Suasana sekitar ruang menunggu di Klinik Pakar
Perbidanan Hospital Kota Tinggi
Hari Selasa 13 Januari 2009, aku sekali lagi ke Hospital Kota Tinggi untuk appointment dengan doktor pakar perbidanan di sana. Aku menghadapi masalah dibetic semasa mengandung dan juga high blood pressure...so kena di pantau la...Menurut doktor, aku berkemungkinan akan di'paksa' bersalin awal kerana dikhuatiri faktor risiko baby besar (kerana masalah diabetic) ataupun sawan atau bahasa perubatannya 'IMPENDING ECLAMPSIA'. Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia). Tanda-tanda “Impending Eclampsia” (akan mendapat sawan), ialah loya-loya/muntah, sakit sudu hati (epigastric pain), penglihatan menjadi kabur, dan pening kepala yang berterusan. Syukurla sepanjang tempoh kehamilan ni tekanan darah aku masih stabil dan aku tak perlu nak makan ubat darah tinggi ataupun disuntik insulin.......cuma on diet control je la.
So, bila aku dah sampai 37 weeks+ ni kena la kehospital lebih kerap dan perancangan teliti tentang masa dan kaedah kelahiran perlu dibincangkan bersama pakar obstetrik. Takut jugak kalau kena bersalin awal kerana kemungkinan tu memang ada....tapi alhamdulillah, lepas berjumpa pakar tu ternyata, tekanan darah dan bacaan gula dalam darah aku masih stabil dan dibawah paras bahaya, jadi doktor menasihatkan aku supaya meneruskan diet control dan aku tidak akan 'dipaksa' bersalin awal dan hanya perlu menunggu masa dan ketikanya untuk melahirkan....(berdebar tu tok sah cakap la)...harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.... AMIN!!
Kesian suamiku...menunggu dengan setia...sampai tertido....
Kak Gie, semoga dipermudahkan Allah dalam menghadapi cabaran melahirkan insan baru ke dunia ini.. sakit sikit takpa...banyak pahala tu... heheheheh
ReplyDeletebtol tu..smoga akak dipermudahkan melahirkan baby cuteee, macam amir :D
ReplyDeleteAlhamdulillah...tq semua
ReplyDelete