klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Saturday 24 October 2009

Amir @ Enfa Kid Smart Camp ..JUSCO Tebrau City

Amir is having fun at Enfa Smart Camp


Gaya-gaya Amir semasa dia explore semua games and booth yang ada kat Enfa Camp tu...


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 21 October 2009

Al-Fatihah....

Hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian seorang bekas pelajar aku yang baru berusia19 tahun. Semasa menerima sms dari beberapa orang bekas pelajar aku yang sekelas dengannya, aku agak terperanjat...dia terlalu muda. Tapi ajal tidak mengenal tua atau muda.

Malam ini sekali lagi aku dikejutkan kira-kira jam 8.30 malam sewaktu menonton Buletin Utama... Aku baru sahaja menyaksikan berita dimana seorang peragut remaja ditembak mati oleh polis di Johor Bahru manakala 2 rakannya terlepas setelah cubaan meragut dan melibas polis menggunakan parang panjang gagal. Kumpulan peragut ini sudah banyak melakukan kegiatan ragut disekitar Johor Bahru...Sehabis sahaja aku menonton berita tersebut, aku menerima satu lagi sms yang memberitahu bahawa 'peragut remaja' yang disebut-sebut didalam berita sebentar tadi itu adalah merupakan arwah bekas pelajarku...

Astaghfirullah....Begitu rupanya cara bekas pelajarku itu menemui ajalnya....Terbayang dimata aku wajah arwah...dia merupakan pelajar yang agak pendiam sewaktu aku mengajarnya di tingkatan 5. apalah sebabnya arwah terjerumus di dalam aktiviti jenayah dan akhirnya ditembak polis...hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahuinya...

Al fatihah...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan semoga Allah mecucuri rahmat ke atas rohnya....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 20 October 2009

Cool Blog.....

Tengahari tadi lepas balik bertugas di SMK Bandar, aku singgah ke Kipmart Kota Tinggi..nak beli lauk...Dah habis aku shopping mopping tu tetiba terdengar la satu suara memanggil "Teacher...Teacher Gie..." Rupa-rupanya dua orang students aku kerja kat kiosk Cool Blog ...so diaorang suruh la aku mencuba minuman yang ada kat kiosk cool Blog ni...Mula-mula aku heran jugak, apa kebende la Cool Blog ni.......rupa-rupanya, Cool Blog adalah satu kiosk yang menjual pelbagai jenis minuman. Dan yang menjadi kegemaran tentulah pelbagai jenis "ice blended"...

So for the first time ni, aku mencuba 2 Blog(minuman)...Volcano Milk Tea & Chocolate Blog [with pearl..sejenis agar2 berbentuk bulat yang agak kenyal dan enak dikunyah...yummy!!]...Bila dah minum, sedap rupanya ye!! So Cool Blog akan masuk dalam senarai Kiosk Minuman kegemeran aku...^_^.

Kalau ada sesiapa terjumpa kiosk ni, cuba la minum....Chocolate Blog dia memang best....ala2 kat Starbucks @ Coffee Bean gitu..[tapi harga jauh lebih murah]

Kiosk Cool Blog


Beberapa jenis Blog [ni ihsan mr google..^_^]


Amacam? Menggoda selera tak Chocolate Blog ni?
Hmmmmm mesti cuba tau!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 19 October 2009

Pelajar oh Pelajar.....[luahan hati seorang insan bergelar GURU]


[Gambar sekadar Hiasan..ehsan dari Mr Google]

SPM hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi...Sepatutnya pada masa sekarang ni calon-calon SPM sudah tak renggang dengan buku-buku dan nota-nota. Segala masa terluang digunakan untuk mengulangkaji pelajaran bagi mendapat keputusan yang cemerlang...tapi suasana itu tidak aku lihat di sekolah ku

Agak mengecewakan bagi aku bila melihat anak bangsa aku sendiri lalai dan leka dibuai arus kesenangan & keseronokan ...Peperiksaan yang bakal menjelang dan bakal menentukan halatuju mereka selepas sekolah menengah dipandang sepi, seolah-olah tiada erti. Pelajar tingkatan 5 di sekolah aku lagaknya bagaikan sudah habis peperksaan SPM, tidak dapat dilihat satu budaya membaca atau budaya 'study group' di kalangan pelajar sekolahku...mereka lebih senang berpeleseran dan berbual-bual sesama sendiri daripada menelaah pelajaran. Ada pelajar yang telah bercuti awal dan tidak menghadirkan diri ke sekolah di hari-hari teakhir ini...sedangkan inilah waktunya dimana mereka gunakan sepenuhnya untuk bertemu guru dan meleraikan kekusutan. Ada pelajar yang langsung tidak menghargai kelas tuisyen percuma yang dianjurkan oleh pihak FELDA. Saban petang kelas sunyi tanpa pelajar. Hanya guru yang setia menunggu pelajar yang tak kunjung tiba.....alahai!!

Tak cukup dengan kelas tuisyen percuma, lambakan kertas-kertas peperiksan percubaan dari negeri-negeri lain juga turut diberikan kepada pelajar sebagai ikhtiar akhir dan juga bahan rujukan dan latih tubi pelajar menjelang peperiksaan..Namun, kertas-kertas ini turut dipandang sepi...apa nak jadi!!

Walau bagaimana pun, terdapat segelintir pelajar yang berusaha untuk berjaya dan tidak termasuk di dalam golongan yang alpa ini. Mereka hadir kelas tambahan, mereka rajin bertanya guru, mereka hargai pemberian guru, mereka ulangkaji soalan yang diberi guru., dan yang paling utama, mereka hormati guru......Doaku buat kalian semoga keputusan peperiksaan nanti cemerlang sebagaimana cemerlangnya usaha kamu...

