klik-klik lah ye, jangan tengok aje!!

:::GENG:::

Wednesday 25 May 2011

tima kasih kak ida!!

petang semalam terima satu bungkusan disekolah.
pelik sangat, sebab I mmg tak expect apa2 dari siapa2...

bila dibuka jeng jeng jeng.....
ada 2 benda ni...



rupanya handmade card & aeroplane yg sangat comel
dari seorang rakan blogger I yang I panggil Ida.
 Kalau nak tahu ida ni mmg sangat kreatif n mengambil 
tempahan handmade card.  Kad dia sangat2lah cumilssss &
harga pon berpatutan
Thanks a lot kak ida for the nice card n present...

kalau nak tgk kad2 IDA bleh klik sini ---> ZLIAH HANDMADE CARD

And kak ida Amir loooove the card so much
& wants me to say "thank you" to you

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 22 May 2011

al fatihah.............................


sedih sangat bila dengar apa yang berlaku pada anak2 di 
Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada yang terkorban 
dan memberi semangat dan ketabahan pada yang terselamat untuk mengharungi musibah ini


Baca lagi mengenai kejadian di 
dan

Boleh juga dapatkan maklumat disini


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

perjalanan umrah ayah bonda

Alhamdulillah berkat doa akhirnya mak & ayah dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci
Walaupun dah hampir sebulan mak & ayah balik dari sana, tapi I baru berkesempatan menulis entry tentang ni  [baru dapat gambar-gambar dari camera ayah (^_^)]

Sebak + gembira bila mak & ayah berpeluang kesana
Alhamdulillah syukur kepada Allah...
Masa kami adik beradik masih belajar, Ayah tak sempat nak kumpul duit
semua duit habis untuk menanggung kami adik beradik
so bila melihat sebahagian gambar Ayah & Mak di sana, sebak menguasai diri

ALLAHUAKHBAR!!


Kata Mak.....ramainya manusia

Mak & Ayah di Jabal Rahmah





(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 21 May 2011

banyaknya kelkatu lepas hujan

get rid of termites


eish I cukup kureng berkenan kat species ni..
kalau epas hujan je, mulalah mereka-mereka ni mengerumuni lampu-lampu [diwaktu malam]
kenapa aku tak suka kelkatu?
hehehehehe ada ke orang yang suka kelkatu?
aku tak suka sebab....

I geli tengok kelkatu dan
ade kelkatu yang bau busukkkkkkk sangat


yang paling tak bestnya setiap kali hujan malam mesti kelkatu banyak
lampu memang tak leh buka banyak2 sebab species ni memang berminat tahap gaban terhadap lampu.

kenapa agaknya ye kelkatu ni minat sangat pada lampu?

I cuba2 gak meng'google' nak cari sebabnya, tapi tak jumpa la pulak...
ade sorang mamat ni buat terjemahan sendiri kenapa kelkatu minat sangat kat lampu, di dalam blognya

Ni antara sebab musabab yang di'list'kan mamat ni
hahahahaha lawak, tapi ada logikanya kan

  • Nak rasa macam manusia yang suka bergembira di bawah cahaya lampu seperti di disko atau kelab malam. ;p

  • Tengah teragak-agak nak hinggap berhenti atau terus terbang kerana menyangka lampu sedemikian umpama lampu isyarat yang ada tiga warna.

  • Nak merasai sedikit bahang lampu untuk memanaskan badan dari kedinginan malam atau kesejukan selepas hujan.

  • Supaya senang geng-geng kelkatu dapat berkumpul di tempat yang mudah dicari.

  • Menuju ke arah lampu kerana sesat jalan atau sesat terbang, kira lampu ni umpama rumah api bagi kapal.

  • Jeles dengan kelip-kelip yang ada lampu kat badan. Jadi kelkatu buat lampu seolah-olah sarang diorang.

sebenarnya kelkatu ni ialah anai-anai yang bersayap

Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.

ooooooooooooo gitu rupanya ye...
whatever...
yang pastinya malam-malam lepas hujan, I akan tutup tingkap rapat2 n minimakan penggunaan lampu supaya tetamu yang tak diundang ni tak masuk rumah I....


