klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 30 December 2008

Alahai Orang Malaysia.......

Tadi petang, aku ke GIANT Plentong JB......niat di hati nak beli barang2 keperluan harian...sambil cuci2 mata. Ada 2 perkara yang betul2 buat aku sakit hati

  • Masa masuk ke tandas...tandas perempuan la kan...hidung aku nih terbau satu bau yang kurang menyenangkan dan menyesakkan hidung...bau rokok!!! Eish..kalau tandas lelaki x pa la jugak, ni tandas perempuan...Bagi aku la kalau seorang perempuan tu nak hisap rokok..lantak dia lah kan..dah nak buat camana, itu jalan yang dia pilih. Tapi yang aku tak sedap hati tu, dipilihnye tandas untuk melepaskan hajat merokok dia tu...dah la bau tandas tu tak menyenangkan, ditambah pulak dengan bau asap rokok yang berkepul-kepul...Masya Allah...ketat hidung aku rasanya.....Si perokok ni kena ingat la kan.....dia bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu harap2nye jangan la lain kali....tandas awam dijadikan tempat melepaskan hajat merokok..sebab nama pun tempat awam..ramai yang menggunakannya....

  • Bila dah habis shopping, aku bersediala nak balik.....masa nak masukkan barang ke bonet kereta, aku tercium bau yang kurang menyenangkan (agaknya hidung pregnant lady ni sensitif pada bau-bauan)......aku pun segera menoleh kiri dan kanan untuk mengesan dari maner datangnya bau-bauan tu.....tetiba aku terpandang sesuatu ....Masya Allah, pampers yang berisi 'kuih berwarna coklat' terdampar betul2 dekat tayar depan kereta aku....huh....sungguh kurang sopan pada sesiapa yang telah membuang pampers merata-rata tu............Padahal jarak pampers tu dengan tong sampah tak sampai pun 2 meter...Aduhai...kenapa la kesedaran sivik masyarakat malaysia ni masih lagi ditahap yang rendah. Kalau nak tukar pampers anak tu pandai-pandai la buang di tempat yang sepatutnya...BETUL TAK? Bukan payah sangat....

ALAHAI ORANG MALAYSIA.......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 28 December 2008

Amir's Movie Day @ Jusco Tebrau City

One day before Christmas...Amir mengaruk nak pegi tengok Cicakman 2..ye lah dengan promosi yang agak gempak kat TV n Newspaper...budak sebesar Amir pun dah tahu nak ajak Mama pegi tengok Cicakman 2.....mulanya aku malas la nak bawak dia mengenangkan kerja banyak lagi nak dibuat.....tapi oleh kerana cuti kali ni aku tak bawak dia pegi melancong kemana-mana...maklumla dah semakin sarat ni, tak larat nak bawak perut pegi jalan-jalan...so bila dia dah mengaruk nak pegi jalan kat JJ tebrau tu, aku ikutkan la...kesian jugak kan..terperap je kat rumah...
So, kebetulan hari tu hari Rabu, Movie day..tiket murah la sket...selalunya dalam 10-12 ringgit, tapi hari tu RM7 dan untuk kanak-kanak RM6....so aku yang tengah membawa perut ni melayan la si kecik tu nak tengok movie....
Cerita Cicakman 2 tu ok la..dalam rating 5, bolehla aku bagi 2 1/2....hehehe..Bagi aku teknik CGI(betul ke nih) dia bagus dan boleh dipuji..tapi dari segi jalan cerita banyak yang perlu diperbaiki lagi...banyak antara plot-plot cerita tu tergantung dan ader sesetengah scene tu kita seperti tertanya-tanya la...eh siapa plak mamat/minah ni...dari mana plak dia datang..bla..bla....bla......
Tapi kalau sekadar hiburan untuk kanak-kanak, ok la...ramai jugak budak-budak yang datang menonton filem tu...mak bapak diaorg of course la datang tgk sama...bila movie tamat n lampu buka...baru la aku nampak suasana dalam panggung tu...boleh dikatakan 90% penonton....terdiri dari parents n anak-anak mereka, patut la masa menonton tu macam-macam bunyi aku dengar......budak menangis la, budak tanya parents macam2 soalan, suara mak2 memujuk anak2......macam2 la.....
Layan je la.....
Tiket Movie Cicakman 2
Amir dengan 'popcorn'nya (sebelum masuk panggung) & ice cream Baskin Robbins strawberry flavour ( lepas movie habis)......

