....dikawasan pantai ni disediakan banyak gerai-gerai menjual pelbagai makanan.



So hari ni seronok lah Amir main layang-layang kat pantai Batu Burok...Ada Ayah melayan dia pulak tu....makin seronok lah dia... Aku hmmm turun kereta terus duduk atas bangku...tak larat nak jalan-jalan...ambik angin pantai je lah sambil tengok Amir main layang-layang.....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. sonoknye amir main layang2... huda ngan fawwaz suka sgt main layang2...lama doh dorang tak main...dah lebih 2 thn.. dulu,ayah dorang rajin layan main layang2 kat padang kuktem.. bila blk kg, suka sgt kalau buat layang2 surat khabar nagn sepupu2 dorang...

    ReplyDelete
  2. memang seronok Kin..kat johor sana memang boleh dikatakan jarang main layang-layang nih....sekarang pulok banyak layang-layang hok pelbagai saiz, bentuk dan warna ader terjual...beli je :).....kalau zaman kita dulu layang-layang suratkhabar tu dah kira best giler doh tu

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...