klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 31 October 2010

SATU TINDAKAN YANG B***H!!!


Berita yang menarik perhatian ak semasa 'browse' mymetro online pagi ini...
Secara peribadi, sebagai seorang guru, aku rasa tindakan warden asrama tu mengejutkan pelajar untuk sembahyang subuh, dengan menekap seterika panas pada lengan dan tapak kaki; adalah satu tindakan yang sangat b***h.  Apalah salahnya kalau merotan pelajar tersebut ditapak kaki, kan pelajar tu akan terkejut dan bangun jugak kan....heiiiii apa la masalah cikgu tu......buat malu kaum guru je......tindakan yang kurang bijak dan tak berfikir panjang.......tak pasal2 perihal guru masuk paper lagi.....




(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

HARI GRADUASI KE-2 SMK BANDAR EASTER ~ 30/10/2010

"Bunting" Majlis Hari Graduasi Kali Ke-2 SMK Bandar Easter.
Objektif : 
  • Memotivasikan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki
  • Meraikan pelajar Tingkatan 5 & 6, dalam satu simulasi sebenar majlis konvokesyen yang dijalankan di universiti [siap ada gamelan dan dekan-dekan, ada official photograper ambik gambar ]
  • Membakar semangat belajar dalam diri pelajar untuk menempatkan diri masing-masing di universiti

Tugas aku : 
Master of Ceremony ::: MC

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 & 6 yang diraikan. Seronok diaorang ni,,,macam dah konvo 'U'  je.  Tapi biarlah mereka merasa suasananya sekarang...semoga menjadi pembakar semangat untuk konvo betul-betul nanti

Teacher & her 5 PA students...the only form 5 class yang aku ajar ~ Good Luck in SPM. English kena lulus tau!!

2 keping gambar je yang sempat di snap ngan kawan-kawan.  Almaklumlah kena jadi MC...tak bleh nak bergerak kesana ke mari...duk je belakang rostrum tu...

Suasana sepanjang hari graduasi

The Kompang Boys 


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 29 October 2010

AMZAR DEMAM ~ 5 BATANG GIGI TUMBUH SERENTAK!

Kesian adik. Dah masuk 3 hari demam.  Mulanya aku ingat demam biasa...so aku bagilah ubat demam yang memang ada kat rumah tu. Dah 3 hari makan ubat...Amzar macam tu jugak... demam tak kebah...pastu aku perasan, air liur dia duk meleleh je. Menyusu pun kurang. Biasanya 6 auns susu sejam sekali, tapi ni dah berjam-jam... 4 auns susu je yang dia minum..itu pun macam seksa nak habiskan susu tu...bila dah dua hari demam tak kebah, Mama pun serremmm la jugak...so semalam, Mama bawak Amzar ke klinik...masuk je bilik doktor..check suhu...mak aiiiii almost 40'C...terus doktor masukkan ubat bontot!! Kesian Amzar..tak selesa nampaknya dia.

Bila doktor check...gusi Amzar bengkak...patutlah tak nak menyusu...mulut sakit lah tu..eish2....Kesian Amzar, nak tumbuh gigi pun susah ye dik!  Pastu bila diberitahu Amzar muntah-muntah bila minum susu...rupanya Mama terlupa bagi ubat cacing kat Amzar.  Masa umur dia setahun dulu Mama dah bagi...patutnya bila umur Amzar 1 1/2 tahun, Mama kena bagi lagi.  Ubat cacing perlu diberi setahun sekali @ setiap 6 bulan sekali. Alahai patutlah, adik tak nak menyusu & makan sangat..rupa2nya ada cacing yang bersarang dalam perut adik ye...tak pe, nanti demam adik kebah, Mama bagi ubat cacing ye! Sorry ye sayang Mama! 

