klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 31 May 2009

Hati seorang ibu...

Semalam semasa aku menyusukan Amzar, si abang Amir sibuk terlompat-lompat dan panjat-panjat kerusi...seronok agaknya dia. Baru je kebah demam..badan pun dah segar....suka la dia nak ber'power rangers' ber'ben 10'..ber'ultraman'.... Ayah berkali-kali mengingatkan dia supaya berhati-hati..manala tahu kan seronok sangat....tiba-tiba ntah macam mana, dia salah pijak dan jatuh, muka Amir terhentak pada coffee table [memang keras table tuh] dan meraung la dia. Aku memang terperanjat. Ayah terus terkam Amir, nasib baik cuma pipi dia je yang terhentak kat coffee table tu, dibuatnya kena hidung ataupun mata..eeish, tak nak la aku bayangkan.... Masa yang sama Adik pun menangis, sebab terkejut dengar raungan abang..keadaan kelam kabut dan kecoh sIket la.... Yang si abang pulak terjerit-jerit sakit dan nak Mama..... Mama jgn cakap la, air mata pun berjuraian sama bila tengok anak dalam kesakitan, terasa nak je sakit tu dipindahkan pada kita.....

Kesian Amir...bengkak pipi montel dia. Saat tu aku terbayang ibu-ibu yang kehilangan anak...lebih-lebih lagi berita 2 hari lepas, di mana seorang ibu terlanggar anak kandung sendiri semasa mengundurkan kereta...Masya Allah!! Tak dapat aku gambarkan kesedihan ibu itu....sedangkan aku, anak terhantuk meja pun serasa terbang separuh nyawa melihat dia dalam kesakitan....

Ya Allah selamatkan dan Kau peliharakanlah kedua-dua anakku...jauhkanlah mereka dari segala bahaya dan kecelakaan.....AMIN!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 24 May 2009

Donut Oh Donut!!


Selama ni aku tak tahu pun Big Apple Donuts ni wujud. Masa ke AEON Bukit Indah, Amir mintak donut Dunkin, tapi tak ada plak outletnya kat AEON Bukit Indah tu. Yang aku nampak cuma Big Apple Donuts..so aku pun beli la.....ingatkan tak brapa sedap la, so aku cuma beli 3 pieces je, cukuplah sorang satu kan? Bila balik, dan rasa, rupa-rupanya, donut Big Apple is much much more delicious than dunkin donuts (ooopsssss) menyesal pulak beli 3 pieces je....so i have become a big fan of Big Apple Donuts.....

Amir pun mintak lagi....

So Mama janji la ngan Amir nak pegi lagi outlet Big Apple n buy more donuts....

Yesterday, we went to AEON Bukit Indah again and this time we bought 9 pieces of the donuts...but by the time this picture was taken only 6 were left....

This big Apple Donuts were delicious and not so sweet

My favourite
  • Mochalisa
  • Chococino
  • Marble Duke
  • Californian Almond
  • Alien
NYUM...NYUM

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Amir.......

Abang Long rajin betul nak tolak stroller adik everytime kami keluar jalan-jalan. Walaupun masih tak dapat lesen tapi, dia memang bersungguh-sungguh nak tolak. Nak tolong Mama....kata abang.

Adik steady je dalam stroller

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 22 May 2009

Amzar suka tidur meniarap


Hmmm dia ni kalau tidur meniarap bukan main lena lagi...

Tapi Mama kena selalu tengok2 kalau dia tidur meniarap..takut tersembam muka kat bantal...
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 21 May 2009

Menu Hari Ini

Menu apa hari ni ....ermm 'bawal sweet sour.....udang celup tepung....sayur goreng'

Simple..tapiiiiii......delicious!!



Bahan-bahan tumisan, atau kata orang Jawa...bumbu-bumbunya



Udang

Dah siap dicelup =)


Ikan bawal



Gaul ngan tepung gandum...petua untuk hilang hanyir ikan

Dah siap goreng

ermmmm siram dengan kuah sweet sour



Kobis n baby kailan


wah...dah siap semua....jemput makan!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 16 May 2009

SELAMAT HARI GURU.....