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

nasi minyak oh nasi minyak

cuti-cuti ni, tetiba plak rasa nak makan nasi minyak homemade
so meng'google'lah I mencari resepinya
of course lah I akan cari yang paling simple
terima kasih pada tuan 'rumah' ---> ni 
atas resepi nasi minyak yang simple mimple...

In the making of......takut2 ade yg tak pecaya I masak hehehe

Nasi yang dah jadi..jeng jeng jeng
Maaf..maaf .....maaf
kualiti gambar kureng sket...huhuhu

Nasi minyak, kalu tak de acar mentah ni mmg tak best!

Gulai daging + potato...Yummy

Ehem...jemput makan....

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 19 May 2011

kenapalah ade manusia jenis macam ni...baik m**i je dari hidup menyusahkan orang lain!!



mesti korang pelik kan baca tajuk entri I hari ni, bunyiknya macam marah sangat kan kan kan...memang...memang I marah sangat! Orang yang macam ni memang patut kita hukum bu**h je! Eeeeeeeeeeeeeee sangat geram, tapi kena istighfar banyak2....sabar...sabar.........

Biasalah kan dalam satu-satu institusi pekerjaan ni, pekerja bawah akan selalu makan hati ngan orang atasan. Ada je masalah-masalah berbangkit yang dipercakapkan dikalangan pekerja tentang orang2 atasan. Golongan manusia yang I cakapkan ni, memang manis mulut...time kita mengadu pasal 'orang atasan' meluahkan rasa, dia mendengar dengar penuh khusyuk dan tawwaduk...siap tunjuk muka concern tahap gaban lah.  Bukan apa, I tak sangka lah kan, orang yang kita nampak cam baik je rupa-rupanya merupakan 'duri dalam daging', depan kita senyum2 cakap baik2 ...konon2 macam concern la bila kita cerita n mengadu hal...siap bagi jalan penyelesaian lagi...Di belakang kita, rupa-rupanya segala apa yang kita cakapkan tu disampaikan kepada orang atasan kita. Patutlah apa je yg kita cakapkan terus dalam pengetahuan org atasan...hmmmmm apa jenis manusia lah...segala-gala tentang orang diadukan, diberitahu, disampai-sampaikan...gelaran untuk orang jenis ni ialah SPY BOSS!!

Mula-mula orang tak berapa nak tahu, bila orang dah tahu, orang mula lah menjauhkan diri bahasa kasar, mula memulaukan orang ni. Apa je yang dia cakap orang malas nak bg respons, sebab dia ni bercakap bukan apa, saja nak provoke kita supaya cakap yang tak berapa nak elok mengumpat bos dan orang2 atasan lah tentang bos. Lepas tu segala apa yg kita cakap akan sampai pada bos, mula lah bos pandang serong kat kita. Selalunya, yang kita cakap sejengkal, sampai pada Bos, dah jadi sedepa panjangnya. Kita cakap "A" yang sampai "Z", tak ke jauh tu!! Perkara dah jadi lain. Kadang-kadang antara rakan sekerja pun bermasam muka kerana golongan-golongan sebeginilah!! Eish mintak dijauhkan lah dari berkelakuan sebegini. Nauzubillah

Apa agaknya yang dia dapat bila berkelakuan macam ni ye.....???????





(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 17 May 2011

16 Mei 2011 @ SMK Padang Pulut

Tahun pertama menyambut Hari Guru di SMK Padang Pulut...tak banyak sangat picture yang sempat di snap ..camera I tertinggal la pulaks... Tapi overall, sambutan sangat meriah [bagi I lah kan] seronok sangat2 diraikan pelajar!

Barisan guru-guru SMKPP
Sempat pose sebelum berarak masuk ke dewan
 
Pose lagi!!

