klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Tuesday 29 November 2011

...homemade Tiramisu ~ made with love...

ehem...hujan2 ni, cerita makan je ye
semalam I 'menerai' resepi baru yang lama tapi I baru discover
yang seddapp gtu..hehehe
  I sebenarnya 'hantu' tiramisu nih.
kalau pegi Secret Recipe, mmg akan beli gak 2-3 slice
  nak beli whole cake tak habis nanti

Satu hari tengah2  blogwalking, I jumpa la cara2 buat TIRAMISU yang teramat2 
senangnya di blog Kak Ana ni. Thanks Kak Ana!! 
So kalau rasa tak brapa nak faham apa yang I tulis ni,
 boleh lah jenguk2 blog Kak Ana ni ye!!

1st, kenalah cari bahan2nya kan....semua bahan2 ni I dapat kat GIANT je.

Kena ada Whipping Cream...
Nescaffe
Cocoa Powder
Then kena ada cream chese [x kisah apa2 jenama]
And paling penting kena ada sponge cake [ I guna yang pandan]

Sponge cake tu potong slice la..dalam 1-1.5cm tebal
Nescaffe tu bancuh tanpa gula

Okeh, mula2 pukul cream cheese tu dengan 1/2 cawan gula [ i guna gula icing]. Pukul dengan mixer la kan. Then masukkan esen vanila dan whipping cream. Whipping cream ni i guna dalam 300ml untuk 1 buku cheese...kalau nak doublekan pon boleh..lagi sedap!!Pukul sampai sebati. Bila nampak dah creamy tu terus stop..jgn pukul lama2 coz takut cream tu jadi berketul.


Then sendukkan cream tu dalam bekas [ I guna bekas yang selalunya buat isi tau fu fa kat pasar malam tu..sebab senang nak makan]...pastu lapiskan dengan sponge cake td...sponge cake tu dah di sapu ngan air nescaffe tanpa gula tadi...i guna brush untuk basahkan sket ke sponge cake tu, takut terlebih basah, jd berair2 plak Tiramisu nih....then lapiskan ngan cream balik, tabur cocoa powder atas cream tadi [pastikan pakai tapis ye, kalau tak cocoa powder td jd ketul2 tak cantik ...So ulangi lah proses tu sampai bekas penuh..Kalau nak letak dalam gelas kaca yang straight tu boleh gak, tp i prefer bekas plastik, sebab senang anak2 nak makan kan..selamat pun selamat!!

Bila dah siap dia akan jadi berlapis2 cam gambar kat atas....Then, masukkan dalam fridge, tunggu sejuk..baru makan..........Uuuuuuuuuu sedap!!

Emmmmm Yummy!! Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi
Next time bleh try lagi...
Kembang kempis hidung I bila anak2 n Hubby cakap ~ "sedapnya Mama...macam yang kat kedai la"....alahai.............!!

psssstttt : kek sponge tu kalo ganti ngan biskut marie lagi sedap tauuu!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 26 November 2011

...sizzling mee version Mama...

Selalunya, kalau terasa nak makan sizzling mee, kami akan ke food court Mesra Mall. 
Nak jenjalan je lebih tu bukan sebab nak makan sizzling pun.
So satu hari I mengoogle lah resepi sizzling mee ni kan, teringin nak cuba buat sendiri. coz nampak cam senang je nak buat. Terjumpa la resepi sizzling mee ni kat sini. Rupa2nya memnag sangat senang nak buat.
So ni lah hasilnya, walaupun tak serupa sangat ngan sizzling mee asal, tapi rasa dia lagi shheddap tau...!!
Kenapa tak sama dengan yang asal, coz, I tak de la kan sizzling pan tu, jadi telurnya i masukkan sekali lah..hantam sajalah... yang penting rasa dia ala2 sizzling mee yang kat kedai tu lah..
So ni lah dinner kami last nite....

the gravy

mee sanggul [I rendam air panas jap, untuk lembutkan dia]
I tak campur sekali ngan gravy dia, takut mee jadi
lembik sangat
Hmmm...yummy...dengan cendawan shikate [ i like ] n egg..


Yang penting anak2 n hubby suka (^_^)


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 25 November 2011

....AmirAmzar & Calci - Yum...

Budak berdua ni suka sangat makan calci yum.
Kalau gi giant ke, mana2 shopping complex ke, kalau nampak calci yum mesti nak beli



Yummy....
 
Eish...eish...Amir, sampai tak sedar Mama
snap pic dia..hehehe
Aikkk adik pon sama!!
 Beli 4 mesti tak cukup punya.
Kalau beli yang 8, 1 pack tu..dalam 2 hari dah selesai.
Itu kalau Mama tahan, kalau biarkan je budak berdua ni,
1 hari je, silap2 dah selamat!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

....kadang2 geram jugak rasanya....

geram
bengkek
sakitnya hatiiiiiii!!!
.
.
.
.
.
mulalah datang marah + sakit hati + rasa nak menjerit je

kita ni kan manusia biasa.
ada tahap kesabaran.
bila dicabar..dicuit..diusik, marah tu mesti datang.

time marah dah sampai tahap yang !@#$%^&*()  ni
satu benda je yang boleh kontrol amarah tu


ataupun 

ambik gelas besar, minum air putih banyak2 sampai rasa lega

ataupun

masuk bilik air, ambik wudhuk; tak pun mandi terus...

manusia ni memang tak boleh lari dari perasaan marah

aku ni kalau marah, sama naik mulut nak membebel..
kenalah cuba sedaya upaya untuk kontrol
kalau tak memang aku akan fire lah..

ntahlah, dah memang sejak azali dilahirkan begini
sebab tu kalau marah aku lebih suka masuk bilik, duk diam2.
Lagi satu, time aku marah janganlah ada yang menyiram minyak
membuatkan aku lagi marah, pendek kata baik orang lain diam 
dari menyampuk apa yang aku cakap

so solutionnya??????

