klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Sunday 29 March 2009

Amir & BEN 10


Amir ni minat sangat kartun BEN 10 kat channel Cartoon Network ASTRO tuh....lagi dia suka bila dapat di alih bahasa ke B.Malaysia...

Semalam pegi GIANT Plentong JB, dia nampak baju BEN 10 ni.....apalagi mama kena la beli.

Ade 6 design baju ni...kalau ikutkan dia nak beli semua.....Mama letakkan syarat..kena rajin belajar n buat homework baru Mama pertimbangkan. So semalam beli satu je la...Sukanya bukan main!

Kalau boleh hari-hari nak pakai baju ni!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 27 March 2009

Kena Tag......Tag 1st born dari KinHashim....

Hmm hari ni kena tag ngan KinHashim...
Ok Kin, Kak G cuba jawab mana yang masih ingat ye...


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Hmm...x plan pun. Memang nak pregnant terus la. Tapi x ada rezeki. Lepas 6 bulan kawen baru 'lekat' anak 1st

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
Dah tentu la...

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Seronok...takut...tak sabar

4. HOW OLD WERE YOU?
26 years

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Period dah lambat 2 minggu.....pastu deman teruk sampai x boleh bangun, x pernah2 demam camtu....mula2 x perasan, tapi kawan sesekolah suruh test....bila test, +ve pulak

6.WHO DID YOU TELL FIRST?
Parents kitaorang


7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Tak....tak kisah...

8. DUE DATE?
26 April 2004

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
29 April 2004

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
2.85 kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Ade...teruk sangat2. Melepek je atas katil. Nasib baik time tu mengajar sessi petang. Lepas subuh terus melepek atas katil....jam 11.30, hubby kejut suruh siap2 nak pg sekolah..Kesian hubby,dia x leh pakai bedak, deodoran, perfume, shampoo dan benda2 wangi lain yang sewaktu dengannya.....saya pening bila bau wangi2 ni muntah terus le jawabnya

12. WHAT DID YOU CRAVE?
Biskut Famous Amos...
Kat JB x de, terpaksa kirim kat adinda di KL...pos lagi

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Bau nasi mendidih, bau orang menumis & bila orang banyak cakap @ bercerita

14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
A boy

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
No

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Dalam 13-15 kg kot

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Party? Hmmm x de....cuma kawan2 datang melawat & bagi hadiah @ duit kat baby

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
tahu...sebab diaorang call dulu sebelum datang

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
baby kurang aktif...so kena kira gerakan baby dari 9pg - 9 mlm (kena cukup 10x)

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Kuala Terengganu

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
Dalam 1-2 jam kot..tu pun selepas di induce

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Ayahanda tercinta..masa ni hubby kerja (dia kat Kota Tinggi)

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Beberapa orang doktor dan ramai nurse (lupa berapa org)

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
C-Section

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Ubat tahan sakit hospital bagi.....
sakit oooo bila bius dah habis

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Muhammad Amirul Zulqarnain

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
Alhamdulillah...29 April ni genap la 5 tahun

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Pengasuh Oh Pengasuh

Hmm macam ni la kalau mama yang bekerjaya ni...habis bab bersalin & pantang, timbul pulak la bab mencari pengasuh untuk baby bila maternity leave dah nak sampai ke penghujungnya. Time Amir dulu senang dapat pengasuh..Mak student aku sendiri Harliyana. Memang aku cukup bertuah dapat Mak Cik Painah ni sebagai pengasuh Amir. Keluarga Imam Haron (Simpang Waha) ni memang anggap Amir macam cucu sendiri, malahan kami sekeluarga dianggap macam keluarga sendiri......pendek kata aku dan suamiku memang berpuas hati la dengan 'servis' yang diberikan oleh keluarga ni......tambahan pula Makcik Painah ni belum ader cucu, jadi Amir ni memang dimanjakan sangat-sangat oleh semua anak-anak Makcik Painah ni.

Bila time Amzar, aku ingat nak hantar kat Makcik Painah jugak la...tapi aku terkilan. Harapanku kaciwa....Makcik Painah tak dapat nak jaga Amzar sebab anak sulungnya, Ayu (Amir panggil Along) pun bakal melahirkan anak sulung bulan Julai nanti. So kata dia, dia tak boleh la nak jaga 2 baby serentak. Aku pun faham situasi makcik ni. So aku kena la cari pengasuh baru.