Acara menyanyikan lagu "GURU MALAYSIA"
Lagu rasmi/wajib setiap tahun di Hari Guru
Semasa acara perasmian di dewan, ada gimmick yang dilakukan pelajar. Tapi sayang, tak sempat nak diambik gambarnya sebab cikgu2 sibuk menyanyi diatas pentas. Pengetua memotong kek n pelajar melepaskan belon sebagai simbolik acara bermula.

Yang paling best, pagi semalam, Radio Malaysia Terengganu [RMT] berkunjung kesekolah kami bagi membuat liputan sekitar sambutan hari guru...Sempat lah snap gambar dengan salah seorang DJ TERENGGANU FM,  Noorhaniza Mat Yeh. Pengetua SMKPP, dihubungi oleh Stesen TERENGANU FM melalui telefon dan ditemuramah oleh DJ bertugas...bergema suara Pengetua & Ketua Pengawas dikawasan sekolah.
Sempat lagi snap gambar ngan DJ TRG FM...wallah!!

Haaaaa....ni lah dia org yang datang sekulah I tu..
[gambar ni I kidnap kat  Portal Terengganu FM]
wah wah wah

Suka-suka pose ngan kek....
Gambar Teacher penat lepas nyanyi

With students [yg serba black] n my two "org kuat" in English Panel
Miss Etty & Miss Nadia ~ i lurrrrve u lah!!
Okeh, now nak tayang plak hadiah yg I dapat semalam hikhikhik...sikit je, tak banyak pon!!

From my students 

Yang ni Bos kami bagi....


"Guru Paling Happening?" Wakakakakaka

Tadaaaaaaa!!!!

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Sunday 15 May 2011

my 11th year of celebrating Teacher's Day ~ and still counting on......

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Lagi maklumat tentang Hari Guru -----> sini
Tahun ni merupakan kali ke-11 aku merayakan Hari Guru, dan merupakan Hari Guru Pertama di sekolah baru. Sambutan setiap tahun lebih kurang sama je aturcaranya....pagi2 kami, guru2 berarak menuju ke dewan, disambut pelajar2. Kemudian kami nyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan duduk mendengar segala macam perutusan dari Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pendidikan. Lazimnya sambutan Hari Guru ni akan diteruskan dengan acara SUKANEKA [antara guru dan pelajar], kemudian persembahan pelajar dan mungkin diselangi dengan persembahan guru2. Dan akhir sekali, biasalah, jamuan makan......
Pelajar-pelajar, juga kebiasaannya akan sibuk kesana, kemari untuk mengucapkan hari guru dan memberi hadiah kepada guru2 itupun kalau ada yang masih mengingati dan menghargai jasa guru.. Sebenarnya, aku tidaklah meminta atau mengharapkan  hadiah yang mahal2, cukuplah sekadar pelajar memberikan tumpuan semasa P n P dan memberikan keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan. Rasanya kalau pelajar dapat good results tu, kegembiraannya, tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata...
Yang pastinya, sajak ini tetap menjadi sajak favourite aku setiap kali Hari Guru. Terima Kasih Dato' Usman Awang....sajak ini begitu dalam maksudnya buat AKU yang bergelar GURU

Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA
 RAKAN BLOGGER YANG BERGELAR GURU.
SESUNGGUHNYA KETAHUILAH...
ANDA SEORANG INSAN YANG SANGAT HEBAT!!


"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Thursday 12 May 2011

wanita & diet

     

hai.... semenjak dua menjak ni I sangat2 stress u olss. banyak sangat keja kerji serba serbi nak dibuat nak difikirkan....masalah datang bertimpa-timpa..ye lah, kalau tak de masalah, bukan manusia plak namanya kans...asyikk heppi je...sebenarnya nak macam tu kan, hidup tak de masalah...senyum sokmo.  Bila dah namanya hidup kan gitu lah, hari ni kita tertawa...esok-esok kita mungkin menangis pulak...kadang2 ketawa sehari je, tapi menangis sampai berhari2...so kenalah banyak bersabar i ni cakap mmg senang la kan...kalau I ada masalah pun I akan murung n masam berhari2 la jugak...fikir n fikir n fikir cara nak atasi masalah tu..