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 27 October 2010

TERASA PENAT BILA 'TRAVEL' HARI-HARI

Rumah aku, [kuarters guru] memang sangat, sangat lah dekatnya dengan sekolah...kalo jalan kaki, huuuuu 10 minit dah sampai [tapi hari2 drive gak ke sekolah]. Pendek kata jarang sangat la, drive jauh, kecuali kalau nak ke Bandar Kota Tinggi..tu pun seminggu sekali je kot [kot????]. So bila for the past 2 weeks ni aku kena drive to and fro to certain places yang jaraknya almost 40km dari rumah [hari2 plak tu, kerana menyelesaikan urusan-urusan penting yang berkaitan], badan ni terasa penat sangat...lenguh sana sini itu agaknya tanda2 penuaan kot.  Kalaulah ade insan yang sudi dan pandai massage aku ni, kecik tapak tangan...bandar kota tu aku tadahkan. Huhuhuhu...time ni la aku sangat2 respect kat kengkawan aku yang travel everyday dari Kota ke sekolah hari-hari.  Aduiiiii...sakit badan la.......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

AMIR DAH NAK MASUK SEKOLAH RENDAH

Hari Jumaat lepas, Amir bawak balik gambar 'graduasi' TABIKA KEMAS nya.  Bila aku tengok gambar tu...terasa cepatnya masa berlalu. Dah 6 tahun usia Amir.  Tahun 2011, Amir akan naik darjah 1.  Cepatnya anak aku membesar...macam tak sedar rasanya masa tu berlalu. Rasanya macam baru je aku melahirkan Amir, dah nak sekolah ke anak aku...Eish macam tak yakin je aku nak lepaskan dia bercampur gaul ngan budak2 yang lebih 'dewasa' dari dia...Ye la kat TABIKA tu semuanya seusia dia...cikgu pun ade yang memantau. Nak buang air pun ada yang tengokkan...Kat sekolah rendah nanti bukan ada semua tu...boleh ke anak aku menghadapi semua tu??? Dalam dilema plak rasanya. 

Apa pun, aku mesti kuat. Eish apa la..anak tak apa2 pun, mamanya pulak yang emo lebih-lebih...
Amir ~ Usia : 9 bulan
Amir ~ Usia : 1 tahun 4 bulan
Amir ~ Usia : 3 tahun
Amir ~ Usia : 6 tahun

:::Cepatnya rasa masa berlalu :::

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 23 October 2010

TERASA DIRI INI SEMAKIN TUA....

Barisan pelajar-pelajar sulung aku.  Masa ni kami menang pertandingan drama
Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kota Tinggi ~ Sejarah manis yang kami lakar
bersama. Kalau tak silap tahun 2003.

Bergambar bersama Mantan Pengetua SMKBE ~ Encik Abu Bakar Sidek b. Kasbi
Beliau banyak memberi semangat dan dorongan kepada kami.
Saban hari senarai friendlist aku di FB bertambah.  Kebanyakan nya ex-students aku la...Diam tak diam dah hampir 11 tahun aku menjawat jawatan "teacher" ni. Selepas sepuluh tahun, ramai ex-students aku yang dah tamat pengajian kat "U". Alhamdulillah dah berjaya mereka semua ni...berkat doa semua.  Bila aku renung2 balik gambar lama bersama ngan diaorang ni, terasa diri dah semakin tua...ye lah...ada antara mereka ni dah berkahwin ada anak...ada yang dah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan...hmmm Teacher dah makin tua rupanya...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 22 October 2010

MC dan Migrain

Aduh...sakitnya kepala aku ni..berdenyut2...sudah agak lama aku tak kena serangan migrain ni. Agaknya aku terlalu penat dan banyak kerja kot. Stress???? Mungkin.  Tapi yang pastinya sejak hari Rabu, sakit ni mengganggu aku...So semalam aku ke klinik...dah tak tahan sakit...pada masa yang sama, bimbang jugak BP [Blood pressure] naik...manalah tahu kan...lagipun aku pernah ade sejarah BP waktu mengandung. 

So, lepas jumpa doktor, memang BP aku naik sikit le...120/90....dan yang pastinya, MIGRAIN menyerang lagi.  Hmmm kena la aku makan ubat...[baru lega dan hilang rasa berdenyut2 ni], dan doktor bagi aku MC untuk hari ni [1 hari je] untuk rest kat rumah...tadi pagi dah puas tidur sampai jam 10...[x bangun subuh...cuti2 perempuan ye]...bila en hubby dan anak ke sekolah pun aku tak sedar. agaknya en hubby kesian kot nak kejutkan aku yang syok tidur tu. 