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 22 December 2008

Apa nak jadi ye......


Petang semalam, aku bertandang ke KIPMART (pasaraya?..hmm bolehla dikatakan campuran....pasar + kedai2 menjual barangan harian + supermarket + kedai jual CD... dan...... pendek kata macam-macam ada...), KIPMART ni baru je beroperasi lebih kurang sebulan la di bandar Kota Tinggi....dan ianya berjaya menjadi tumpuan penduduk-penduduk daerah Kota Tinggi ni untuk membeli barangan keperluan harian terutama sayuran, buah-buahan, dan barangan mentah (ikan, ayam....dsbgnya) yang segar2. Secara tidak langsung, KIPMART ni menawarkan banyak la peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda (kerja part time/ sementara)....

Dipendekkan cerita, pada kali pertama aku berkunjung ke KIPMART ni, ramai la ex-students aku especially yang baru lepas SPM tu berkeliaran kat sini dan bekerja sebagai salesgirl/salesman sementara...tak kira la kat kedai kasut ke, kedai buah ke, kedai handphone ke.....bila ditanya kebanyakan mereka ni sekadar nak mencari pengalaman dan mencari duit saku untuk diri sendiri...nak merasa susah cari duit agaknya....

Alkisahnya, pada kali pertama ni aku terserempak dengan seorang bekas pelajar aku ni la....perempuan. Masa tu, aku disapa oleh pelajar ni dan mempelawa aku melihat-lihat dan jenguk2 kereta yang bersusun di bahagian tepi bangunan KIPMART tu... Rupa2nya, pelajar aku ni, menjadi salesgirl menjual kereta....dan menurut pelajar aku ni, hari tu merupakan hari pertama dia bekerja di situ. Aku turut diperkenalkan dengan majikannya, seorang wanita yang agak petah bercakap, sambil mempromosikan kereta jualannya pada hari tu......Aku tengok, ok la penampilan dia (x-student aku) hari tu, berbaju kurung, bertudung....nampak ayu dan sopan.... Aku sebagai guru berpesan, supaya dia dapat menjaga diri dan menjaga penampilan diri yang selayaknya sebagai seorang gadis muslim. Dan jawapannya... sangat senang, dan ringkas .........."Insya Allah teacher............saya ingat pesan teacher............."

Selang seminggu, aku bertandang lagi ke situ....kali ni aku dihidangkan dengan satu pemandangan yang agak mengejutkan hati seorang guru....pelajar aku ni yang bertudung litup dan berbaju kurung pada hari pertama dia mula bekerja telah 'bersalin' kulit sepenuhnya....kali ni dia mengenakan seluar jeans ketat, berbaju t-shirt sendat mengikut bentuk tubuh, berleher V, dan.....rambutnya mengurai dan terbuai-buai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.... Maka agak terperanjatlah hati seorang guru ni melihat penampilan yang agak berlainan itu....

Maka tergerak la hati aku untuk bertanya, kenapa berubah benar penampilannya dalam masa seminggu tu....jawapannya membuatkan aku berfikir panjang....."Bos saya cakap, boleh tak kalau saya berpakaian sebegini dan tak pakai tudung, bila datang kerja.....kalau boleh, dia nak saya berpakaian begini, kerana lebih sesuai dengan penampilan sebagai seorang salesgirl kereta".....Masya Allah...mengucap panjang saya, begitu murahkah harga dan nilai seorang gdis muslim yang sepatutnya menutup aurat...tetapi sanggup membukanya hanya kerana diminta berbuat demikian oleh majikannya, dan kerana sayangkan duit gajinya yang berjumlah 3 angka sahaja itu?????....Aku bukanlah alim sangat orangnya..tetapi jawapan pelajar aku tu membuat aku berfikir....BERTUDUNG ni, adakah sekadar fesyen, dan bukan lagi perkara wajib bagi seorang perempuan muslim, iaitu menutup auratnya????.......Emmmm fikir-fikirkan lah....Apa pula pendapat yang lain???? Wallahua'alam.........

