klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Monday 19 May 2008

VISIT TO SALENG ZOO AND TANJUNG PIAI

Hari ni aku bawa Amir pegi Zoo Saleng yang terletak di Kulai.....almaklumlah dah janji dengan dia nak pegi tgk animals....Mulanya kami nak ke Zoo Negeri di JB, tapi memandangkan kami dah 2 kali ke Zoo Negeri, jadi aku ambil keputusan, kami ke Zoo Saleng pulak.
Dah sampai kat sana, barulah aku tau yang Zoo Saleng ni merupakan private zoo yang diusahakan oleh orang persendirian...bayaran masuknya agak mahal, DEWASA - RM12, KANAK2 - RM 6. Mungkin, bayaran yang mahal tu digunakan untuk menampung kos perbelanjaan/penyelenggaraan zoo ni.
Banyak juga la binatang2 yang ada kat Zoo Saleng ni, ade ikan2 arapaima gergasi yang mencecah 16 tahun usianya, harimau, singa, buaya....orang utan...macam2 lagi la, dan yang paling menarik sekali bagi aku la ader seekor kura2....Lifelong Turtle....dia ni macam dah mati, x bergerak langsung, tapi setelah direnung lama2 rupanya...hidup kura2 ni. Badan dia penuh berlumut...memang nampak ancient la....
Kami habiskan masa selama lebih kurang 2 jam kt sini, puas la Amir tengok binatang....

Ayah bergaya ngan harimau yang ada di Saleng Zoo....bila tengok dekat2, cantik rupanya harimau ni bila tengok dari dekat...nasib dalam kandang...kalau kat luar, tak de cantiknye...kita sibuk lari selamatkan diri..


Ni pulak harimau betina Afrika yang sedang bunting.....garang betul harimau ni...mengaum je kerjanya

Puas hati Amir dapat naik kuda....

Amir memberanikan diri pegang "Kongkang" yang jinak...nama kongkang ni 'JIM'
Lepas kami di Zoo Saleng, kami ke Tanjung Piai....The Southernmost Tip of Mainland ASIA...Tanah penghujung paling selatan di benua ASIA.....

Bukan apa, aku sebenarnya teringin nak tengok tempat yang di nobatkan sebagai tanah penhujung paling selatan benua ASIA ni. Koordinat tempat yang unik dari segi geografinya ialah 1 darjah 16.00' Utara; 133 darjah 30.46' Selatan. Tempat ni terletak di Mukim Serkat dalam daerah Pontian....SERKAT dalam bahasa Melayu lama bermaksud 'hujung tanah'.

Kawasan ni merupakan hutan paya bakau..yang dihuni oleh banyak flora & fauna...sepanjang berada disini kami melihat banyak haiwan2 seperti beberapa species monyet, ikan belanak, siput2, lokan dan ketam. laluan pejalan kaki disediakan sepanjang kawasan Taman Negara Tanjung Piai ni untuk kemudahan pelawat.....pelawat boleh melalui laluan ini untuk sampai ke titik paling selatan benua ASIA, dan ke menara tinggi (menara pemandangan) untuk melihat panorama sekitar kawasan ni......paling aku suka ialah bila kami sampai ke tempat paling selatan di benua ASIA (sebuah jeti disediakan sebagai tanda tempat ini), aku dapat lihat deretan kapal2 besar belayar disepanjang laluan ke pelabuhan Singapura....satu pemandangan yang tak pernah aku lihat sebelum ni....

Bergambar di mercu tanda Tanjung Piai, sebagai penghujung paling selatan Benua ASIA

Di laluan pejalan kaki menuju ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Jauh jugak kami berjalan, kira2 300m dari Kompleks Pelawat

Sebuah GLOBE didirikan sebagai penanda penghujung paling selatan benua ASIA berlatarbelakangkan SELAT MELAKA & SELAT TEBRAU JOHOR

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 16 May 2008

HAPPY TEACHER'S DAY......!!!!

Today is a special day for all teachers...its teacher's day 16th May 2008.....
I am proud to be a teacher...

Today, i got so many sms and cards...wishes from friends and students...and some of my favourite ones are

A teacher is like PEPSI...."Ask for more"
A Teacher is like NIKE...." Just Do It"
A teacher is like NOKIA...."Connecting People"
A teacher is like McDonalds..."I'm Loving It"

Never kiss a lawyer, she'll say....."I Object This"
Never kiss a doctor, she'll say....."Who's next!"
Always kiss a teacher, she'll say....."Do it ten times!"