Sebenarnya I bukan nak story mory hal stress, tapi I nak bagtau, I ni mmg kuat makan kalo stress melanda..huhuhu..mulut nak mengunyahhhhh je le...tapi I ni malles nak exercise...sebab tu a badan I cumilss je kans!! So hari ni dok surf2 internet sambil bermesraan ngan Mr Google, I jumpa 1 artikel menarik la kan..tentang cara pemakanan wanita Jepun yang menyebabkan mereka kekal langsing. I paparkan kat sini, manalah tahu ada yang nak meniru perkara yang baik ni
  • Pertama - makanan yang jd keutamaan ialah nasi, ikan, soya, sayuran dan buah-buahan
  • Kedua - Sajian makanan adalah dalam kuantiti yang kecil
  • Ketiga - Minum sup Miso
  • Keempat - memasak dengan cara sederhana
  • Kelima - nasi menggantikan roti
  • Keenam - jamah sedikit pencuci mulut
  • Ketujuh - makan, tetapi dalam jumlah yang sedikit 
Lagi info pasal ni boleh lah baca di---->sini ye!!

So bila I baca2... rupanya kalau nak kurus, kita tetap boleh makan, tetapi kenalah ikut peraturannya ye...bagi I yang mmg suuuukaaaaa makan ni, ini satu perkara yang baik !! Selain dari tu, ada juga buah-buahan yang boleh kita makan sentiasa bagi menurunkan berat badan kita, kerana kita sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur. 

Limau gedang 
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Oren 
Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

Epal 
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

Beri 
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

Anggur 
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut. 



tapi nak diet, nak kurus tetap kena exercise u ollss,
kalau badan tak berpeluh tak bagus jugak

Whatever pun, bak kata pepatah inggeris ~ WE ARE WHAT WE EAT. Makan kena lah bersederhana supaya tak mendatangkan mudarat pada diri kita

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Tuesday 10 May 2011

~~babyTV:::::ASTRO~~

 Semalam secara tak sengaja terdiscover' channel terbaru ASTRO ~ Baby TV [channel 618]...saluran terbaru televisyen untuk bayi dan kanak-kanak berusia di bawah tiga tahun. BabyTV yang bersiaran selama 24 jam menayangkan program-program yang memiliki kandungan yang direka khusus untuk pembangunan awal kanak-kanak.  I rasa mmg program-program yang ditayangkan sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. Amzar terpaku tengok TV.  Animasi yang menarik ditambah dengan warna-warna yang ceria dihidangkan kepada kanak-kanak, selain tu I perasan rancangan TV ni dalam English, so kalau nak suruh anak2 di'expose'kan kepada bahasa inggeris, tune to channel 618 [tapi kenalah make sure melanggan pakej children ye!!]

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Saturday 7 May 2011

simple..tapi sangat bermakna....

terjaga dari tidur pagi sabtu, 
i nampak sekeping kertas A4 yang dilipat dua.
tulisan yang agak comot..dengan bentuk "love" 
ditebuk pada bahagian depannya.
sekeping kad yang sangat2 simple 
hasil tangan Amir khas untuk Mama....

Kata Amir "Mama...mintak maaf ye, Amir tak berapa
pandai nak lukis, nak gunting 'love' ni...
tapi Amir sayang Mama sangat-sangat"
Mama pun sangat2 sayang Amir
Mama yang sebelah kiri tu...ade rambut kaler hitam.
Yang botak tu Amir...
I cried while looking at this drawing..
He drew us walking & holding hands....
I was speechless & touched. 
We never know..
How kids think...
What they are thinking
One think I know for sure, he loves me...
And
I love him more...... 