...BERSABAR ... selagi boleh??.....[huhuhuhuhu]

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 24 November 2011

....musim hujan datang lagi....

Dah masuk hari ke-5 hujan turun. Dari ahad, dikawasan rumah I ni hujan turun sepanjang hari...kejap lebat, kejap rintik2. Suasana dalam rumah pun lembab je rasanya. memang dah time pun sebenarnya.... dah tiba masa untuk Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Monsun ni sebenarnya berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. 


So hari ni barulah nak nampak sang suria tu malu2 keluar dari sebalik awan. Walaupun masih hujan sekejap2 tapi suasananya tak lah kelam je macam 4 hari yang lepas.  Amir pun tak lah merungut marahkan hujan, sebab siaran ASTRO akan terhenti @ tergendala bila hujan lebat bilalah pihak ASTRO nak atasi masalah ni, bil tetap dibayar tiap2 bulan...huh.... Setiap kali lebat hujannya setiap kali tulah kedengaran suara Amir marahkan hujan..hmmm budak2, terus Mama bagitau "tak baik marahkan hujan, kalau Amir marahkan hujan samalah macam Amir marah Allah, sebab hujan datangnya dr Allah...Allah yang jadikan hujan". Barulah kurang rungutan dr Amir


Dalam keseronokan bergulung dalam selimut time hujan ni, teringat peristiwa banjir besar di Kota Tinggi tahun 2006 /2007 dulu.

Bangunan Gedung Harian Kota Tinggi tenggelam
 Ada jugak yang kena berpindah time banjir ni...kesian. Harta benda dan rumah banyak yang rosak dan musnah dek ditenggelami air banjir. Kena tinggalkan rumah sebab dinaiki air.



Budak2 pun seronok time hujan ni....kerana berpeluang 'main air'! Main, main jugak, keselamatan haruslah dijaga. Ibu bapa kenalah awasi anak2 yang 'galak' sebab setahun sekali jumpa air bah. Lagi bagus, jangan bagi main air terus..keselamatan terjamin!!

I buat apa time2 hujan macam ni?

hmmmmm

risaukan kain yang lambat kering

temankan anak2 tengok TV

temankan Amir buat latihan Matematik @ English

Masak ~ sebab anak2 cepat je lapar time hujan2 ni

Baca novel

Mengadap lappy...
kalau tak FB, Blogwalking...tak pun update blog mana yang patut!!


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 23 November 2011

...main masak-masak......

Dengan dua anak yang sedang membesar ni I mmg kena fikirkan apa menu yang nak dimasak sehari2. Kalau time kerja, senang la jugak coz I cuma perlu fikirkan nak masak for dinner je...tapi time cuti2 sekolah ni kenalah masak for breakfast, lunch n dinner...pastu pulak kat negeri tempat tinggal I ni, tengah musim tengkujuh, anak2 lapar je memanjang...roti, jem n butter memang wajib ada kat rumah...manalah tau tetiba mereka2 ni lapar...tapi thanks a lot to mr google n my lappy ni..sebab dikala I keputusan idea, apa yang nak dimasak, 'mereka' berdua ni sedia membantu.....so anyway..pagi tadi dah masak mehun goreng.....and they still eat it for lunch [2 dalam 1] hehehe...now lepas ni, I nak gi masak sup sayur la pulak for them......petang ni maybe nak buat jemput2 je lah...[sambi menunggu hubby balik bertugas]...

so this is a real life of a mother...NEVERENDING CHORES....but nevermind, i guess i'm happy and proud with it...

so pen off for now ya!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 22 November 2011

.......layan anak-anak....

selalunya Mama & Ayah sibuk 'jaga' , 'kejar2' 'layan' & ajar anak-anak orang.
time school holiday camni lah nak layan anak2 sendiri pulak.
sepetang dihabiskan ngan hero kami berdua ni di Taman Permainan Pantai Batu Buruk.
Puas hati korang main-main...??

Adik pikir panjang sebelum turun gelongsor yea!

Abang...


Layan ayah jangan tak layan....

Adik nak jadi 'spidey'

Itu dia....

(^_^)

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Monday 21 November 2011

SMK PADANG PULUT, DUNGUN TERENGGANU...melakar sejarah

Tarikh keramat hari ini 21.11.2011....
Sekolah tempat I mengajar melakar sejarah tersendiri mendapat 
TEMPAT KE 2 Pertandingan Mural Antara Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan!!


Bangganya rasa!! 
Yelah siapa sangka sebuah sekolah yang kurang dikenali 
berada 22 km dari bandar Dungun, 
berjaya mencipta sesuatu yang tak dijangka.

Tahniah buat semua warga SMKPP serta sekalung penghargaan tak terhingga buat semua guru dan pelajar yang bertungkus lumus bertanggungjawab menjayakan dan merealisasikan  lukisan Mural SMKPP tahun ini.



Pemenang tempat ke-2
Pertandingan Mural Sekolah sekolah Peringkat Kebangsaan 2011
Kita tunggu keputusan PMR dan SPM pulak macam mana..
Harapnya kegembiraan hari ini akan berulang! Amin

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

it has been a long time......

hurmmm 
it has been quite a while since I updated this blog....

why????

maybe due to tonnes and tonnes of work that had to be done

well...
now its school holiday and maybe i'll get some time to update this blog

so...........

just wait n see...!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...