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 20 December 2008

Amirul dan rambut ala 'Mawi'nya....

Permata hati aku yang sorang ni memang tak boleh rambut dia panjang...mula la dia bising suruh potong...Fesyen dia senang je..."botak"...hehehe...kalau pegi kedai gunting tu memang akan cakap "potong " nombor 2...maknanya pakai pencukur tu pisau no 2 la...pendekk!! Dulu2 masa dia umur 2-3 tahun, aku memang sengaja potong macam tu, bukan ape senang...anak aku ni 'sihat' badannya dan cepat pulak berpeluh, jadi bila rambut dia panjang, mula la tumbuh bintik2 halus kat atas kepala dan mula la dia tergaru2..jadi aku pegi kedai potong pendek...lagipun pakai mesin tu senang, kalau pakai gunting payah, budak-budak, kepala dok gerak2 je....takut lain yang tergunting nanti..PARAH!
Dulu, cukup susah nak potong rambut dia ni. Asal pegi kedai gunting je melalak la dia. Takut ngan bunyi mesin tu....Terpaksala ayah dia duduk atas kerusi, letak dia atas riba dan ayah grip dia kuat2....habis dengan ayah sekali penuh ngan rambut...sekarang ni senang dah, asal panjang je rambut dia, mula la bising nak potong macam 'Mawi'....dah tak takut la sekarang. Dia yang offer diri nak potong rambut....



Hmm ni la dua wajah Amirul sebelum n selepas di'make over'....... apa apa pun...bulat tetap maintain...hehehe
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 19 December 2008

Macam-macam hal.....Part 1

Hmmm...betul la kata orang, orang mengandung ni banyak karenahnya, semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal, ... Aku pun tak tau la samada aku buat2 atau memang aku rasa macam ni.....tapi yang aku perasan, aku jadi semakin sensitif dan cepat sangat terasa...yang jadi mangsa.....tentu la suamiku...nasib la dia sabar dan nak layan karenah aku yang macam2 ni...kadang2 terasa macam mengada2 la pulak...tapi hakikatnya aku dah cuba nak tahan perasaan tu. Aku tau aku mesti menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada diriku. Perasaan aku agak terganggu(sensitif).

Yang terbaru, aku tak de selera nak makan masakan sendiri...pelik binti ajaib betul la...aku boleh masak..masak macam biasa, tapi bila tiba time nak makan, rasa loya n geli geleman tengok makanan tu. Sudah nya aku tak makan, tengok je suami dan anak aku, Amirul makan...pelik2....bukan dibuat-buat tapi memang tak boleh masuk masakan sendiri...Aku kira bernasib baik sebab rumah mertua aku dekat ngan rumah, boleh la ngada2 suruh mak mertua masak atau suruh adik ipar hantar makanan...malunyeeee...tapi nak buat macam mana, perut lapar....hahahaha. Nasib la mak mertua aku tu faham situasi aku dan jenis tak kisah orangnye....kalau tak mau dia reject menantu dia yang sorang ni..hehehe...
Ni la mak mertua aku...Pn Saodah bt Nin.....

Kesian pun ade aku tengok suami aku tu...kadang-kadang aku cepat naik marah...pantang ade hal yang tak kena mesti aku nak melenting...tapi lepas melenting tu, aku rasa menyesal yang teramat sangat sebab buat hal.....masa ni la aku rasa bertuah dapat suami yang sabar macam tu....hehehe..tapi ego seorang insan yang bernama NoorGie ni kadang2 tinggi melangit....nak cakap terima kasih kat abang(suami) pun susah....apa la aku ni yea....