I can appreciate coffee without 'SUSU'
Nights without 'LAMPU'
Burgers without 'KEJU'
But...NOT Schools without 'GURU'...


HAPPY TEACHER'S DAY!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 11 May 2008

HAPPY MOTHER'S DAY

A MOM IS GODS LOVE IN ACTION...

SHE LOOKS WITH HER HEART AND FEELS WITH HER EYES.
A MOM IS THE BANK,
WHERE HER CHILDREN DEPOSIT ALL THEIR WORRIES AND HURT
A MOM IS THE CEMENT THAT KEEPS HER FAMILY TOGETHER
AND HER LOVE LASTS A LIFETIME
Mak & Ayah with 2 grandchildren - Amirul & Irdina Sofea

MAK.............

IF LOVE IS A GAME,
I WISH YOU WILL ALWAYS WIN
IF LOVE IS A JOURNEY,
I WISH YOU WILL WALK ON ROSES
IF LIFE IS A RAINBOW,
I WISH YOU WILL ALWAYS HAVE THE BRIGHTEST DAYS
IF LIFE IS A JOY,
I WISH YOU ALWAYS SMILE
HAPPY MOTHER'S DAY

LOVE YOU ALWAYS!!!!!
(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 9 May 2008

BET & AFIE FINAL DAY IN SMKBE..........

The day has finally arrived...

Today is Bet and Afie last day in SMKBE....it was very strange that we get along very well together, although they have only been with me for three short months.... Its good that we did not end the day with tears in our eyes but with smiles, hugs, and presents.......but somehow deep in my heart, i knew that I'll miss them, but i will meet them again in the future.....
Both of them are a very good practical teachers and they are co-operative and open minded. They mix around well with other teachers and never say "NO" to any tasks that was given to them. They were always there to lend a helping hand...One thing that I'll never forget was their contribution and effort in training our choral speaking team, and we managed to get 3rd place.....it was such a sweet memory for us in SMKBE
The Choral Speaking team with me, Afie, Bet and Afran (the most eligible bachelor in our school.....hahahaha)

Last photos with Afie & Bet in SMKBE......thanks a lot for everything.....
Both of you had made my last three months filled with fun, laughter and joy. May God bless both of you and keep you happy always and forever......
Within my heart forever is where you'll always be.....

Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right.. Forget about the one's who don't. Believe everything happens for a reason. If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it.

Present & cards from Afie & Bet.....
Thanks a million!

Friends are like balloons; once you let them go, you might not get them back. Sometimes we get so busy with our own lives and problems that we may not even notice that we've let them fly away. Sometimes we are so caught up in who's right and who's wrong that we forget what's right and wrong. Sometimes we just don't realize what real friendship means until it is too late. I don't want to let that happen so I'm gonna tie both of you to my heart so I never lose both of you.

Good Luck in the teaching world that you are entering soon....I'm sure that both of you will become a good & lovable teacher.............

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 6 May 2008

I MET USTAZAH SITI NORBAYAH MAHMOOD!!

Bestnyeee!! Akhirnya dapat juge aku bertemu 'eye to eye' ngan Ustazah 'Cakar Harimau' ni.....semua ni masa Majlis Ceramah Perdana sempena Sambutan maulidur Rasul Belia Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Felda Simpang Waha pada 5 Mei 2008. Memang cantik ustazah ni...malam tu dia ditemani suaminya Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.
Ceramah beliau pada malam tu bertumpu kepada kehebatan Rasulullah s.a.w......khusyuk betul aku mendengar ceramah ustazah...tak terasa masa 2 jam berlalu.....tak dinafikan ceramah beliau pada malam tu memang menarik dan sedikit sebanyak menyentuh keadaan dan kepincangan yang terdapat di kawasan Felda kami ni. Ramai jugak penduduk Gugusan Waha ke Dataran Selesa pada malam tu....penuh la jugak Dataran Selesa...Alhamdulillah!


Bestnye aku dapat jumpa Ustazah Norbayah Mahmood


Ayah senyum dapat mengabadikan kenangan dengan Ustaz Akashah


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 4 May 2008

AWAS.....MAKANAN YANG KITA MAKAN

Maklumat ini diperolehi dari seorang rakan yang menghantarnya melalui e-mail.....sama-samalah kita renungkan untuk kebaikan bersama. Baca dan buat pertimbangan kita sendiri. Wallahua'alam

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

  • SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

  • Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

  • 'Bah Kut Teh' (daging babi). Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

  • Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, 'Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak'.

  • Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

  • Makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb). Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor, Terdapat kandungan Salutan Wax ke atas mee segera, inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah' Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

  • Bawang Goreng segera. Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 2 May 2008

POT LUCK DAY

Today, pot luck day at my school…..banyak la juadah2 yang disediakan & dibawa oleh kawan2 ke sekolah. Biasanya pot luck ni diadakan selang 2-3 bulan sekali…ikut keadaan la. Seronok buat pot luck ni. Pot luck ni maksudnya setiap seorang mesti bawa satu jenis juadah dari rumah. Tak kira la lauk-pauk ke kuih-muih ke, ataupun buah-buahan dari rumah. Jadinya pada hari pot luck ni banyak dan bermacam-macam jenis juadah dapat kita lihat dan rasa.

Biasanya hari pot luck, tak de la cikgu-cikgu nak jenguk kantin (Bosan jugak kalu hari2 asyik mee & meehun goreng je jadi sarapan). Mau tak, masakan yang dibawa dari rumah oleh cikgu-cikgu kat sekolah ni power2 belaka….ada roti jala, nasi goreng kerabu, nasi goreng pedas, kari ayam, popia basah, sandwich, sambal udang, ayam masak asam pedas, pelbagai jenis kek..…..huh nak sebut semua, banyaaak…pendek kata, semua cikgu yang ada kat sekolah dapat merasa & makan 2-3 kali ulang, itu pun banyak lagi yang lebih, siap boleh bungkus bawa balik.



Antara juadah-juadah yang dibawa oleh kawan-kawan aku
ke sekolah pada hari pot luck

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 1 May 2008

Amirul's Sushi Day

Hari ni cuti. Labour Day, 1st May 2008. Amirul dari pagi dah merengek tuntut janji Mama & Ayah nak bawak dia pegi makan sushi sempena birthday dia…. Hmm mesti orang pelik, anak aku baru umur 4 tahun dah ‘pandai’ makan sushi. Aku rasa ni sebab aku ‘ajar’ dia makan sushi masa masih dalam perut lagi…. Aku ni sebenarnya, tak berapa suka nak makan sushi ni, aku kenal sushi ni pun masa belajar kat UM 10 tahun dulu, tu pun kawan aku Shaharuni yang kenalkan…aku cuba jugak la makan, boleh la telan….

Tapi aku x tau la kenapa, masa aku pregnant, tiba-tiba je tekak aku ni teringin sangat la nak makan sushi….kebetulan kat Giant ader jual, aku beli & makan la…sejak pada tu aku memang jadi ‘hantu’ sushi ni. Kadang2 hubby aku naik pening, mana tak nya setiap hari nak makan sushi. Balik sekolah je (masa tu kami mengajar petang), dalam kul 6.45 ptg aku ajak la hubby pegi Giant, nak cari sushi. Aku ni kan tinggal kat Felda, dari tempat aku nak ke Giant terdekat (Plentong), ambik masa lebih kurang 1 ½ jam…..penat memang la penat, tapi mengenangkan tekak aku yang naaaak sangat sushi, hubby aku ikutkan je la…kesannya, anak aku suka sushi (memang tak la terbukti secara saintifik, tapi aku rasa, itula puncanya).

Sebab kami dah janji, maka hari ni kami ajak la dia pegi makan sushi kat SUSHI KING Jusco Tebrau City. Puas la Amirul makan sushi hari ni…

Sushi King @ Jusco Tebrau City JB
Mama & Mirul menikmati sushi. Suka la Amirul, dapat makan sushi
Amirul sengih dapat sushi kegemarannya
Ayah sempat pose sementara tunggu sushi sampai
Mirul lagi.....orang lain makan sushi pakai chopstick,
tapi Amirul pakai sudu & garfu....
tak pe la yang penting dapat makan sushi....
Dua jenis soyu (kicap) buat perasa sushi. Satu kicap manis (pekat sikit) dan satu lagi kicap masin (agak cair dan memang masin betul rasa nya)
Japannese Tea - penghilang dahaga kami.
Teh ni warna hijau & tidak dicampur gula,
memang tawar & tak ada rasa apa-apa
(terasa macam minum air suam)


Set meal yang Ayah order, lupa la nama dia...ada nasi, salad, udang, ikan, sotong, terung (semua di goreng tempura) & begedel jepun (sama la macam begedel kita)

Deretan sushi plate lepas kami habis makan. Di sushi King, sushi diletak dalam pinggan pelbagai warna & warna2 tu menunjukkan harga sushi yang kita makan. Pinggan warna pink - RM 4, pinggan warna biru - RM 2, pinggan warna beige - RM 3 & pinggan warna purple - RM 8.






(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...