klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 5 March 2011

cerita ceriti cikgu cikgi

Guru disiplin didakwa cabul 11 pelajar

Masya Allah!!!!

Terkejut baca headline Harian Metro tadi....[baru dapat baca paper 2day]. Nak berita lanjut baca disini -------> MyMETRO

Tak sangka kejadian macam ni boleh berlaku. Hmm walaupun belum disabitkan kesalahan, tapi title "guru" pada headline tu cukup membuatkan aku rasa tertampar, sebab aku pun GURU jugak...

Sekarang ni kan, macam2 hal & isu yang dikaitkan dengan prefesion perguruan. Cikgu cikgi Malaysia ni glamour la jugak kan, asyik dok keluar paper je..kalau isu yang best tu tak pe la.Ni tak, kebanyakannya berita2 negative...humphhh kenapa boleh jadi macam tu ye? Agaknya guru Malaysia ni kena pergi kursus integriti kot!!

Guru-guru sekarang pon dah tak boleh hukum pelajar sewenang-wenangnya...Silap sikit, tak pasal2 surat lawyer menyusul, kalau tak pun, parents datang "jumpa" Pengetua @ guru disekolah.  Seingat aku la, masa zaman2 aku sekolah dulu, hukuman ketuk ketampi, berdiri dalam kelas @ luar kelas, kena gantung board kat leher, jalan itik kat koridor, junjung buku, lari keliling padang, kena jemur tengah panas, tulis ayat sampai 500x... mmg hukuman yang biasa cikgu2 aku buat. Masa tu kami2 ni terima hukuman dengan hati yang mendongkol. Tapi tak plak cerita kat Mak Ayah, sebab bukan Mak Ayah nak bela; makin ditambahnya hukuman tu...

Tapi sekarang semua hukuman tu semua dah tinggal kenangan...cikgu cikgi dah takut dah nak hukum pelajar, takut surat lawyer menyusul hehehehehe...kalau nak denda pelajar pun kena fikir 2-3 kali....dendaan pulak, yang paling "bersopan santun".....suruh berdiri pun tak leh lama2...heiiii macam mana cikgu nak mendidik kalau macam tu kan kan kan..

Hmmm sesiapa yang terbaca entry ni, tolong la bagi pendapat yea...paling tidak pun cadangkan lah dendaan yang paling bersopan dapat dikenakan pada pelajar agar tak de surat lawyer @ Mak Ayah yang datang mencari guru disekolah....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

2 comments:

  1. salam
    walaupun belum didapati bersalah,masyarakat telah 'menghukum' cikgu tersebut-gatal.miang,jahat,gila seks...
    budak2 tu pun satu...mmg patut dihukum kerana ponteng perhimpunan kerana nak siapkan keje rumah...yg sepatutnya disiapkan dirumah..!!

    ReplyDelete
  2. iye kak kam..kadang2 kita tak tahu siapa yang benar n siapa yg salah...kalau ikut pengalaman saya, mmg budak sekolah is capable of tellling lies to escape themselves...hmmmm kadang2 sedih ngan nasib guru, tidak ada yang membela...

    ReplyDelete

apa komen anda lepas baca entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...