Hari ni Hari Guru...
Tahun ni untuk peringkat Kebangsaan diadakan di Kuala Terengganu



Sedar tak sedar dah 9 tahun aku sambut Hari Guru.....
Semoga Allah terus memberi aku kekuatan untuk mendidik anak bangsa selagi aku terdaya.

Kalau nak diceritakan pahit maung bergelar GURU ni rasanya sampai 3-4 minggu pun tak habis.
Hanya insan yang bergelar guru sahaja akan memahami selok belok, pahit manis, dan pengorbanan GURU.....

Ni la lagu yang akan kami, guru-guru nyanyi setiap kali tiba hari guru

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Sajak yang memang sinonim dan tak pernah 'miss' dibacakan setiap tahun pada tanggal 16 Mei

Sajak : Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 14 May 2009

Hadiah dari Kin...






Dah lama tak dapat award
Hari ni dapat hadiah dari Limerick...

Thanks Kin....
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 10 May 2009

Esok Amir Periksa!!

Tadi petang, Amir datang dekat ngan Mama...



Kata dia,"Mama esok Amir periksa....Amir nak Mama hantar Amir pegi sekolah. Amir nak salam & cium tangan Mama sebelum masuk kelas. Kata cikgu, kalau kita salam & cium tangan Mama, nanti belajar cepat pandai. Mama promise tau hantar Amir, Amir nak salam, nak cium Mama".....tulus nada suara Amir.

Mama terkedu!

Hmm... Mama akui selama Amir sekolah, Mama jarang hantar Amir. Maklumlah, sekolah Amir mula jam 2 ptg. Mama belum keluar dari sekolah lagi. Walaupun waktu mengajar habis jam 1.40, tapi kadang-kadang ada mesyuarat lah, Mama nak menanda buku la, ada kelas tambahan la.....jadi Atok Haron la jadi penghantar setia Amir kesekolah....bukan Mama....

Mama janji sayang..Insya Allah esok Mama hantar Amir...!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 9 May 2009

Mother's Day Card From Amir

Hari ni aku ambik cuti rehat sebab ada hal kat JB. Hari ni Atok yang hantar Amir ke sekolah. Kira-kira jam 5.10 petang, aku dapat panggilan dari pengasuh aku..katanya Amir mengamuk nak balik rumah.....tapi atok n nenek pengasuh tak bagi Amir balik sebab aku masih di JB menyelesaikan urusan aku tu.....bila ditanya kenapa dia mengamuk...tak pulak Amir bagitau.....Pelik gak aku.

So bila aku sampai rumah barulah terjawab segala persoalan..rupa-rupanya Amir tak sabar2 nak bagi Mother's Day Card yang dia buat sendiri kat sekolah Tadika dia. Katanya cikgu pesan, balik dari sekolah, kena terus bagi kat Mama..patutlah dia mengamuk bila atok n nenek tak bagi balik...hei budak-budak ni lurus...tak reti nak 'bengkok-bengkok'

Katanya kad ni dia buat khas untuk Mama sebab dia sayaaaaaaangggggg sangat kat Mama...

Terharu rasanya.



Kad Selamat Hari Ibu...hasil tangan Amir
Kata Amir Ladybird ni Kakak Wani yang tolong buatkan...
Ladybird ni cute macam Mama (hehehehe....ni Amir yang kata tau!)

Tulisan tangan Amir...sekejap je masa berlalu...
dah pandai menulis anak Mama ni...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 2 May 2009

Happy 5th Birthday Amir..

29 April 2009...Amir genap 5 tahun.
Sibuk dia suruh Mama buat party untuk dia & invite kawan-kawan sekolah.
Kesian Amir, Mama sibuk minggu lepas n minggu ni..Ada English Carnival, tak sempat nak masak-masak n buat party...

So Mama & Ayah pegi Bandar Kota Tinggi & belikan kek untuk dia....

Birthday cake amir....beria dia nak cake yang ader strawberry..
Tapi tak dimakan pun strawberry tu
Masam!!!! kata dia


Amir suka sangat bila Mama buat suprise kat dia.
Amir still pakai baju sekolah lagi, masa tu dia baru balik sekolah...

Selamat Hari Ulang Tahun Sayang Mama...semoga Amir menjadi anak yang soleh, beriman dan bertakwa.

U are the gem of my heart...LOVE U DEAR!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...