Walaupun aku MC, tapi kawan-kawan kat sekolah tak payah susah-susah nak relief kelas aku..sebab hari ni jadual aku memang free....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 21 October 2010

SAYA SANGAT PENAT....(T_T)

Adusss...penatnya badan...
Jam dah menunjukkan 12.05 tatkala aku mula menaip....kerja yang patut disiapkan baru 80% sempurna.  Mata semakin kuyu...tapi masih belum dapat merehatkan diri.

Jadual aku hari ini....:::  lepas balik dari melaksanakan tugas2 di sekolah

  • 2.45 ptg   ---> Balik dari sekolah....baring-baring sekejap
  • 3.20 ptg   ---> Bangun, mandi, solat zuhur, memulakan aktiviti mendobi...
  • 4.30 ptg ---> Kerumah pengasuh..mengambil anak-anak [ + , -, x, / ] borak2 ngan pengasuh..bertanyakan karenah anak hari ini [ade 2 rumah pengasuh ye saya perlu pergi]
  • 6.00 ptg    ---> balik semula ke rumah.......solat asar....menyidai pakain yang dah siap dibasuh...
  • 7.00 mlm   ---> mandi, solat maghrib, duduk2 kejap
  • 7.40 mlm   ---> masak dinner [just buat maggie goreng + ayam goreng ala2 KFC]
  • 8.30 mlm   ---> kemas2 dapur....basuh itu ini...sapu itu ini
  • 9.00 mlm   ---> layan cerita CT Kelembai (^_^)
  • 9.30 mlm   ---> layan karenah anak2, sambil tunggu diaorang tidur....
  • 10.30 mlm ---> mula mensettlekan kerja2 yang perlu.  Sebagai pemeriksa ****...hantaran markah perlu dibuat secepat mungkin, laporan kerja perlu dihantar.....claim pun kena buat [part ni besh...sebab..."masyuuuuukkkk"
  • 12.20 mlm   ---> meng'update' blog [walaupun mata semakin kuyu dan kuyu dan kuyu]
Aduyaiiii...............terasa penat yang teramat sangat...pasni, aku nak tidooooo.........................



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 17 October 2010

CERITA HAL BONUS...

BONUS...BONUS...BONUS

Lepas BUDGET 2011...semua kawan, family, sedara, hubby and wify [yang bekerja la] duk bercerita.......ber'sms' pasal bonus.  Nampak gayanya, tahun ni tahun ke 3 tanpa bonus kot. Yang dapat hanya bantuan sara hidup sebanyak RM 500. Alhamdulillah...dapat jugak, walau pun RM500, tapi tu duit jugak kan?  Aku seronok baca entry kawan blogger aku MSOM. Ada betulnya jugak apa yang ditulis Mr Som tu.  Janganlah mengharap sesuatu yang samar-samar dari KERAJAAN a.k.a JANGAN TERLALU MEMINTA2. PM kita ade bagi sebab kenapa tahun 2010 ni tak de BONUS ::: Kenapa tak dapat Bonus tahun ni??? ------------> klik dan baca sendiri

So, sebagai orang yang bekerja, kita kena lah mengambil langkah penjimatan...sebab, nampak gayanya, laaaaaamaaaa lagi lah baru kita nak merasa bonus dari kerajaan.  Tapi yang aku peliknya, dalam kata-kata dan desas desus mengatakan ekonomi kita ni tak stabil, aku tengok rakyat Malaysia [terutama warga Kota Tinggi] membeli barangan bukan main lagi. Paling ketara masa nak berhari raya Aidilfitri. Masing-masing mengelek 3-4 bungkusan.  Kedai-kedai kasut, kedai baju, Econsave, Kipmart, KINI....semuanya penuh dengan orang membeli belah...tu belom tgk keadaan kat Baazaar Ramadhan lagi...nak kata tak de $$, macam banyak je $$...entahlah ye...sendiri mau ingat lah...sendiri punya 'periuk nasi' sendiri tengok keraknya la.  So ingat-ingatlah sebelum masa susah.....[ingatan untuk diri sendiri jugak]


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 16 October 2010

ANAK-ANAK....