Suami aku yang setia melayan karenah isterinya yang macam2 ni....buat abang....terima kasih banyak-banyak....kasih sayang abang tak terbalas rasanya...


Hmmmm macam2 cerita la.....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 9 December 2008

Inspirational Gift From Kak kamsiah.....tqvmuch...



Kak Kamsiah...thanks 4 all these inspirational words from u...semoga ukhuwwah antara kita terus berpanjangan...AMIN..

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 25 November 2008

Semoga Allah Bersama Dengan Setiap Insan Yang Bergelar Ibu

Tadi aku outing ke Bandar Kota Tinggi...saja je nak jalan2 cuci mata, sambil2 tu aku beli majalah Pa & Ma keluaran terbaru bulan Disember. Majalah ni memang jadi majalah wajib aku setiap bulan & aku memang buat koleksi.

Tapi bulan ni bila aku belek2 majalah Pa & Ma, aku terbaca satu ruangan yang betul2 menyentuh hati dan naluri keibuan aku....ruangan Kisah Mama, ms:30/31 memaparkan kisah ketabahan seorang ibu bernama Rozarina Bukhari menjaga anaknya Akmal Harith, 3 tahun, yang hilang upaya akibat kecuaian pihak taska di Semenyih yang mengakibatkan adik Akmal terjatuh ketika berusia 3 bulan. Kecederaan dan kesan jatuh yang dialami adik Akmal sangat serius dan diumpama oleh doktor seperti pertembungan dua buah kereta yang sedang bergerak laju di jalan raya...

Masya Allah...Saat aku terbaca artikel ni, air mata aku mengalir laju tanpa dapat ditahan-tahan lagi...bayangkan adik Akmal telah menjalani berpuluh2 pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya, dan saat ini dia terlantar koma akibat kesan pembedahan demi pembedahan yang dilaluinya..dan yang paling menyayat hati aku ialah apabila aku membaca bahawa ibunya terpaksa merelakan kedua2 mata anaknya dibuang demi keselamatan adik Akmal....

Betapa besarnya dugaan yang dilalui oleh Pn Rozarina dan aku begitu mengagumi ketabahan dan kesabaran beliau menjaga dan menguruskan adik akmal...betapa agung dan tulusnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya....sanggup berkongsi semangat, kekuatan, kesakitan dan penderitaan yang ditanggung anaknya......perasaan sayang seorang ibu tidak akan berbelah bagi pada anaknya selagi hayat dikandung badan.....Kasih ibu membawa ke syurga.......

Aku dalam diam menitipkan doa semoga Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada dirinya untuk mengharungi segala dugaan yang ditakdirkan untuk dirinya.... (untuk cerita lanjut dapatkan Majalah Pa & Ma Disember 2008)

Keratan artikel mengenai adik Akmal di dalam majalah Pa & Ma keluaran Disember 2008


Keadaan Adik Akmal Harith yang pasti membuat hati semua insan bergelar ibu tersentuh

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 20 November 2008

Our Night Out

Semalam kami ber5...saja2 keluar ke bandar Kuala Terengganu....konon2nya nak menikmati pemandangan waktu malam.....tapi nasib x brapa baik, baru je kami ke satu tempat (Dataran Syahbandar), di tepi muara Sungai Terengganu, hujan turun la pulak...so terpaksa la kensel untuk ke tempat-tempat lain.... tapi kami sempat la snap few pictures kat Dataran Syahbandar ni....banyak dah berubah la tempat ni... Amir seronok tengok lampu...lip lap...lip lap bandar Kuala Terengganu.....ceria

Pemandangan depan Istana Maziah
Amir's night out
With Mak...Piqah..infront of Dataran Syahbandar


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 14 November 2008

Congrats Adik Piqah!!!!