Nak cari pengasuh bukannya senang. Ye la, kita nak tinggalkan anak kita pada orang kena la cari orang yang bertangungjawab dan bagus...sedap mata memandang...baru la senang hati nak tinggalkan anak kita kat dia...

Sampai sekarang, aku belum jumpa calon pengasuh yang sesuai...dah interview 4-5 orang yang sesuai, tapi masing-masing tak dapat nak penuhi 'jawatan' tu...ader yang nak jaga cucu, ader yang nak buat kenduri kawen, ader yang nak ambik upah menjahit..(macam-macam ada!)

Jumaat depan aku dah nak kerja..pengasuh belum ada!

Adoila....Macam mana ni!


Nenek Painah & Along masa wedding Along, Jun 2008


Amir with Kakak Elly & Kakak Wani


Kakak Elly, Kakak Wani, Abang Atan & Amir...kenangan Hari Raya 2008

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 26 March 2009

Amir Back To school




Amir seronok sangat dapat sekolah semula lepas lama cuti...

Baju sekolah pun dah siap...lagi la dia bersemangat nak sekolah..

Name tag Amir

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 25 March 2009

Bila baby tidur....

BILA BABY TIDUR..MAMA BOLEH BUAT KERJA...
TIME TU LA NAK BUAT MACAM-MACAM...KALAU SEMPAT

NAK MASAK..
NAK MENGEMAS..
NAK MENYAPU..
NAK BASUH BAJU..
NAK SIDAI BAJU..
NAK LIPAT BAJU..
NAK IRON BAJU..
NAK MOP LANTAI..
NAK UPDATE BLOG...HEHEHEHE

DAN MACAM-MACAM LAGI....

BILA BABY TIDUR......MAMA PUN RASA NAK TIDUR!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Amir @his 'work' station



Ni la wajah-wajah Amir semasa buat "homework" dia kat umah Aki n Tok Wan...

Ye la Mama cuti dia pun cuti sekolah Tadika dia...so kena la buat homework dengan dipantau oleh Tok Wan & Mama (Tok Wan garang woooo)....

Habis la dia tulis A,B, C....Z, tulis 1...30 rasanya....hehehehehe

Dah lama nak post entry ni tapi tak sempat2...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Jejaka Misteri.....


Aku tak tahu siapa la gerangan sahabat maya aku ni......Ni je gambar die yang aku ader...tu pun kat profile blog dia....

Dia ni orang Waha, tapi masih menjadi misteri sampai saat ni...Yang aku tau sekarang dia ader kat Waha n nak balik Australia Ahad ni....

Siapa dia nih????????
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tali pusat...oh tali pusat....


Hmm hari ni dah masuk 51 hari usia Amzar, tapi yang peliknya, tali pusat dia blom tanggal-tanggal lagi...masih intact lagi la...

Masa Amir dulu, 12-14 hari dah tanggal tali pusatnya..kali ni si Amzar lambat pulak. Masa usia dia 25 hari aku dah risau sebab belum tanggal. Sekali mak aku cakap normal lagi, sebab adik bongsu aku pun ambik masa 30 hari untuk tali pusatnya tanggal.

Lepas 40 hari aku naik pelik la..bimbang gak kalau2 ade problem. tapi bila jumpa doktor, kata dia, kalau baby menyusu, berak n kencing ok..x de masalah..lagipun kata doktor, tali pusatnya ok n x de infection apa-apa...just wait n teruskan sapu ubat pusat tu.. Kata doktor lagi kalau nak potong(gunting) tali pusat tu boleh....eish..aku seram le takut jd apa2 kang naya, so aku decide..tunggu je lah...

Hari ni nampak dah macam nak putus..sikit je lagi....

Hmmm pengalaman...pengalaman..... Err...ada sesiapa pernah mengalami situasi macam ni?

Kongsi2 lah...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 24 March 2009

Kembali Semula...

Hmm selepas bercuti panjang selama 45 hari, dengan rasminya aku dah balik semula ke rumah kesayangan aku di Felda Bukit Easter ni..Kuarters Guru SMK Bandar Easter.

Maka dengan rasminya juga bermula la cabaran baru bagi aku nak manage dengan 2hero kecik + 1 hero besar.... Harapnya aku berjaya menghadapinya..kalau orang lain boleh aku pun boleh hehehehe.

Sekarang ni tak terasa sangat la sebab belum mula kerja..Jumaat depan akan bermula la cabaran sebenar bila aku mula kerja....Arghh macam mana la yea...

Ya Allah...semoga aku berjaya mengharunginya..Amin!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...