Terasa pelik ngan perangai anak-anak bila bersama ngan Mama...Sangat berbeza bila di rumah pengasuh.

Kat rumah pengasuh :
  • Amzar tidur lama : kadang2 sampai 3 jam
  • Tak endah pun nak panjat2 kerusi ke...main ngan senduk ke...conteng2 kertas ke...sepah-sepahkan barang ke
  • time makan tak kacau pun mak ngan abah [pengasuh] dia makan...duduk ngan sopan je kat kerusi...dan makan apa yang disuap.
  • Kata Mak...Amzar ni senang nak dijaga....kalau bawak pegi rewang pun dia senyap je...duduk diam2 je
Kat rumah Mama :
  • Tidur kejap2 je...paling lama pun 1 1/2 jam
  • panjat kerusi....main ngan segala senduk..periuk...sepahkan kertas, buku, conteng buku ayah..conteng buku abang...
  • Ya Allah...siap panjat meja makan, tumpahkan kuah..tumpahkan air...sepahkan nasi...nak makan sendiri, tak nak disuap, nak makan sendiri [sepah2 makanan kat bawah meja]
  • Kalau berjalan ngan Mama..terserlah lasak dia...aduyai..sampai penat Mama layan....
Kenapa ye terjadi macam tu. Tapi ada bagusnya :: diaorang buat perangai bila bersama Mama je...so x lah diaorang ni menyusahkan pengasuh...kan..kan...kan...

Agaknya saja kot nak menguji tahap kesabaran Mama dan 'bermanja-manjaan' ngan Mama....Bersabar je lahhhhhhhh


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 14 October 2010

KENAPA LA SUKA MODIFIED KERETA????

Hari ni tahap ketakutan aku sampai ke level paling atas.  Fuhh tadi memang nasib baik betul lah.  Kalau tak ...hishh.......memang tak tahu la nak cakap apa!!

 On the way balik dari Kota Tinggi ke Waha - jalan clear, kereta pun tak banyak.  Aku memandu dengan kelajuan...90km/j - sambil layan lagu Roxette ~ It Must Have Been Love....di depan aku ada 1 kancil......kelajuan dalam 90km/j gak kot.....tengah layan, layan, layan lagu...tetiba aku nampak kancil slow tetiba & alih2 dia belok kiri.....aku pon brek mengejut lah...[dalam hati ::: wettt b*****t, mana signal lu?] nasib baik tak cium "bontot" kancil......kalau tak kopak la "muka" my beloved EXORA huhuhu.  Terperasan dek mata 'muda' aku yang sebeNarnya kancil tu bagi signal...tetapiiiiiiiii.....aduyaii, lampu signal dia sama warna ngan lampu brek dia...MERAH...memang tak perasan kalau sekali tengok...

Agaknya signal kereta tu dah dimodified' tak...? Eish bahaya sungguh la......aku memang tak perasan dia nak membelok.  Dalam hati aku terkeluar satu soalan kuiz....

KENAPA ORANG SUKA MODIFIED KERETA?
KENAPA LAMPU SIGNAL DI TUKAR?
KAN MEMBAHAYAKAN PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN
EISH...EISH...EISH......


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 13 October 2010

EX-STUDENTS

BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT!! Wa wa wa marah betul bunyinya ni kan.  Hmmm memang marah & kecik hati ni......tapi dalam marah, ada perkara yang menyejukkan...

:: HAL YANG BUAT AKU SERONOK ::
Tadi petang terserempak dengan 2 org ex-students [ditempat dan sela waktu yang berlainan] Yang satu tu...datang senyum dan bersalam [siap cium tangan] bertanyakan khabar, melayan gurunya ni membeli itu ini....[dia bekerja disebuah kedai alatulis]...dan siap menghantar gurunya ke kereta setelah siap aktiviti membeli belah alatulis.  Sejuk hati aku. Setidaknya aku tahu dia masih ingat akan jasa gurunya yang tak seberapa ni...