Amir n Cik Su Piqah


Semalam result UPSR diumumkan...adik bongsu aku NUR ZIZI SYAFIQAH...berjaya dapat 5A...congrats!! Semoga adik akan terus cemerlang dalam peperiksaan awam yang bakal ditempuhi dalam hidup!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Poem from Kak Kamsiah...

Baru balik dari 'visit' blog Kak Kamsiah...x sangka dapat hadiah dari dia...thanks a million akak..You just brighten up my day.....TQ.....




People go everyday not knowing what they may lose
Not knowing if that day someone will bring them bad news
I’ve known many in my life that have been through heartache
Scared from the nightmare they may never awake
I know you have been through a lot and I am here to hold your hand
Through all the trials life has in store, by your side I shall stand
Although I can’t erase the scars,
I hope to help them fade
Don’t forget all the good memories, all the smiles you have made
Iknow it’s hard to say goodbye, to finally let them go
Missing them and praying that they know
I know it’s hard to lose someone to know they are no longer here
To wake every morning having to face a terrible new fear
I promise to lift you up whenever you are down
I will place a smile on your face whenever there’s a frown
I love you unconditionally you are my very best friend
All the pieces to your broken heart
I will do my best to mend
Lives are lost daily, I know it isn’t fair
Just know you will always have someone that truly cares
One day you will join them in heaven, and then you’ll finally see
That through all this time you’ll always have a friend in me

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Senangnya dalam hati...cuti sekolah dah mula lagiiiiii...............

Hmmmm lega rasanya bila cuti sekolah dah bermula. Bukan la maknanya aku ni dah muak dengan kerja2 perguruan, tapi lega rasanya bila kepala ni dapat dirilekkan buat seketika....
Paper english SPM pun dah berakhir n seronok dan lega bila segala soalan2 'spot' yang aku agak keluar untuk exam mmg betul2 keluar. Lega hati bila tgk students keluar dewan dan menuju kearah teacher ni dengan muka senyum dan ceria...rasa satu beban dah terangkat dari bahu...tinggal satu beban lagi...RESULT!!! Harap2 result yang akan keluar pertengahan bulan 3 nanti juga boleh membuatkan muka students aku senyum dan ceria.
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 26 September 2008

Ingatan dari old schoolmate

Alhamdulillah..ader juga kawan2 yang mengingati walaupun dari kejauhan....


Ingatan dari Kin di Limerick


Ingatan dari Jie di Terengganu

Terima kasih daun keladi........





(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 24 September 2008

Salam Aidilfitri.......

Khas buat semua pengunjung2 blog It's My Life


Dan teristimewa buat.....

KinHashim

Jie

Shays

Kak Kam

Ras


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friendship Poem from Kin

Hari ni dapat satu Friendship Poem dari old schoolmate..Kin di Limerick, Ireland
Thanks a million....


We need friends for many reasons,
all throughout the season.
We need friends to comfort us when we are sad,
and to have fun with us when we are glad.
We need friends to give us good advice,
We need someone we can count on, and treat us nice.
We need friends to remember us once we have passed,
sharing memories that will always last....



(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 14 September 2008

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup

Salah seorang rakan Yahoo saya, Ellis Adri, mengirimkan e-mail ni..... eloklah kita kongsikan bersama.....
Renung-renungkan dan selamat beramal..
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu."Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?"

Maklum,ini pertama kali aku mengerjakanUmrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya mendaftar untukUmrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru keMekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..."

Keningku berkerut.... ...."Sedikit sekali Allah memanggil kita..?"

Ibu tersenyum. "Iya, tahu tak apa 3 panggilan itu..?"

Saya menggelengkan kepala.

"Panggilan pertama adalah Azan" ujar Ibu."Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Diatidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkantidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang, saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajarlah, dan lain lain. MasyaAllah.. .....Ibu melanjutkan,

"Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilanUmrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' .Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya pula bermacam-macam. Yang tidak ada duit, menjadi ada duit, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan hasratnya terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan'Labaik AllahumaLabaik', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu".