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

jalan-jalan @ Taman Tasik Bukit Besi

Petang semalam, anak-anak merengek2 nak 'gi jalan-jalan'. Bosan agaknya duk terperuk kat rumah je. So kami pun  sesaja la drive pergi mencari Taman Rekreasi Tasik Bukit Besi yang jauhnya dalam 10km kut dari rumah kami kat Kg Padang Pulut nih. Tasik ni merupakan sebuah tasik buatan manusia yang dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi. Tasik ini dahulunya lombong bijih kini bertukar menjadi pusat rekreasi utama bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan. Keluasan tasik ini adalah 131 hektar. Lagi maklumat tentang Lombong Bijih Bukit Besi --->> sini
Jeti tempat nak naik paddle boat
Diaorang steady je naik jeti ni. I takut2
jugak coz kayu2 ni diletak pelampung n bila kita
pijak dia macam terayun-ayun...
Amir, dalam proses memujuk Ayah untuk naik paddle boat.
Mama je tak benarkan, seraaammm je tgk air tasik tu kan.
Terbayang2 takut diaorang jatuh ke
Paddle Boat. Sekali naik RM4

So kami jenjalan la sekitar Tasik sambil hirup udara segar.


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Friday 6 May 2011

demam NUR KASIH bakal melanda lagi


filem nur kasih

eish tak sabar nak nunggu 19 Mei nih...

Dulu masa drama NUR Kasih ni mula-mula ditayangkan di TV3, aku ingat lagi ramai kawan-kawan sekolah sibuk bercerita tentang setiap episod drama ni, makanya aku mula menjinakkan diri untuk menonton la kans [kununnya tak mahu la ketinggalan bila kawan-kawan borak pasal cerita ni]. Sudahnya aku pun turut sama 'terpengaruh' dengan jalan cerita yang pada pandangan peribadi aku sangat menarik. Ditambah pula dengan sinematografi yang menarik. Ternyata hasil kerja Khabir Bhatia berjaya memancing ribuan peminat terhadap drama ini.

19 Mei 2011 ~ Filem NUR KASIH bakal ditayangkan...for sure aku pun akan turut sama beratur membeli tiket.  So nampaknya kenalah bawak bekalan tisu banyak-banyak....

eish tak sabar nak nunggu 19 Mei nih...


(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

Wednesday 4 May 2011

::::::kerja, kerja, kerja:::::::

    


kerja makin bertambah, makin banyak
setiap hari rasa teramat sibuk mengendalikan dan menyempurnakan tugas-tugas
24 jam sehari rasa macam tak cukup je,
tolak campur darab bahagi ngan buat menda2 lain sebenarnya.
kalaulah masa tu boleh diundur, di kedepankan, 
di lambat-lambatkan..di control2 kan...
MESTI BEST!!


bila banyak kerja, mula lah 
si STRESS datang menyapa
macam gambar kat atas la jawabnya kan
muka masammmm mencuka je
orang tanya pun jawab nak  tak nak je
kalau ada yang silap cakap mula lah mulut ni nak melaser 

tapi apa-apa hal pun janganlah tertarik dan tergoda 
dengan 1 mamat yang memang akan menyusahkan 
dan pastinya menambahkan ketensionan kita
hindari & jangan tergoda 
dengan
~BERTANGGUH~
kerana
.
.
.
 ---> BERTANGGUH ITU PENCURI MASA <---


so selalulah buat kerja pada masanya.
jangan buat kerja last minute
pesanan buat diri sendiri ni sebenarnya.
So kita pun tak stress kan kan kan
tapi dalam dunia ni mana ada kerja yang tak stress kan
so whatever pun, yang penting, ialah cara kita meng'handle' 
sesuatu kerja yang diberikan pada kita, 
buat sehabis baik, setakat yang terdaya
yang penting nit kita ikhlas untuk menyiapkan apa sahaja
yang telah diamanahkan kepada kita...

bak kata Nora Danish

"YANG PENTING, KITA ENJOY!!!"

(^_^) ~ TODAY'S LIFE ::: WRITTEN WITH LOVE ~ (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...