:: YANG BUAT AKU MARAH ::
Selang 10 minit, terserempak pula dengan seorang lagi ex-students :: kali ni di sebuah kiosk @ stesen minyak.  Berdiri dengan megahnya disisi pam minyak tu, dengan berpakaian uniform stesen minyak itu.  "Dia" merupakan ornag yang bertanggungjawab mengisi minyak kedalam kereta gurunya ini...namun sepatah kata sapaan pun tak terkeluar dari  mulut si dia. Dah lah gitu, buat2 tak kenal pulak.  Terkulat2 guru yang baru nak melemparkan senyuman buat sang bekas pelajar tu. Hati guru berkata "dia tak cam aku kot?" "Eish...tak kan lah...baru je 2 tahun lepas dia SPM"  Hmm agaknya muka aku ni bengis sangat kot sampai ex student pun tak nak tegur aku ye...Terdetik jugak dalam hati aku ni..."baru keje attendant pam minyak dah eksen ngan cikgu.  Kalau jadi kerani ke...doktor ke...pegawai ke...macam mana la ye sombongnya tu"  Eish...eish...eish...jahat mulut pulak cikgu ni ye....

Dalam hati.....guru ini hanya mampu berdoa...doa yang selayaknya dari seorang guru buat ex student nya.....AMIN!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 10 October 2010

10.10.10 ~ RAMAI YANG KAHWIN HARI NI YE...

Ramai yang pilih tarikh 10.10.10 ni untuk melangsungkan perkahwinan...menyatukan 2 hati...tarikh yang cantik dan senang diingat.  Adik ipar aku pun tak ketinggalan memilih tarikh 10.10.10 ni untuk menamatkan zaman bujangnya [kata dia nak follow Dr SMS...malam ni kita ramai2 tengok Wedding Dr SMS...ala2 Kayangan ]

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kini sah la my sis in law tu dah jadi kepunyaan Edi [chenta hatinya la tu].  Dalam pada adik ipar aku tu berdebar, En Hubby pun sama berkongsi debaran ~ pertama kali menjawat jawatan "WALI" pada adik perempuannya.

Wali tengah control hensem

Majlis Akad Nikah ~ 2 kali baru sahhhhhh

Pengantin senyum lega

En Hubby - Jaga adik aku baik2
Edi - Insya Allah bang!!

Our family & pengantin
Selesailah sudah tanggungjawab En Hubby sebagai wali...

Pada my sis in law, tahniah & selamat pengantin baru. Semoga berkekalan ke anak cucu.


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 9 October 2010

BOSAN!!??


Gambaran tahap kebosanan aku....

Entah kenapa hari ni saya rasa teramat-amat bosan....toleh kiri kanan..nampak benda2 yang sama je..jenguk keluar tingkap pun sama...pemandangan yang tetap sama...bukak TV...beralih dari satu channel ke satu channel....cerita sama je....emphhhhh apasal bosan sangat nih....
  • Nak main2 ngan Amzar dia tengah tidur
  • Nak makan...kenyang lagi
  • Nak keluar g jalan-jalan [ tak boleh sebab ada tahlil kat rumah mentua malam nanti]
  • Nak borak2 ngan En Hubby ....dia tak de...pegi umah  mak mentua...tolong2 apa yang patut. [aku ?? nanti bila Amzar bangun aku pegi la]
  • Nak ajak Amir main-main pun, dia tak de..[ikut ayah]
  • Nak masak ...x payah...[nanti bungkus je lauk kat umah mak...(^_^)]
Sudahnya...aku bukak laptop...layan FB layan & blog walking....boleh lah dari tak de apa2 nak buat kan...!! Harap meter 'kebosanan' aku akan menurun bila menjelang petang...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 3 October 2010

JUMPA KAWAN LAMA ~ SUE

Seronok sangat hari ni sebab dapat jumpa kawan yang dah 12 tahun lost contact...thanks to facebook.  Ada jugak kebaikan FB ni yea.  Sue ni kawan se Universiti Malaya dolu2.  Alkisahnya dia datang ke JB untuk melawat Father In Law dia...so thru Fb kami contact, and then decide nak jumpa...

Walaupun kejap je pertemuan ni [tak puas rasanya] sebab Sue kena rush ke pusat dialisis n uruskan anak2.....sebelum balik ke KL tapi lepas la rindu kami...Lokasi pertemua pun agak kelakar ~ Carpark Giant Plentong...hehehehe....