Mata saya semakin berkaca-kaca........Subhanallah. ......saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. .....Alhamdulillah...

"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita.Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya dapat menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya...Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ......Insya Allah syurga adalahbalasannya.. ...

"Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat padaAllah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram danberniat..... ....Aku menjawab panggilan UmrahMu, Ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ...

**Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab,

"Aku mahu mencari lima orang."

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.

Fikir-fikirkanlah...adakah diri kita tergolong di dalam golongan di atas?

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 28 August 2008

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA UMAT ISLAM...SEMOGA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KESYUKURAN & MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH, DI DUNIA DAN AKHIRAT.......AMIN!
IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Visit To Eye On Malaysia & AQUARIA KLCC


Semasa kami menghadiri acara konvokesyen hubby tu, sempat la kami melawat2 2 tempat kat Kl ni...1st kami pegi ke Taman Tasik Titiwangsa... Actually, aku yang beriya2 and nak sangat naik 'merry go round' yang besar tu..EYE ON MALAYSIA (EOM) ....eishh aku mula2 tu gayat la jugak memikirkan betapa tinggi n besarnye 'benda' tu, tapi mengenangkan maybe lain kali susah nak sampai kat sini, aku gagahkan diri la jugak....
Kos nak naik EOM, ni x la mahal sangat, sebab ader pakej family...kalau x silap aku la kami ber5 dikenakan bayaran RM 44++....ok la kan...bila naik, ader la dalam 5x pusing....Huiiii manusia kat bawah nampak kecik je cam semut, yang paling kecut perut sekali bila gondola kami tu berhenti kat atas sekali sebab ader orag yang nak naik atau turun kat bawah...huii sayuuup je nampak pemandangan, masa ni aku x berani nak pandang bawah pun.... Yang paling lucu aku tengok, anak aku Amir...masa kat bawah before naik, bukan main x sabar dia, tapi bila mula je berpusing n kami sampai keatas dia dah 'keras' kat tempat duduk dia n x berani nak bergerak...tapi lepas 2-3x pusing, baru la dia nampak relax n enjoy the ride.

Ni la gambar2 kami sekitar Taman Taik Titiwangsa, sebelum dan semasa kami berada di atas Eye On Malaysia.

After that, kami proceed pulak ke Aquaria yang berada di KL Convention Centre. Actually kami dah masuk dah aquaria ni tahun lepas masa holiday kat KL....Tapi hubby aku saja nak bawa mak dia jalan2 n tengok pelbagai species ikan yang ader kat sini. Untuk masuk aquaria ni kosnya agak tinggi la, maybe sebab kos maintainance tempat ni yang agak tinggi maka bayaran yang dikenakan pun boleh tahan mahalnya...kami berlima dikenakan bayaran RM 108.00 (pakej family RM 88 + bayaran senior citizen RM 18.00)...bolehla kan...
Puas la kami tengok ikan...ader yang pelik dan x biasa kami lihat...Yang paling menarik minat aku species ikan piranha...ikan ni nampak baik n decent je, kecik je ikan piranha ni ader la besar tiga jari jer, tapi ganas jugak. masa kami sampai ke aquarium ikan tu, ader la sepotong peha ayam diletak sebagai makanan piranha ni, ditengok dari cara ikan karnivor ni makan memang terbukti la ikan ni pemakan daging yang agak ganas walaupun kecik je saiznya....
Selain tu ader la banyak specis ikan belut, jerung n ikan pari yang jarang2 kita nak jumpa. pada hari tu kami ni kira beruntung la sebab sempat tengok feeding session (ikan2 diberi makan).....kagum rasanya tengok penjaga2 ikan di Aquaria ni dikelilingi oleh pelbagai species ikan yang tertarik dengan makanan yang diberi....jinak2 pulak ikan2 ni.....
Ikan piranha yang nampak kecik, 'comel' & 'decent' je...tapi awas, jangan cuba2 nak pegang...hilang jari nanti!

