klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 28 July 2010

Puding Caramel



Dah lama tak buat dessert ni.....

Nasib baik masih ingat cara-cara nak buat. Dulu masa pregnant with Amzar teringin sangat nak makan caramel puding buatan Kak Sanisah [jiran sebelah], dan dengan muka tak malunya..aku mintak dia buatkan [hish, tak senonoh kan?]....hahahaha, masa tu mana kisah semua ni, yang penting dapat makan caramel puding kak is.

Kalau resepi yang aku dapat dari kak is sangat senang...

Caramel [gula hangus] ~ masak 2-3 sudu gula pasir dalam kuali leper sampai mencair & bertukar warna coklat keemasan....

Bahan-bahan untuk pudingnya,
  • 5biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat [ikut suka...nak lagi manis, tambah lagi]
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara buatnya, semua bahan ni dicampur dalam blender, blender sampai sebati....tuangkan dalam loyang yang dah diletakkan caramel [gula hangus] lepas tu kukus secukup masa....

Senangkan!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 25 July 2010

Apa nak buat hari ni??

Ahad tiba lagi....
  • Sarapan dah buat.. [dah kenyang pun]
  • baju dah siap di basuh [semalam, en hubby yang membasuh...tq tq tq]
  • rumah dah sapu....
  • tgk tv [ tak de cerita best...Amir tgk cartoon je]
  • lipat baju??? [hmmmmm nanti lah..hahahaha]
Tetiba, en hubby cakap.." Yang...jom keluar nak, kita beli barang2 dapur nak...susu n pampers anak pun dah nak habis......

Yess!! Yess!! Yahoooo....

Jom kita g jenjalan...!!!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 18 July 2010

Tersilap atau memang sengaja buat???????

Hmmmm, rasanya ramai antara rakan-rakan aku yang memang tak tahu tentang hal ni...aku pun selama ni tak tahu. Tapi bila dah terkena, barulah kita akan lebih berhati-hati. Aku percaya, ramai antara kita akan ber'shopping' di hypermarket kan...Nama2 seperti GIANT, TESCO, ECONSAVE, KIPMART Kota Tinggi [khusus area Kota Tinggi yea!!], dah jadi tempat kita ber'shopping' barang-barang keperluan. Biasanya kalau kita ke tempat2 ni, kita akan membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. maklumlah, stok untuk 2 minggu [atau mungkin lebih]....kalau ke tempat2 yang aku sebutkan tadi, kalau tak penuh 1 troli tu memang tak sah la..kadang2 sampai ada yang bawak 2 troli!! Time nak bayar tu...uuuuu bil nya memang mencecah ratusan ringgit jugak.

Satu benda yang nak aku kongsi, yang mana kita sering terlepas pandang. Aku terpanggil untuk berkongsi, kerana selepas 3 kali mengalami kejadian yang sama, aku rasa, ini dah bukan kebetulan, tapi mungkin, disengajakan!! Aku paparkan di sini, salah satu kisahnya........

Bila kita mengambil barang di rak, kita akan tengok harga yang terpampang di label harga pada rak. Dan bila barangan kita tu di'scan' oleh mesin pengimbas semasa di kaunter bayaran, jarang kita melihat harga yang dipaparkan dipapan harga elektronik kerana kita sendiri pun sibuk memunggah barang. Apabila semua barang selesai di scan, kita membayar jumlah harga barangan, ambik resit dan terus keluar....

Ha disini lah silapnya, kita jarang menyemak semula barangan dan harga barangan yang kita beli....Awas rakan-rakan kerana aku pernah terkena!! Harga yang dipaparkan tidak sama dengan harga yang di'display' pada rak barangan semasa kita mengambil barang tersebut. Contohnya berdasarkan pengalaman, suami aku nak beli berus gigi [ disalah sebuah hypermarket terkemuka]. Bila ambik, pada rak terpampang harga untuk sepaket berus gigi [ mengandungi 3 batang berus gigi], berharga RM 8.99, tetapi bila, mesin meng'scan' paket tersebut, terpampang harga RM 16.99. Hampir sekali ganda!! Mujurlah pada masa itu dia menumpukan perhatian pada papan elektronik pengimbas di kaunter pembayaran. Hal ni buat dia tersentak dan terus bertanya pekerja tersebut yang terkulat-kulat dan tak dapat berikan jawapan yang tepat kepada soalan, kenapa harganya lain????.

Di saat itu datang la supervisornya dan meminta ditunjukkan rak di mana paket berus gigi itu diambil..bila dilihat, memang terang2 harganya RM 8.99 dan bukan RM16.99...Aikkkkkk!!! Pelik bin Ajaib...kerana supervisor ni pun tak tahu kenapa hal itu terjadi!! Sedangkan dilabel tu jelas tertulis nama barangan [iaitu sepaket berus gigi jenama ****] & harganya. Adakah hal ini disengajakan? atau hanya kebetulan???? Supervisor ni menegaskan yang suamiku perlu membayar harga yang terpampang pada skrin mesin pengimbas, sedangkan sebagai pengguna kita membeli barang tersebut berdasarkan harga yang terpapar pada rak bukan?? So kawan-kawan....fikirlah sendiri!!