Tak pe lah...panjang umur, jumpa lagi....Yang penting, sillaturrahim dah terjalin semula...Alhamdulillah

Pose ngan anak2...time ni dia orang decent lagi
masih nak duk dekat ngan mama n mummy masing2

Dah tinggal 2 je...yang lain dah mula berlari
larian disekitar kereta

Me n Sue ~ Suka gambar ni (^_^)
Walaupun tak bersedia, mata dok tengok anak-anak
yang dah mula berlari-larian sekitar kawasan tu...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 2 October 2010

RAYA LAGI ~ JAMUAN RAYA SMKBE

Hari ni meriah sekolah dengan jamuan hari raya setiap kelas.  Ketat-ketat semua perut cikgu cikgi SMK Bandar Easter...Ada kelas yang makan sedap2...ada kelas yang makan simple2 je. Kelas aku, ingkatan 3 Bestari, cuma makan nugget, fries, donut dan pelbagai kuih raya.  kata bebudak ni...tak semangat sangat nak mkan sebab next week dah mula PMR...ermmm gasak korang la budak, asalkan ada juadah yang boleh dimakan.... tapi walaupun simple tetap meriah.

Gambar blur sket ni.... dengan boys kelas 3B...gamat suasana!!


Juadah simple 3 Bestari

Riang Ria di kelas 3KRK

2 budak nakal penyeri kelas Pra U 2,  tahun 1 aku

Pra U 2, Tahun 1 ~ My MUET Class

Walaupun dah Pra U, tapi perangai 'gila2' tu masih ada lagi.

Kesian Teacher...kena paksa bagi pose mengancam ni


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LIDAH LEMBU ????

Sebenarnya jarang2 aku dengar orang makan lidah lembu.  Tapi lidah lembu nih memang 'favourite' aku.  kalau ke pasar dan nampak lidah lembu memang aku akan beli.  Alkisahnya, di Kota Tinggi ni, memang payah nak dapatkan daging segar.  Kalau ada pun menjelang hari raya je la.  Kebetulan, kunjungan aku ke pasar malam Kota memberi 1000 rahmat [cewah], sebab aku 'bersua' dengan lidah lembu...apalagi aku pun beli la...harga dia boleh tahan, sekilo RM16....

Lidah lembu yang aku beli ni, 1kg++, so kena lah aku bayar RM20...tak kisahlah, janji dapat peberet aku ni.

Ni la rupa lidah lembu.  Selepas dibersihkan..
lidah ni perlu direbus untuk seketika.  Kemudian bahagian yang
berwarna putih tu perlu dibuang.  Sebab bahagian tu agak
keras dan memang tak sesuai dimakan...(^_^)

Ni la ropanya lidah lembu yang dah siap dibersihkan dan dipotong2.
Nampak macam daging biasa kan?  Tapi bagi aku lidah lembu ni
lebih lembut dan sedap rasanya dari daging lembu biasa
Kalau dah dapat lidah lembu ni, aku akan goreng kunyit je...goreng style Terengganu.  Mula2 daging ni diperap dalam 15minit dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.  Lepas tu, masukkan dalam kuali dan biarkan sampai airnya agak kering [kalau rasa maam belum empuk, tambahkan lagi air].  Bila dah empuk dan air agak kering, masukkan minyak masak sesedap rasa [dalam 2-3 sudu besar...bergantung pada portion lidah tu].  Pastu goreng seketika....Sementara tu mayang 2 biji bawang besar, seinci halia dan 5 ulas bawang putih.  Dah settle semua....masukkan kedalam kuali [daging] tadi dan goreng, sampai bawang tu layu...pastu, masukkan kicap manis, lada sulah sesedap rasa.....kacau kacau kacau.....Siap!! Kalau aku, lidah goreng ni, aku makan dengan nasi putih panas2..kalau ade sambal belacan ngan ulam2...fuh lagi terangkat!!

Ni la ropa lidah goreng yang dah siap....Nyum2 delicious!!
So ni la hidangan untuk makan petang merangkap dinner hari ni!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...