In front of Atlantis Gift Shop, Aquaria KLCC


Gambar2 sekitar our visit to Aquaria KLCC

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Majlis Konvokesyen Ke-6 Open University Malaysia @ Dewan Merdeka PWTC 23 OGOS 2008




Alhamdulillah, akhirnya segulung ijazah yang diimpikan berjaya jugak hubby aku perolehi setelah bertungkus lumus mengikuti (PJJ) selama 4 tahun....

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK (BeMATH)




Kami berlima je yang pegi konvo, our family n my mum in law together with brother in law




With Mak - Pn Saodah bt Nin



Roses yang Amir sibuk nak beli for Ayah dia...bila dia tengok rata2 semua orang pegang bunga untuk dihadiahkan pada graduan2 yang konvo pada hari tu....

"Mama, kita tak nak beli bunga untuk ayah ke?"

Bunga ni dia yang pilih sendiri...setia sungguh dia menunggu ayah keluar dewan (kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk), so aku n Amir tengok hubby konvo kat luar dewan je (disediakan skrin besar)

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Lama menghilang....

Salam buat semua tetamu2 yang berkunjung...

Memang lama saya x buat apa2 entry kat blog ni...buat pengetahuan semua, pada 5 Ogos hingga la 12 Ogos 2008, saya telah dimasukkan ke hospital kota tinggi kerana tekanan darah tinggi semasa mengandung ni....agaknye stress kat sekolah kot..jadilah saya penghuni hospital selama kebih kurang seminggu..so, badan x sihat, ditambah pula ngan morning sickness yang agak teruk, maka x dapatla nak 'touch up' 'rumah' saya ni.... insya allh, sekarang dah beransur pulih, tekanan darah pun dah stabil, maka dapat la saya kembali 'touch up' blog ni
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 4 August 2008

SMKBE Family Day

3 August 2008, berlangsungnya acara wajib SMKBE iaitu Family Day...Tahun ni nampaknya family day hanya diadakan di perkarangan sekolah yang tercinta iaitu Smk Bandar Easter....oleh kerana kekangan yang tak dapat dielakkan, maka warga kerja SMKBE bersetuju sebulat suara acara ni diadakan disekolah.
Namun begitu, ianya tetap happening n meriah..boleh dikatakan hampir 90% guru2 dan kakitangan SMKBE datang bersama2 keluarga masing2.


Acara yang paling dinanti oleh guru2 lelaki tentunya, pertandingan makan durian...semua ambil kesempatan untuk merasa durian free....nasib la ader pelajar2 tingkatan 6 yang sponsor durian. Masing2 bersemangat waja la nak menunjukkan siapa yang handal makan durian. Pemenang dikira berdasarkan, biji durian siapa yang paling banyak n 'bersih' dimakan. Sebelum makan, guru2 lelaki ni berpakat2 mengopek durian untuk di'kerja'kan....ader la suara2 sumbang..."alah...keciknyer buah ni"....tapi yang pastinya, kata mereka yang masuk acara ni, walaupun buah durian ni kecik tapi isinyaa...fuh..marvellous!!

Lepas tu pulak, satu lagi acara yang x kurang menariknya ialah acara rebut kerusi...huh masa ni lah terserlah aksi ala 'kebudak-budakkan' guru2 SMK Bandar Easter ni, agaknye diaorang ni nak release tension. sekali-sekala main2 macam ni ader seronoknya juga.

Bagi kategori guru lelaki, acara rebut kerusi ni dimenangi oleh Ghazali, hubby aku pulak sekadar tempat ke-2....jadilah ye...




Acara rebut kerusi.......semua macam budak2 nak dapatkan tempat duduk!
Pertandingan mewarna


Amir beratur nak join sama acara sukaneka

Antara gambar2 sepanjang family day berlangsung.....ni acara cari gula2 dalam tepung, Amir penuh tepung hari tu


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...