Sebagai pengguna, kita harus 'alert' apabila membeli-belah di tempat2 sebegini...kerana apabila kita membeli dalam jumlah yang banyak, kadang-kadang kita alpa dengan harga barangan yang kita beli. Bayangkanlah, jika ada beberapa barangan yang harganya tak sama dengan harga yang dipaparkan di rak, sudah berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh hypermarket dan kita sebagai pengguna, rugi dan ditipu bulat2!!!!...So rakan2...berhati-hati lah apabila membeli-belah..yea!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 10 July 2010

Seminar Dakwah & Kepimpinan JAKIM @ SMKBE

Hari ni, hari Sabtu....dikala pekerja-pekerja kerajaan yang lain berehat, dan bercuti hujung minggu; aku dan rakan-rakan guru yang lain. berada di sekolah sepanjang hari, menjalankan tugas sempena seminar anjuran JAKIM. Hmmm agaknya kalau cikgu-cikgu bising sebab tak dapat elaun OT, bila kerja lebih masa, mau gamat satu Malaysia ye! Apa nak buat, dah tugas kita, kita jalankan la dengan sehabis baik.

Seminar anjuran JAKIM ni khusus menjurus dan membincangkan permasalah remaja 'zaman sekarang'. Kalau ditolak, darab, campur dan bahagi; memang pelajar SMKBE perlu didedahkan dengan pengetahuan sebegini dan membentuk sahsiah mereka sebagai pelajar dan individu yang baik.

Yang bestnya segala perbelanjaan ditanggung beres oleh pihak JAKIM. Pihak sekolah hanya menyediakan tempat dan tenaga kerja dikalangan guru-guru je. Pelajar yang mengikuti seminar ini, bagi aku sangat bertuah kerana mendapat pengalaman dan pengetahuan baru.

Gambar-gambar sekitar majlis. Tahniah buat semua peserta, kerana tahan dan sabar menunggu dari jam 7 pg hingga seminar tamat sekitar 5.20 ptg. Tahniah juga kepada semua guru yang terlibat. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 9 July 2010

Kem Motivasi MPP @ Batu Layar

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Batu Layar Beach Resort. Sebenarnya aku lebih kepada nak mengajak family bercuti, santai2 ke Batu Layar, kebetulan pelajar MPP [Tingkatan 6], ada kem motivasi disana, so aku pergilah bercuti merangkap guru pengiring. Amir pun duk cakap nak mandi laut je, tapi aku agak terkilan, kerana cuaca sepanjang 2 hari aku di sana tak mengizinkan Amir mandi laut sepuasnya.....sempat la Amir mandi dalam 30 minit, sebelum hujan turun, petang sabtu dan berterusan sehingga tengahari hari Ahad. Amir memang cukup kecewa, tapi apa nak buat....

Tapi alhamdulillah, walaupun cuaca hujan renyai2 namun segala program yang dirancang berjalan dengan agak lancar. Kekecewaaan Amir aku ubati dengan janji untuk bercuti sekali lagi ke tepi pantai [mungkin ke Pantai Air Papan, Mersing] yang aku tak tahu bila akan dapat aku penuhi...untunglah Amir dapat menerima janjiku itu dan kekecewaannya berkurangan....harap2 Allah dapat makbulkan janjiku kepada Amir..Insya Allah..


Sebahagian chalet2 yang terdapat di Batu Layar Beach Resort...Chaletnya bertaraf 2 bintang . Dan bagi yang mementingkan keselesaan dan 'kemewahan', rasa aku ini bukan tempatnya. Bilik yang disediakan serba sederhana dan hanya terdapat 1 saja warung disekitar kawasan chalet ni.

Amir hanya dapat berkubang selama 30 minit saja
sebelum hujan turun renyai-renyai.
Kesian anak mama ni....huhuhuhu....tak pe, lain kali kita mandi laut lagi ye!

Gambar-gambar kenangan sepanjang percutian pendek kami...

Pesta 'Tepung" dan acara tarik tali GIRL Vs BOYS....
riuh dan gamat budak2 ni semua...Cikgunya pun turut sama naik 'sheikh'!

Malam ke-2 pelajar di kem ini.
Sedang menunggu ayam dan ikan "barbeque" siap

Nyum2.....Sedap!!

Sekitar upacara penutup yang disempurnakan oleh
Pengetua SMK Bandar Easter Cik Hajah Radhiah binti Suliman

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...