klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday, 20 January 2009

Dugaan...

Dah menjadi perkara biasa kalau seseorang ibu mengandung tu mengalami banyak masalah sepanjang proses kehamilannya, memang dia akan kerap berjumpa dengan doktor.. Itulah yang terjadi pada aku.

Semalam, hari isnin, aku sekali lagi berjumpa dengan doktor pakar perubatan keluarga dan perbidanan. Kali ini keputusan ultrasound scan menunujukkan aku mengalami masalah 'polyhydramnios' atau dalam bahasa mudah...air mentuban banyak dari biasa... Menurut doktor, antara masalah yang mungkin dihadapi ialah, bayi lemas..... Jadi doktor menasihati aku untuk terus mengira gerak anak dan memastikan bayi bergerak sebanyak 10 kali dari 9 pg hingga 9 malam. Jika gerak anak kurang dari 10 kali, maka aku kenalah segera ke hospital. Banyak betul dugaan semasa aku mengandung ni, aku berdoa semoga Allah permudahkan segalanya....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

1 comment:

  1. hai kak gie..sorry laa lama tak say hello..saya dok busy dgn fieldwork..berterabur rumah parents saya dengan buku dan nota segala..anyway good luck yer..harap semua selamat, Insya'allah, amin...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...