Buat pelajar-pelajar ku, bagi Cikgu segalanya sudah Cikgu lakukan untuk menyediakan kamu semua ke arah peperiksaan yang besar dalam hidup kamu....sekarang hanya tinggal usaha diri kamu sendiri bagi memastikan kejayaan yang manis menjadi milik kamu semua....Tiada hadiah, wang, penghargaan malah pujian yang Cikgu harapkan...cukuplah sekadar keputusan yang cemerlang, sebagai hadiah paling berharga dari seorang pelajar kepada Gurunya...

Kepada yang masih alpa, doa Cikgu buat kalian, agar dikesempatan masa yang genting ini, kalian sedar dan bangkit berusaha bagi memastikan tiada air mata kekesalan tumpah pada hari keluarnya keputusan peperiksaan nanti.......biarlah yang tumpah itu, air mata kegembiraan...

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 18 October 2009

Majlis Kahwin @ Felda

Seperkara yang aku paling suka masa mula-mula menjejakkan kaki di bumi Felda Gugusan Waha ni adalah majlis perkahwinan....cukup meriah!! Dan tengahari tadi aku menghadiri majlis kahwin di rumah Pak Bahri Teksi , Blok 24, Felda Simpang Waha... Kenduri kahwin dikawasan felda ni bagi aku amat berlainan dengan kenduri di tanah kelahiran aku... Yang paling aku kagum sekali, acara REWANG. Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan seumpama ini, semua ahli-ahli blok akan bekerjasama untuk sama-sama membantu majlis perkahwinan tersebut. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota blok yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit. Pada masa rewang ni pelbagai karenah dan aksi dapat kita lihat. Satu perkara yang dapat aku lihat dalam masyarakat Jawa semasa setiap kali berlangsungnya sesuatu majlis kenduri kendara, ialah penyediaan makanan yang cukup banyak. daripada lauk pauk sehinggalah kepada kuih muih serta segala kerepek. Bagi aku masyarakat Jawa memang menitik beratkan peri pentingnya semua orang yang menolong semasa rewang diberi makan yang cukup. Ibu mertua aku cukup bimbang kalau makanan tidak mencukupi...jadi setaip kali rumah keluarga kami mengadakan kenduri [tak kira la kenduri yaasin @ kahwin @ doa selamat], makanan boleh dikatakan agak mewah...namun, uniknya tiada makanan yang terbuang kerana setiap yang hadir akan diberi 'bontrot' atau bungkusan makanan untuk dibawa balik selepas majlis berakhir.....kata ibu mertua aku "sedekah...!!"

Selain dari acara REWANG yang diadakan sebelum majlis perkahwinan, satu perkara lagi yang menarik minat aku ialah aktiviti karaoke sewaktu majlis kenduri dilangsungkan...Tetamu-tetamu yang hadir akan dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu dari bakat2 terpendam dikawasan Felda ni...ada yang sedap dan lemak merdu, ada juga yang garau, serak-serak sumbang.....tapi yang menyeronokkan aku ialah, 'penyanyi-penyanyi' ni kebanyakannya dari golongan makcik-makcik dan pak cik pak cik....dan mereka memang tak kisah kalau mereka men'sumbang'kan sesuatu lagu....

Acara yang mesti ada semasa majlis dikawasan Felda ni ialah berkompang mengiringi pengantin dan juga silat [bergantung jika tuan rumah berhajat]. Biasanya pen'gompang' dan pesilat ni datangnya dari belia-belia kawasan felda ni juga. Semasa majlis perkahwinan aku dulu..masih segar diingatan, betapa rombongan pengantin perempuan dari Terengganu sangat kagum [dan juga jakun ^_^] semasa pertama kali melihat kompang. di Terengganu memang boleh dikatakan jarang sekali kita dapat melihat pasukan kompang, kalau ada pun hanyalah diperdengarkan melalui corong-corong pembesar suara....berbeza di sini yang mana adat dan budaya masih kuat dikekalkan

Hmm betul lah kata orang, lain padang lain belalang.....jauh berjalan luas pemandangan.........lain orang lain ragamnya.....ditempat orang banyak pengalamannya...!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Buah hati pengarang jantung Mama.



Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Amzar 'n' Mr Tigger

Seronok aku tengok gelagat Amzar ngan Mr Tigger dia......bersungguh-sungguh dia 'menggomol' Mr Tigger.......^_^

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Open House......Rumah Terbuka

Hari ni dah 29 Syawal, bak kata orang dah sampai penghujung syawal dah...apa yang uniknya aku alami sepanjang aku menjadi warga Johor ni, sambutan raya nya memang cukup sebulan dari hari pertama sampailah ke hari terakhirnya. Berbeza dengan sambutan dinegeri kelahiran aku..Terengganu...biasanya suasana sambutan hari raya hanya dirasa selama seminggu pertama sahaja.....Satu perkara menarik lagi, tahun ni kawan-kawan seperti berlumba mengadakan rumah terbuka...saban minggu ada je jemputan open house...kadang-kadang sampai 5-6 buah rumah sehari..........seronok.......!! tak payah masak ^_^ ........!!

Aku pun tak ketinggalan buat open house ni....ala kecil-kecilan je...sekadar jemput kawan-kawan, jiran-jiran...dan jugak students...Aku masak sendiri lak tu..fuh..berpoluh den....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...